Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dari Penerbitan Ke Kecantikan, Jaja Teguh Lebarkan Sayap

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 1:45PM

Jaja dulunya seorang artis reka letak di sebuah syarikat akhbar terkemuka di ibu negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 10 tahun lalu, individu yang berkecimpung dalam bidang kecantikan mungkin hanya boleh dibilang dengan jari.

Namun hari ini, profesion itu semakin digilai, kerana menjanjikan potensi pendapatan yang lumayan sekiranya berusaha dengan tekun meningkatkan jualan tanpa jemu.

Ia selaras dengan keperluan dunia hari ini yang menyaksikan produk kecantikan dan penjagaan muka menjadi keutamaan untuk kedua-dua golongan menjaga penampilan diri.

Jaja sudah mula menjual produk Mary Kay dari Disember 2014 lagi.
Jaja sudah mula menjual produk Mary Kay dari Disember 2014 lagi.

Lambakan jenama kosmetik di pasaran Malaysia juga tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Trend semasa itu menjentik hati Naliza Fazlin Rosnan, dulunya seorang artis reka letak di sebuah syarikat akhbar terkemuka di ibu negara, untuk mencuba nasib dalam bidang kecantikan yang memang diminati sejak kecil.

Memang sukar untuk memilih antara minat dan cita-cita, apatah lagi jika membabitkan dua bidang sangat berbeza, tapi tiada apa yang mustahil bagi wanita berjiwa kental ini.

Jaja bersama keluarga besarnya.
Jaja bersama keluarga besarnya.

Mesra disapa sebagai Jaja, wanita berusia 42 tahun ini berjaya melangkah setapak demi setapak sehingga dirinya kini bergelar Pengarah Jualan Mary Kay, sebuah syarikat komestik yang berpangkalan di Dallas, Amerika Syarikat.

“Sebenarnya saya dah join Mary Kay dah lama dari Disember 2014 lagi. Oleh kerana masa tu saya masih ada komitmen dengan kerja, jadi saya buat secara sambilan sahaja.

“Saya bermula dari bawah sebagai perunding kecantikan. Lama-kelamaan minat itu semakin serius selepas saya ambil keputusan untuk berhenti kerja pada Disember 2017,” katanya kepada Getaran.

Jelas Jaja, tunjuk ajar ketua kumpulan berjaya membantunya melonjakkan diri ke peringkat pengarah jualan pada November 2020.

Baginya, dunia penerbitan dan kecantikan masing-masing mempunyai cabaran tersendiri, namun pengetahuan mendalam yang ditimba membuatkan dia semakin berkeyakinan untuk melebarkan sayap.

“Dulu cabaran kerja sebagai artis reka letak membabitkan waktu tugas yang tak tentu masa. Tapi sekarang tugas saya lebih fleksibel tapi pada masa sama semakin mencabar.

“Sekarang saya ada banyak masa bersama keluarga kerana waktu bekerja saya yang aturkan sendiri. Jadi anak-anak pun gembira kerana mereka tidak perlu lagi ke rumah pengasuh,” katanya.

Wanita berasal dari Kemaman, Terengganu itu mendedahkan, banyak perubahan berlaku pada dirinya sejak terjun ke bidang kecantikan.

Jaja kini bergelar Pengarah Jualan Mary Kay.
Jaja kini bergelar Pengarah Jualan Mary Kay.

“Saya dari kecil memang seorang yang tak banyak cakap tapi bila join Mary Kay semuanya berubah. Sekarang saya dah berani bercakap dengan orang ramai.

“Mary Kay merupakan satu platform yang banyak keistimewaan. Pelbagai latihan dan kelas percuma disediakan. Reward pun banyak, income pun unlimited. Di sini jugalah saya belajar skill jadi seorang pemimpin. Hubungan sesama rakan juga akrab, sebab itulah saya boleh bertahan lama di sini,” katanya.

Mengulas tindakan meninggalkan kerjaya profesionalnya suatu ketika dulu, Jaja berkata dia tidak sedikit pun menyesali keputusan tersebut.

“Tak ada istilah menyesal sebab apa yang saya lakukan ini kerana minat. Lagipun ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Selepas saya berhenti kerja mak kurang sihat. Pada Januari 2018 mak mula tak boleh berjalan dan terpaksa guna kerusi roda. Tapi Allah dah aturkan yang terbaik. Alhamdulillah saya dapat jaga mak depan mata dan pada masa sama fokus pada bisnes ini sepenuh masa,” katanya.

Berpegang kepada prinsip kesenangan tidak datang bergolek, Jaja mengakui, pada mulanya dia bimbang mengenai komitmen sedia ada memandangkan sebelum ini memiliki pendapatan bulanan.

“Siapa tak risau jika dah terbiasa ada gaji setiap bulan. Mula-mula tu sedih dan risau sebab income bisnes belum stabil.

“Bila dalam bidang ini, segalanya bergantung pada diri sendiri. Kena berdisiplin. Kalau kita rajin berusaha maka kita akan dapat pulangan yang lumayan,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM