web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melancong Secara Langsung Dari Rumah Dengan Twitch

Bukan sekadar permainan video, anda kini boleh 'melancong' melalui platform penstriman Twitch. Ada pelbagai pilihan untuk semua orang, terima kasih kepada penyiar tegar dari seluruh pelosok dunia.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 2:49PM

Gambar: ibgraphik / Getty Images©

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda Twitch kini mempunyai kategori 'Travel and Outdoors'? Ya, platform penstriman siaran langsung kegemaran ramai pemain permainan video ini kini mempunyai kategori khas untuk aktiviti riadah di luar rumah. 

Apa yang dikongsikan oleh para pengguna Twitch dari seluruh dunia dalam kategori ini? Setakat ini ada video pemain permainan video profesional bercuti, ada video-video roadtrip yang dikongsikan oleh para pengguna biasa dan ada juga mereka yang berkongsi video penerokaan alam semula jadi.

Untuk mereka yang hanya mampu melancong dari rumah, seperti kita yang terkurung dek pandemik, memang seronok memilih video untuk ditonton. 

Kategori 'Travel and Outdoors' diperkenalkan oleh Twitch 5 Ogos lalu dan telah menarik minat puluh ribuan pengguna. Ia terus masuk dalam senarai 'Top Trend' platform itu sebaik sahaja diperkenalkan. 

Pada minggu keduanya, kategori ini sudah mengumpul 2 juta jam tontonan dalam masa tujuh hari dan pertambahan rakaman sebanyak 15.1 peratus. Jumlah penyiar juga bertambah 1.4 peratus mencecah 1,630 minggu itu.

Mahu tahu video apa yang boleh kita nikmati dalam kategori baru Twitch ini? Berikut adalah beberapa pilihan yang menarik menurut pemerhatian kami. 

 

Ikut Pernyiar Bercuti!

Walaupun bercuti, pemain Fortnite profesional, MateoZ tetap bersiaran secara langsung. Para peminatnya boleh ‘ikut’ beliau memandu kereta, berhenti di tempat menarik dan adakalanya mendengar beliau berbual-bual dengan para penonton. Dan kita sebagai penonton boleh berinteraksi dengan meninggalkan komen. 

Selain MateoZ, banyak lagi penyiar lain yang berkongsi siaran menarik. Dengan hanya satu klik, kita boleh ‘menaiki’ feri yang keluar masuk dari pelabuhan Largs di Scotland, melancong dalam camper van di Norway, atau memandu menelusuri jalanan Amerika Syarikat, 24 jam sehari

 

 

Siaran Langsung 24/7

Kita semua ada cita rasa yang berbeza dan nampaknya ada pelbagai jenis kandungan di Twitch untuk semua orang! 

Ada para penyiar yang memasang kamera di belakang rumah atau pinggir hutan untuk menyiarkan aktiviti alam 24 jam sehari! Cukup sesuai untuk ditonton kala mahu merehatkan minda.

Selalunya tidak ada apa-apa yang terjadi tapi jika bernasib baik kita boleh melihat rakun beraktiviti pada malam hari atau interaksi kawanan burung dalam habitatnya

Contohnya di akaun Merewether_SLSC, penstriman secara langsung membolehkan para surfer melihat keadaan ombak sebelum keluar surfing di pantai Merewether di Australia.

 

 

ASMR Visual dan Auditori

Seperti YouTube dan pelbagai jenis video di dalamnya, Twitch juga mempunyai video bertemakan bunyi-bunyian alam dan ketenangan khas buat para penggemar video ASMR Auditori atau ASMR Visual. 

Anda boleh nikmati pengalaman berehat di atas bot ditemani bunyian ombak dan laut atau rasai ketenangan bunyian kali mengalir ditemani bunyi-bunyian alam. - Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN