Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Duncan Mewakili Juruaudio, Jurutera Bunyi Generasi Muda

Ramai tidak sedar bahawa kesan audio memainkan peranan penting dalam memotretkan pengalaman menonton seseorang terutamanya bagi filem seram.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 6:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah apa yang kita inginkan dalam hidup mampu membuatkan kita bahagia dan puas hati?

Itu antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran seseorang saat mahu menceburi sesuatu kerjaya. Mungkin ini kerana bukan semua karier boleh menjana pendapatan secukupnya bagi menampung kehidupan. 

“Bukan semua lihat bidang seni terutamanya reka bunyi sebagai kerjaya yang menjamin. Ramai fikir kerjaya ini mudah, hanya perlu pasang mikrofon dan pegang mikrofon boom semata-mata.

“Malah, ramai mempersoalkan adakah apa yang saya lakukan ini berbaloi untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang? Ya, memang betul karier ini tidak menjana pendapatan sepertimana bidang profesional lain tetapi ia tidak semudah yang dilihat. Bagi saya semua pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan.  

“Memperolehi kerjaya yang menepati minat adalah satu kejayaan awal dalam hidup. Saya percaya, jika bekerja dalam bidang yang kurang diminati mungkin akan beri impak negatif kepada diri kita. 

“Saya berasa puas dengan apa yang saya lakukan walaupun kadangkala pendapatan yang diperoleh tidak sebanyak mana. Kepuasan itu berkait rapat dengan peningkatan harga diri. Itu sesuatu yang amat bernilai buat saya dan mendorong untuk menjadi terbaik dalam profesion ini,” kata Duncan Soo dalam sesi temu ramah bersama Getaran baru-baru ini.

Semestinya perkataan kerjaya membawa maksud yang berbeza bagi setiap individu malah masih-masing punya matlamat tersendiri.

 Menerusi wawancara ini, Duncan yang juga graduan ijazah undang-undang berkongsi lebih lanjut mengenai kerjayanya sebagai juruaudio dan jurutera bunyi. 

Apakah yang memupuk minat Duncan untuk menceburi kerjaya ini? 

Ketika menyambung pengajian dalam bidang undang-undang, saya sering bermain muzik apabila rasa tertekan dan ingin menghasilkan sesuatu yang kreatif. Bagi saya, penghasilan suatu bunyi dapat mewakili emosi seseorang atau ‘keadaan’ tanpa memaparkan sebarang visual.

Disebabkan saya seorang yang pendiam, melalui muzik saya dapat menyuarakan dan meluahkan emosi apabila bereksperimen dengan pelbagai bunyi. Tidak lama kemudian, minat saya dalam bidang ini mula berputik dan bercambah. 

Selepas menamatkan pengajian, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang reka cipta bunyi di Universiti Full Sail. Sepanjang mengejar impian ini, saya berasa jujur dengan diri dan dapat menonjolkan sisi saya yang sebenar. 

Bukan semua tahu mengenai kerjaya ini. Boleh anda rumuskan apakah peranan jurutera bunyi dan juruaudio? 

Dalam konteks filem bajet rendah atau indie, jurutera bunyi biasanya akan mengendalikan suntingan bunyi, reka bunyi dan mixing dalam pos-produksi. 

Manakala, peranan seorang juruaudio pula adalah mengendalikan mikrofon boom dan merakam semua audio ketika penggambaran. 

Terdapat empat elemen utama yang perlu ada untuk menghasilkan soundtrack bagi sebuah filem iaitu dialog antara pelakon, bunyi latar belakang, kesan bunyi dan muzik. 

Dalam pasca produksi, kita akan menggabungkan dan menyusun empat elemen ini untuk menghasilkan bunyi yang koheren bagi projek tersebut. 

Apa yang orang ramai sering salah anggap mengenai karier ini? 

Audio tidak sepenting elemen visual dalam sebuah filem. Ya, betul tetapi cuba bayangkan jika semua filem tiada apa-apa bunyi latar atau dialog? 

Walaupun pekerjaan ini dilihat mudah, sebenarnya ia sangatlah renyah dan harus melalui banyak proses.Peralatan yang digunakan juga bukan murah. Kesan audio memainkan peranan penting dalam memotretkan pengalaman menonton seseorang terutamanya bagi filem seram.

Jadi, bagi menghasilkan produk bunyi yang hebat dan tidak amatur atau ‘murah’, kita perlu menggunakan peralatan audio yang banyak dan lengkap. 

Buat masa ini saya rasa industri masih memandang remeh perkara ini malah tidak mementingkan juruaudio dan jurutera bunyi. Bajet kami selalu dianaktirikan dan hanya diasingkan selepas mereka menimbang jumlah kos lain.

Kalau lokasi penggambaran yang dipilih bising, ia akan menyusahkan juruaudio dan pastinya mengganggu kelancaran penggambaran. 

Ini akan menambah masalah dan kos selepas penggambaran. Pihak produksi akan hanya menyedari betapa pentingnya reka cipta bunyi ketika dialog yang disampaikan pelakon tidak didengar atau difahami.

Apakah harapan Duncan terhadap bidang ini? 

Saya berharap dapat terbabit dengan lebih banyak projek tempatan bagi menimba pengalaman dan mengasah skil dalam cabang seni ini. 

Selain itu, moga perjalanan saya dalam dunia reka cipta bunyi dapat memberi inspirasi kepada golongan muda untuk sama-sama meneroka bidang ini. Saya mahu lihat lebih ramai anak Malaysia dapat mengharumkan nama negara dan mendapat pengiktirafan di pentas dunia suatu hari nanti. - Getaran, 12 Disember 2021

Gambar: Instagram @szxduncanv2

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 18 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini