web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rhoma Dapat Kepuasan Hidangkan Kopi Sebenar Buat Pelanggan 

Suka berinteraksi dan mengetahui jenis kopi kegemaran pelanggan, Rhoma Hakim Khairi, akui menyediakan kopi yang sedap dan menepati selera ramai adalah suatu kepuasan. 

Karier Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:48PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di suatu sudut, dia membuat sukatan kopi dengan penuh cermat. Tenang dan tekun, dia mengendalikan mesin pembancuh kopi untuk menyediakan minuman yang diminta pelanggan. 

Apabila kopi siap, Rhoma Hakim Khairi, 29, akan serahkan kepada pelanggan sambil melemparkan senyuman manis.

Itulah antara daaya tarikan yang ada pada anak muda ini bahkan dia selalu mendapatkan maklum balas pelanggan tentang kopi yang disediakannya bersama rakannya, Akmal.

Rhoma (kiri) dan rakannya, Budin (kanan)
Rhoma (kiri) dan rakannya, Budin (kanan)

“Saya bukanlah seorang barista. Tetapi saya banyak belajar cara-cara menyediakan kopi dan mengendalikan mesin pembancuh kopi manual. Ada yang saya belajar sendiri, ada juga berguru dengan mereka yang pakar.  

“Terus-terang, saya seronok melakukan pekerjaan ini kerana selain berinteraksi dengan pelanggan, kita juga dapat menghidangkan sendiri kopi itu kepada mereka.

“Apabila pelanggan memuji kopi yang kita buat itu sedap dan menepati citarasa mereka, saya rasa puas," katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Rhoma lagi, dia menyertai Kopi Manual sejak tiga bulan lalu dan dipertanggungjawabkan mengendalikan acara serta pemasaran kopi artisan jalanan itu.

“Sebelum menyertai Kopi Manual, saya pernah berkhidmat dalam sektor kesihatan secara sepenuh masa serta banyak terlibat dengan penganjuran acara muzik. 

“Bagaimanapun, sejak awal tahun lalu saya telah meninggalkan kerjaya itu memandangkan tiada sebarang acara boleh dibuat sepanjang pandemik. Saya ambil keputusan untuk mencuba bidang baru dengan menghasilkan kopi," katanya.  

Biarpun Kopi Manual baru sahaja tiga bulan berada di pasaran, ia telah mula mendapat kepercayaan ramai pencinta kopi terutama sekitar Lembah Klang.

Bahkan, Kopi Manual sudah memiliki tiga cawangan kecil di Seksyen 7 dan Seksyen 13 Shah Alam serta Setia Alam.

“Ramai pelanggan menyukai kopi yang kami sediakan buat mereka. Menu kami tidak banyak tetapi ia memenuhi selera penggemar espresso, americano atau latte kerana kami hanya menggunakan biji kopi berkualiti tinggi.  

“Minuman paling digemari pelanggan Kopi Manual adalah Signature Iced Coffee kerana kami menggunakan gula melaka dan bahan-bahan rahsia lain,” katanya. 

Bagi Rhoma, seseorang pembuat kopi perlu menitikberatkan disiplin dalam kerja mereka. 

“Tidak kisahlah sama ada menggunakan mesin secara manual atau automatik, yang penting disiplin itu akan membantu kita untuk mengekalkan rasa kopi yang konsisten. 

“Seperkara lagi, pembuat kopi juga perlu ada attitude tersendiri kerana budaya kopi sebenarnya adalah tentang bagaimana anda berkomunikasi dengan kawan-kawan dan pelanggan. 

"Selain menghidangkan kopi buat mereka, anda perlu tahu jenis kopi yang mereka suka atau sebaliknya. Saya juga suka jika mereka terhibur melihat kami menyediakan kopi depan mereka.

“Kami membuat kopi menggunakan mesin manual dan kerana itu nama Kopi Manual ini dipilih untuk mewakili bisnes ini,” katanya. 

Menurut Rhoma lagi, sepanjang bekerja dia turut terlibat dengan beberapa acara anjuran Kopi Manual. 

“Kami pernah terlibat dalam program live, Rahsia Sutradara di Planet Mahir selama lima minggu. Ia sebuah program pencarian bakat pengarah filem muda yang berlangsung pada Oktober lalu serta berkolaborasi dengan kafe The Bao Guys. 

“Terbaharu, kami akan terlibat dalam gig jelajah band Jemson bermula di Johor Bahru pada 13 November ini, Melaka (14 November) dan Ipoh (20 November),” katanya. 

Menu yang ada di Kopi Manual
Menu yang ada di Kopi Manual

Mengakui bahawa tapak budaya kopi masih belum begitu meluas di Malaysia jika dibandingkan dengan beberapa negara Asean lain, Rhoma berkata, masyarakat kita sudah terbiasa dengan kopi sedia ada yang dibancuh. 

“Sebab itu, kita perlu terus mendidik orang ramai tentang apa itu kopi sebenar yang mengikut standard kafe atau artisan kafe. 

“Sebenarnya budaya ini wujud di Malaysia dan ia kian mendapat perhatian malah kebanyakan kafe yang menyediakan kopi sebenar saling menyokong antara satu sama lain," katanya. 

Gambar: Ellyna Ali (Diambil menggunakan telefon pintar Poco Xiaomi) 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

3

Selera 3 tahun yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat