web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rebung Madu 'Talian Hayat' Pemilik Syarikat Pelancong Pengembaraan

Dek pandemik, pengusaha syarikat pelancongan pengembaraan bertukar kerjaya buat sementara waktu dan menjadi pengusaha rebung buluh madu.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Aug 2021 3:20PM

Semua gambar: Bernama/Mohd Faizol Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rebung madu menjadi 'talian hayat' kepada Kapten (B) Ahmad Azuan Osman untuk meraih pendapatan apabila syarikat pelancongan pengembaraan miliknya Recreation Outdoor Hikers terpaksa menghentikan operasi buat sementara sejak tahun lepas ekoran pandemik COVID-19. 

Jika sebelum ini Ahmad Azuan, 42, mencari nafkah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti lasak, rutin paginya kini dimulakan dengan mengasah sabit khas dan parang yang menjadi 'senjata' bagi menuai tanaman itu di kebun yang mempunyai kira-kira 200 rumpun buluh madu atau nama saintifiknya Gigantochloa Albociliata. 

Membuka bicara, Ahmad Azuan berkata beliau mula menyewa tanah seluas lebih satu hektar yang sudah ditanam rumpun buluh tersebut sekitar setahun lepas, selepas pemilik tanah yang juga rakannya tidak dapat mengusahakannya atas faktor kesihatan. 

"Rakan memaklumkan ada membeli kebun buluh pada 2019 namun tidak pernah mengusahakannya. Memandangkan wang simpanan semakin menyusut akibat COVID-19, saya meminta izin untuk melihat tanah itu jika ia boleh membantu saya terus menyara keluarga. 

"Kali pertama datang ke kebun, ia hanya dipenuhi semak namun saya percaya kebun buluh madu ini boleh mendatangkan hasil menyebabkan saya nekad membawa keluarga berpindah ke sini," katanya yang ditemui Bernama di kebunnya di Bukit Kuin di sini hari ini. 

Bapa kepada tujuh anak berusia antara sebulan hingga 16 tahun itu menambah, tanpa ilmu pertanian yang lengkap, beliau mula memperbanyakkan pembacaan di Internet selain menonton video berkaitan pemprosesan rebung madu di YouTube yang disusuli dengan beberapa percubaan untuk mendapatkan hasil terbaik.

Ahmad Azuan yang bersara daripada angkatan tentera pada 2013 berkata penjagaan buluh rebung madu itu tidak sukar namun lembu dan babi hutan menjadi musuh utama di kebunnya memandangkan kebun itu terletak bersebelahan hutan dan ladang kelapa sawit. 

"Serumpun buluh madu yang dijaga dengan baik boleh menghasilkan empat kilogram rebung madu, namun yang penting ialah kerja memangkas buluh tua perlu rajin dilakukan bagi memastikan rumpun buluh mengeluarkan rebung yang banyak. 

"Jika dijaga baik, saya boleh menuai 10 hingga 15 kilogram rebung madu yang sudah mencapai ketinggian satu meter setiap hari," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer daripada universiti tempatan. 

Ahmad Azuan kini dibantu anak-anaknya untuk menguruskan kebun dan memproses rebung madu terutama anak sulung, Ahmad Adam, 16.

Proses tuaian yang bermula sekitar 8.30 pagi hanya mengambil masa antara satu hingga dua jam, namun proses merebus rebung madu yang sudah dibersihkan dan dipotong dengan menggunakan dapur kayu boleh mengambil masa selama lima jam selain air rebusan perlu ditukar tiga kali bagi membuang rasa pahit. 

Buat masa ini, anak jati Jerantut itu hanya menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan dengan kaedah bayaran tunai semasa penghantaran (COD) untuk pelanggan sekitar Kuantan selain perkhidmatan syarikat penghantaran untuk pembeli luar daerah termasuk Kuala Lumpur. 

Ahmad Azuan berkata rebung madu mentah dijual pada harga RM10 sekilogram manakala bagi yang direbus, harganya RM15 sekilogram dengan penghantaran hanya bermula selepas 4 petang kerana beliau menetapkan standard produk yang dijual mesti dituai hari sama bagi memastikan kesegarannya. 

"Saya mahu pelanggan menikmati rebung madu yang rangup dan sedap dimakan walaupun hanya dicicah dengan budu atau sambal belacan. Pelanggan yang berasal dari utara banyak memasaknya sebagai pajeri atau digulai bersama daging. 

"Mereka yang berasal dari Kelantan pula memberitahu ia (rebung madu) enak dimasak lemak putih selain menurut pelanggan berbangsa Cina, rebung madu sedap digoreng kerana baunya tidak kuat seperti rebung biasa," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN