web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harbour City Membawakan Festival Pixar Pertama Di Hong Kong

Jika anda berada di Hong Kong, ini untuk anda. Harbour City bekerjasama dengan Disney dan Pixar untuk membawakan Festival Pixar pertama di sana! Ada pelbagai aktviti menarik untuk semua lapisan umur.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 9:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menyambut ulang tahun ke-35 Pixar, Harbour City telah bekerjasama dengan Disney dan Pixar untuk membawakan Festival Pixar pertama di Hong Kong. 

Apa yang menarik, festival ini mempunyai set khas dari 12 filem klasik Disney dan Pixar, seperti Toy Story, Monsters University, Inside Out, Finding Dory, Incredibles, serta Pixar Ball and Lamp yang ikonik, yang ditempatkan di sekitar pusat membeli-belah Harbour City. 

Harbour City mempunyai ciri khas untuk festival ini iaitu pemasangan sistem daftar masuk di seluruh pusat membeli-belah tersebut bagi mengawal jumlah pengunjung dan mengurangkan kontak fizikal. 

Di samping itu, Harbour City mengadakan beberapa aktiviti interaktif, termasuk permainan realiti terimbuh (augmented reality). Permainan dalam talian ini boleh menghubungkan dunia sebenar dengan dunia maya. Ia semestinya memberikan pengalaman yang baharu dan menarik kepada pengunjung.

Harbour City turut menyediakan dua aktiviti kanak-kanak yang diinspirasikan oleh filem Inside Out dan Cars 3. Kanak-kanak boleh berkongsi perasaan mereka dengan mengambil pelekat watak masing-masing dan melekatkannya pada dinding.

Mereka juga boleh menyertai pandu uji Cars kawalan jauh Lightning McQueen Turbo Racer yang membolehkan mereka menaiki kereta mainan McQueen untuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh mendapatkan set Poskad Pixar Fest sebagai kenangan ketika berjalan ke 12 Kawasan Khas Stesen Setem Cetak Timbul di sekitar pusat membeli-belah tersebut. 

Setibanya di pintu utama Ocean Terminal, pengunjung bakal menemui logo Pixar setinggi 3.4 meter dan gerbang Pixar Fest setinggi 7 meter dengan reka bentuk berlapis-lapis. Ia dicat dengan warna-warna merah, kuning dan biru yang merupakan warna ikonik Bola Pixar, berserta gambar watak-watak Pixar. 

Selain daripada bergambar bersama patung watak filem, pengunjung juga boleh mengambil gambar watak lain melalui khidmat realiti terimbuh (augmented reality) di lima tempat berbeza.

Ini dapat dilakukan dengan aplikasi mudah alih Harbour City, Harbour Cityzen secara percuma dengan mengaktifkan kamera ‘AR Fun’ pada aplikasi dan watak-watak ini akan muncul persis di dalam filem. 

Pengunjung boleh memuat turun aplikasi Harbour Cityzen melalui AppStore atau Google Playstore.

Jika anda berada di Hong Kong, anda boleh kunjungi Festival Pixar di Harbour City yang sedang berlangsung sehingga 15 Ogos 2021. - Getaran, 22 Julai 2021

Semua gambar: Twitter @hkharbourcity

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

2

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN