Berita Terkini

13 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dari Pasar Tani Ke Syarikat Sendiri, Usahawan Tak Boleh Berputus Asa

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 9:59AM

Nur Syahidah bangkit meneruskan perniagaan OhhNak walaupun pernah mengalami kerugian teruk akibat pandemik COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, dan perumpamaan ini seharusnya dijadikan pegangan oleh setiap individu yang mahu bergelar usahawan.

Umum mengetahui, menguruskan apa sahaja jenis perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, tidak kira jika perniagaan itu berskala kecil ataupun besar.

Demi menjana keuntungan, usahawan bukan sahaja harus melaburkan wang ringgit, tetapi masa dan kudrat juga amat ditagih bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Berkongsi cerita suka dan duka, usahawan dan pengasas bersama syarikat Ohh Group Sdn Bhd, Nur Syahidah Zolbahare, 36 berkata, pengalaman selama 11 tahun dalam bidang perniagaan bakeri cukup mencabar.

Antara produk lain OhhNak yang kini berada di pasaran
Antara produk lain OhhNak yang kini berada di pasaran

Syahidah yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Hotel di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berkata, minatnya dalam bidang perniagaan makanan bermula sejak di bangku sekolah lagi, apabila sering menemani dan membantu ayahnya berniaga di Pasar Tani.

“Saya tidak pernah terlintas untuk bekerja dengan mana-mana syarikat kerana sejak di tingkatan tiga lagi, saya sudah berpeluang mencari pendapatan sendiri apabila membantu ayah di Pasar Tani.

“Berpegang pada prinsip ayah iaitu berniaga sekiranya mahukan pendapatan yang lebih berbanding pekerjaan biasa, sejak sekolah lagi saya sudah bercita-cita untuk menjadi usahawan yang boleh membantu orang lain menjana pendapatan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Namun, siapa sangka perjalanan sejak lebih 10 tahun lalu yang bermula dengan khemah kecil di Pasar Tani, Syahidah kini memiliki food truck sendiri dengan membawa nama OhhNak.

Food Truck OhhNak boleh didapatkan di Pasar Tani Putrajaya dan Desa Jenaris Kajang.
Food Truck OhhNak boleh didapatkan di Pasar Tani Putrajaya dan Desa Jenaris Kajang.

Menjadikan hidangan pencuci mulut sebagai produk utama, beliau berjaya menghasilkan resepi tersendiri, termasuk Durian Crepe D24 yang amat digemari pelanggan.

“Waktu kami memulakan perniagaan Durian Crepe pada tahun 2011, ketika itu ia antara produk yang viral.

“Alhamdulillah selama lebih 10 tahun, produk kami masih dikenali dan mendapat sambutan kerana mengekalkan identiti dan resepi tersendiri.

“Kami ketengahkan produk Durian Crepe Fresh Made premium, yang sama sekali berlainan dengan sebarang crepe lain di pasaran.

“Memandangkan suami saya sebelum ini chef di hotel terkemuka, semua resepi kek dan pastri perlu mengikut piawaian yang sama bagi memastikan produk dihasilkan memiliki kualiti premium,” tegasnya.

Durian Crepe Mousse OhhNak adalah antara produk yang paling laris.
Durian Crepe Mousse OhhNak adalah antara produk yang paling laris.

Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan perniagaan bakeri diusahakan selama ini merosot, Syahidah tidak mahu terus jatuh terduduk, malah terus bangkit meneruskan perniagaan dan berazam untuk mengembangkan lagi produknya ke seluruh negara.

Jelas Syahidah, Ohh Group terus berkembang dengan pembukaan anak syarikat, Ohh Bakery Cafe yang bakal beroperasi November nanti di Denai Alam, Shah Alam.

“Dalam kesukaran berdepan pandemik COVID-19 dan menanggung kerugian, saya ditemui dua sahabat dan kenalan sekolah untuk bekerjasama membangunkan semula jenama OhhNak serta Ohh Bakery Cafe di bawah anak syarikat Ohh Group Sdn Bhd.

“Saya tidak sangka, urusan untuk mengembangkan lagi syarikat dipermudahkan. Daripada situ saya percaya, untuk menjadi usahawan berjaya, kerja berpasukan adalah faktor penting  supaya segala tugasan dapat diagihkan dengan teratur,” katanya

Faktor tersebut jelas Syahidah, ternyata formula yang tepat kerana hanya kurang dari empat bulan, mereka berjaya memperluaskan sistem ejen dan dropship.

“Sehingga kini kami telah memiliki lebih 40 ejen,” katanya, bangga.

Sementara itu, seorang lagi Pengasas Bersama Ohh Group Sdn Bhd, Nur Shazwani Abdul Rahman, 36, berkata, dia yakin pembaharuan yang diadaptasi menerusi sistem ejen dan pembukaan cawangan baharu di Shah Alam, secara tidak langsung mampu membuka peluang pekerjaan kepada individu yang terkesan.

“Syarikat kami bukan sahaja tertumpu untuk pembuatan dan menjual kek, pastri atau  pencuci mulut semata-mata, tetapi turut berazam untuk membantu suri rumah tangga atau sesiapa yang terkesan supaya dapat menjana pendapatan mereka.

“Kami juga dalam perancangan untuk membuka sebuah akademi bakeri kepada individu yang berminat meneroka dunia pembuatan bakeri dan pada masa sama, mendidik mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Nur Shazwani, dalam perancangan mengembangkang lagi syarikatnya melalui Ohh Bakery Cafe yang bakal di buka di Denai Alam, Shah Alam.
Nur Shazwani, dalam perancangan mengembangkang lagi syarikatnya melalui Ohh Bakery Cafe yang bakal di buka di Denai Alam, Shah Alam.

Shazwani yang juga graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, dia dan pasukan juga dalam perancangan  untuk membuka tiga lagi cawangan kafe Ohh Bakery serta lebih 10 cawangan OhhNak dalam tempoh tiga tahun tahun akan datang.

Ujarnya lagi,  syarikatnya mensasarkan penjualan sebanyak 10,000 unit produk OhhNak sebulan.

Menjelas lanjut Shazwani berkata, seseorang tidak boleh sentiasa berasa selesa dan perlu berkorban masa atau tenaga demi merealisasikan impian bergelar usahawan.

“Dalam perniagaan kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan, Setiap perniagaan ada jatuh bangun, jadi jangan berputus asa. Antara cabaran ditempuh ketika memulakan produk OhhNak ialah persaingan dengan syarikat ternama yang sudah bertapak lebih awal dan juga untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.

“Bagi kami, perkara paling memuaskan hati adalah apabila dapat memenuhi kehendak pelanggan. Jadi kami pastikan kualiti  produk perlu setaraf hotel lima bintang,” tambahnya.

Antara produk OhhNak yang turut mendapat sambutan  ialah Aiskrim Durian Crepe, Kek Pandan dan Kek Lapis Keladi, Kek Lobak Merah, Chocolate Cheezy Ganache Cake, Cheese Tart dan Biskut Brownies.

Produk OhhNak boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.ohhnak.com.my.

Ia turut terbuka kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ejen. - Getaran, 27 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Usahawan 1 hari yang lalu

Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Ekonomi 1 hari yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri