Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Gian Bercuti? Jom Jalan-Jalan Ke Pulau Perhentian 

Terbahagi kepada dua bahagian, keindahan Pulau Perhentian sentiasa menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara. Rancang dulu sekarang, bila sempadan negeri dibuka, kita ke sana.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 2:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Panggilan pulau. Siapa yang tidak merindukan percutian pantai. Menjauh sejenak dari hiruk-pikuk dan menikmati suasana tenang di pantai, terasa sangat mendamaikan. Laut biru, deburan ombak, pasir putih, matahari terbit dan matahari terbenam mencipta pemandangan yang mengasyikkan.

Bagi rakyat Terengganu anda adalah insan yang bertuah tatkala ini. Sektor pelancongan di sana bakal dibuka bermula September nanti dan inilah masanya untuk anda menjejaki pulau-pulau indah yang menjadi sebutan ramai. Lebih-lebih lagi jika anda belum pernah ke sana.

Pulau Perhentian antara yang wajib dikunjungi. Keindahan pulau ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Dek itulah ia sentiasa menjadi pilihan pelancong luar negara, bahkan turut menjadi dambaan rakyat Malaysia sebelum pandemik COVID-19 bermula.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, pulau yang menjanjikan pengalaman percutian menyeronokkan ini sudah tentu menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk disinggahi. 

Jika anda bercadang ke Perhentian Kecil, apa kata pilih Ombak Dive Resort sebagai lokasi penginapan. Resort bertaraf tiga bintang ini sudah mula mengatur promosi bagi mengalu-alukan kehadiran pengunjung. Dengan harga serendah RM300 seorang (dewasa) anda boleh menikmati percutian tiga hari dua malam di sini.

Gambar: @ombakdiveresort
Gambar: @ombakdiveresort

Resort yang mula beroperasi pada tahun 2012 ini menawarkan pelbagai kemudahan demi memastikan keselesaan setiap tetamu, termasuklah pusat belajar selam skuba, Ombak Divers yang mempunyai tenaga pengajar terlatih. 

Resort yang menampilkan dekorasi ala nusantara ini memiliki 25 buah bilik yang boleh dijadikan pilihan iaitu Single Room, Twin Room, Quadruple Sharing Rooms dan Exclusive Suites. 

Berbeza dengan kebanyakan resort atau chalet yang ada di Pulau Perhentian, kesemua bilik di sini dilengkapi dengan skrin televisyen, peti ais mini, pemanas air, pengering rambut, ubat nyamuk elektrik dan peti simpanan keselamatan.

Satu lagi keistimewaan Ombak Dive Resort ialah, ia membekalkan kemudahan elektrik selama 24 jam. Jadi tidak perlu risau jika anda perlu mengecas bateri telefon bimbit atau kamera sepanjang tempoh percutian di sini. Ini juga bermakna anda boleh merehatkan diri di dalam bilik pada bila-bila masa tanpa perlu bimbang dengan cuaca panas. 

 

Jamu selera di Ombak Cafe

Jika ingin menjamu selera sambil ditemani hembusan bayu dan pemandangan pantai yang indah, jangan lupa singgah ke Ombak Cafe yang terletak di hadapan resort ini. 

Ombak Cafe menyediakan pelbagai hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa seperti mi kari, tomyam, nasi goreng kampung, chicken chop, roti nan ayam tandoori, fish and chip serta pelbagai hidangan makanan laut. Tentang harga tidak perlu dipersoalkan kerana ia bersesuaian dengan kos logistik. 

Setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan api yang dipersembahkan oleh petugas-petugas resort pada jam 7.30 malam. 

Untuk maklumat lanjut tentang Ombak Dive Resort, anda boleh melayari http://www.ombak.my/

 

Tarikan wajib kunjung di Pulau Perhentian

1) Pantai Romantik 

Gambar: @longhi_marta
Gambar: @longhi_marta

Lebih dikenali dengan panggilan romantic beach, pantai ini merupakan salah satu lokasi cantik dan kurang tumpuan pelancong pada waktu pagi. Pada waktu petang, selalunya akan banyak bot yang singgah membawa pengunjung yang mahu bersnokel. 

Jadi, jika anda mahu menikmati keindahan pantai ini tanpa gangguan ramai, boleh sewa atau ambil teksi air pada awal pagi. Minta operator turunkan anda di sana untuk beberapa jam, kemudian anda boleh berenang, bersnokel atau piknik dengan yang tersayang sepuas-puasnya.  

2) Turtle Point

Gambar: Facebook Travveo.Perhentian
Gambar: Facebook Travveo.Perhentian

Selalunya jika anda mengikuti trip snorkel, anda pasti akan dibawa ke sini untuk mengintai hidupan marin yang berwarna-warni. Sesuai dengan namanya, bintang utama tarikan ini sudah pastilah kehadiran penyu yang seakan-seakan setia menanti kehadiran pengunjung.

Biarpun kelihatan jinak, jangan melampaui batas. Anda dilarang menyentuh hidupan marin ini.

3) Pulau Rawa

Selain Johor, Terengganu juga ada Pulau Rawa. Ia terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Tiada penempatan mahu pun resort di pulau ini kerana saiznya yang kecil dan dipenuhi dengan terumbu karang. 

Pulau ini dikunjungi untuk aktiviti selam skuba dan bersnorkel. Antara hidupan marin yang boleh dilihat di sini ialah ikan badut, angelfish, ikan pari dan puluhan spesis ikan karang yang lain. Untuk ke sini anda perlu tempah pakej snorkel setengah hari yang mengambil masa kira-kira empat hingga lima jam.

4) Tokong Laut

Gambar: @mydrmermaid
Gambar: @mydrmermaid

Lokasi selam skuba paling popular di Pulau Perhentian kerana dikatakan menjanjikan hamparan marin yang menakjubkan. Jika ditanya kepada penyelam skuba, ramai memberitahu biarpun sudah beberapa kali menyelam di sini, pengalamannya pasti berbeza.

Ada sahaja kejutan yang menanti. Kawasan penyelaman di sini memiliki kedalaman berbeza-beza sehingga mencecah 30 meter. 

5) Kincir Angin D’Lagoon 

Gambar: @kerii247
Gambar: @kerii247

Terletak di puncak tertinggi Perhentian Kecil. Jika anda menginap di Ombak Dive Resort perjalanan ke kincir angin ini mengambil masa kira-kira 30 minit, bergantung kepada stamina.

Jika anda berhenti beberapa kali untuk melepaskan lelah, pasti ia mengambil masa lebih lama.  Ketika di sini, anda boleh menyaksikan pemandangan penuh 360 darjah sekitar Pulau Perhentian. Tapi sayangnya, kawasan persekitaran di sini tidak diselenggara dengan baik. - Getaran, 19 Ogos 2021

Gambar: Lain-lain hak milik Rahayu MN 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 12 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 17 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya