Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


YouTuber Juga Boleh Hidup Selesa Jika Komited

Tiada yang mustahil jika punya minat, kreatif, komited dan konsisten. Ikuti perkongsian YouTuber terkenal, Khairul Jamain perihal kerjaya menarik ini.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 4:28PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua puluh tahun lalu tidak mungkin kita mendengar kanak-kanak bercita-cita menjadi seorang YouTuber. Selalunya kerjaya idaman mestilah peguam, doktor, jurutera, polis dan cikgu.

Namun, zaman berubah. Ledakan teknologi mewujudkan banyak peluang kerja yang tidak berbatas dan semuanya boleh mendatangkan wang jika dilakukan dengan betul, termasuklah menjadi YouTuber. 

Bukan sedikit wang yang boleh diraih dari platform perkongsian video, YouTube jika video yang dimuat naik ditonton jutaan orang atau pengikut (subscriber). Dek kerana itulah ramai anak muda sekarang memasang angan-angan bergelar YouTuber gara-gara terpesona dengan ‘kemewahan’ yang dijanjikan.

Namun, sama seperti kerjaya lain, tugas atau tanggungjawab YouTuber bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika mereka memilih untuk bergelar Youtuber sepenuh masa. Untuk mendapat ‘gaji’ daripada YouTube video, pengisian (content) yang dihasilkan mestilah unik dan menarik minat orang untuk menonton.

Bagi mendapatkan gambaran jelas tentang kerjaya ini, Getaran menemubual YouTuber terkenal, Mohamad Khairul Jamain atau lebih dikenali sebagai Khairul Jamain, 28, yang berkongsi pengalaman backpacker secara solo selama tiga tahun dan kini mula mengembara bersama isteri dan anak kecilnya yang berusia kurang setahun.

Pemegang Diploma Pengurusan Sumber Manusia ini mempunyai 381,000 pengikut di saluran YouTube miliknya dan video-video yang dihasilkan mendapat jumlah tontonan yang bukan sedikit. Ada yang mencecah ratusan ribu. Jom ikuti perkongsian beliau. 

Apa keistimewaan saluran youtube anda sehingga ramai yang ingin mengikuti?

Saya bercerita tentang tentang pengalaman mengembara hampir ke seluruh Asia Tenggara selama tiga tahun setengah. Setiap video menampilkan tentang sejarah, budaya, tarikan-tarikan yang ada sama ada di dalam negara mahupun luar negara. 

Selain itu, saya juga gemar berkongsi tentang ‘the hidden gems’ sesebuah tempat. Saya rasa salah satu sebab ramai yang mengikuti saya mungkin kerana saya mengembara sebagai seorang backpacker dan pengalaman yang dilalui itu pastilah sangat berbeza.

Saya dekatkan diri dengan masyarakat tempatan sepanjang tempoh pengembaraan dan paparkan realiti kehidupan.”

Bagaimana bermula dan akhirnya memilih untuk menjadi YouTuber sepenuh masa? 

Sebelum ini saya seorang penulis dan berkongsi kisah pengembaraan saya di dalam buku bertajuk Bertuhan di Jalanan yang diterbitkan pada 2018. Daripada situ, saya mendapati audiens masa kini sebenarnya lebih berminat untuk menonton video berbanding membaca.

Jadi, saya ambil pendekatan berkongsi pengalaman melalui video dan mula memuatkan naik vlog di saluran YouTubebercerita di media sosial.”

Apa sebenarnya peranan atau tugas YouTuber?

Secara peribadi, saya anggap YouTuber punya empat tugas utama iaitu menyampaikan sesuatu yang berfaedah kepada penonton, menghasilkan video yang boleh dijadikan panduan atau rujukan mereka yang ingin mengembara, menjadi contoh terbaik kepada golongan muda dan buat kajian atau memberi fakta yang tepat sebelum berkongsi kepada orang ramai.

Selain yang ‘indah-indah’, pasti ada cabaran atau kisah belakang tabir yang orang tidak tahu?

Untuk menjadi seorang YouTuber sepenuh masa memang tidak mudah sebenarnya. Ada dua cabaran besar yang perlu dihadapi. Pertama, untuk mendapat bayaran daripada YouTube, kita mesti mempunyai jumlah pengikut dan jumlah tontonan yang tinggi supaya lebih dikenali. Kedua-dua perkara ini bukannya mudah dan ia memerlukan kerja keras. Ia perlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit.

Cabaran kedua adalah untuk kekal relevan. Saya perlu sentiasa peka dengan trend semasa dan ambil tahu tentang selera pengikut yang ada supaya mereka tidak bosan. Dalam masa yang sama, saya juga mahu mengumpul lebih ramai pengikut.

Sehingga sekarang, Alhamdulillah sudah masuk dua tahun bergelar YouTuber, saluran saya masih relevan dan saya terus bersemangat untuk menghasilkan video-video berkualiti serta memberi inspirasi. 

Apa-ciri-ciri yang perlu pada seseorang jika berhasrat untuk menjadi YouTuber sepenuh masa?

Kena ada keyakinan diri untuk bercakap depan khalayak mahupun depan kamera. Sebelum bermula, perlu fikirkan pengisian yang sesuai dengan diri sendiri. Bukan ikut-ikutan atau cuba menjadi orang lain. Selain itu perlu berfikiran kreatif supaya penonton tidak bosan. Banyakkan buat kajian dan kena konsisten.

Tip atau nasihat untuk generasi baru atau mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang ini?

Kena kuatkan hati, sanggup menerima teguran atau nasihat dengan hati terbuka dan yang paling penting sekali jangan cepat mengalah. Untuk berjaya perlukan pengorbanan dan kesabaran.

Jika tidak keberatan, mungkin boleh kongsikan berapa pendapatan yang diraih setakat ini?

Pada peringkat awal saya mendapat bayaran RM1,300 daripada YouTube. Kemudian ia semakin bertambah kerana pengikut dan jumlah tontonan semakin naik. Paling banyak bayaran yang saya terima ialah RM16,000. Sekarang sudah konsisten, setiap bulan saya mendapat bayaran di antara RM5,000 ke RM10,000.

Mungkin boleh kongsi, alatan atau gajet mesti ada untuk menjadi YouTuber berjaya?

Gopro/insta 360, kamera yang bagus (telefon pintar juga boleh), mikrofon dan komputer riba sebab sering bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. - 16 Disember 2021

Gambar: Instagram dan Facebook Khairul Jamain

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Rasuah RM100 Di Langkawi: Polis Hubungi Pasangan YouTuber Bantu Siasatan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini