Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jika Anda Kaki Travel, Mesti Jejak 5 Tarikan Pelancongan Popular Ini

Berangan itu tidak salah, malah dengan angan-anganlah kita berusaha menggapai apa yang diimpikan. Adakah 'bucket list' anda mempunyai destinasi-destinasi ini? Jika tidak, mungkin anda perlu kemas kini semula.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 9:27AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Benar, pandemik belum berakhir, pintu sempadan negara juga masih tertutup rapat. Mana mungkin kita dapat terbang ke luar negara atas tiket pelancongan.

Namun, janganlah dibunuh semangat untuk melihat keindahan bumi yang terbentang luas ini. Pasti ada jalannya dan pasti suatu hari nanti kita semua mampu mengukir memori percutian yang diidamkan. 

Berangan itu tidak salah, malah dengan angan-anganlah kita berusaha menggapai apa yang diimpikan. Buat kaki-kaki travel, cuba periksa semula bucket list anda.

Ada atau tidak tarikan yang tersenarai di bawah ini? Kalau tiada, mungkin anda perlu kemas kini semula senarai tersebut. Lima tarikan pelancongan ini mesti dilawati jika anda seorang kaki travel.

Senarai berdasarkan populariti ini didedahkan oleh TripAdvisor berdasarkan data tempahan yang mereka kumpulkan sepanjang tahun 2019 - tahun terakhir penduduk dunia bebas melakukan perjalanan sebelum wabak COVID-19 membuat kita terus berada di rumah.

1) Colosseum, Rome, Itali

Tarikan kuno yang dibina lebih dari 1,900 tahun yang lalu ini tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia. Ia memiliki lebih daripada 80 pintu masuk dan boleh memuatkan sehingga 50,000 orang dalam satu masa.

Pada tahun 2018, lebih daripada tujuh juta pengunjung berpusu-pusu ke sini, iaitu kira-kira 21,000 orang sehari. Tiket masuk bermula dari €16, bergantung kepada jenis lawatan yang anda mahukan.

2) Louvre Museum, Paris, Perancis

Di tempat kedua adalah Louvre Museum di Paris, menewaskan saingan terdekatnya Menara Eiffel. Sebagai muzium seni terbesar di dunia, Louvre menempatkan sekitar 38,000 barangan artifak. 

Majoriti mereka yang berkunjung ke sini menyimpan hajat untuk melihat lukisan Mona Lisa dan Venus de Milo. Tetapi tahukah anda, bahawa muzium itu sendiri adalah karya seni? Asalnya ia dibina sebagai kubu pada tahun 1190 sebelum ditukar menjadi istana pada abad ke-17.

Louvre Museum pernah dijadikan lokasi penggambaran muzik video 'Apes ** t' , nyanyian Beyonce, di mana ketika itu seluruh muzium telah ditutup untuk menjalani penggambaran.

Tiket berharga €17, tetapi percuma pada setiap Sabtu pertama setiap bulan.

3) Muzium-muzium Vatican, Vatican City

Muzium yang terletak di Vatican City ini menjadi sebutan ramai, terutamanya di kalangan pencinta seni, khususnya karya seni bina. Seperti anda sedia maklum, Vatican City merupakan negara terkecil di dunia yang dikelilingi oleh sempadan Rom dan terkenal dengan seni, warisan dan kebudayaannya. 

Jika dihitung terdapat 54 buah muzium kesemuanya di sini. Sejarah Muzium Vatican ini bermula pada tahun 1503 apabila Paus Julius pada ketika itu mengambil langkah dengan menyumbangkan koleksi seni peribadinya dan jejak langkahnya ini terus diikuti oleh keluarga dan orang perseorangan sehingga koleksi seni ini semakin bertambah.

Muzium yang paling terkenal adalah Sistine Chapel, yang mempunyai lukisan siling yang dilukis oleh Michelangelo. Antara tarikan yang mesti dilihat di sini ialah ‘The Spiral Staircase’.

Mulakan pengembaraan seni anda sebaik sahaja kaki menjejak tangga spiral ini. Direka oleh Giuseppe Momo pada tahun 1832, hari ini tangga ini merupakan tangga yang paling banyak difoto di dunia. 

Tiket masuk berharga ke sini berharga €26.

4) Statue Of Liberty, New York, Amerika Syarikat

Tidak sempurna lawatan anda ke New York jika anda tidak menjejaki mercu tanda kota metropolitan ini. Patung Liberty setinggi 305 kaki ini diberikan kepada Amerika Syarikat oleh kerajaan Perancis pada tahun 1886. Ia mewakili dewi Rom, Libertas yang melambangkan kebebasan dan kemerdekaan.

Patung yang asalnya berfungsi sebagai rumah api ini direka oleh seorang pengukir Perancis, Frederic Auguste Bartholdi. Manakala, kerangka logamnya dibina oleh Gustave Eiffel, jurutera dan pengasas syarikat yang membina menara Eiffel di Paris.

Sejak dibuka kepada orang ramai, ia menjadi suatu simbol perdamaian yang menyambut baik kehadiran pengunjung dan imigran, mahupun orang Amerika Syarikat yang pulang ke tanah air. 

Patung ini dan kawasan sekitarnya turut dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1984 atas keutamaan ia sebagai suatu ‘adikarya semangat manusia’ dan lambang semangat kebebasan, kedamaian, hak asasi manusia, penghapusan perhambaan, demokrasi dan harapan. 

Anda boleh memilih lawatan terus ke Pulau Liberty atau ikuti trip feri ke Pulau Staten untuk melihatnya dari jauh. Tiket berharga (termasuk feri) berharga USD18.50.

5) Menara Eiffel, Paris, Perancis

Menara Eiffel yang ikonik berada di tempat kelima. Dibina pada tahun 1887, menara ini memiliki 2,665 anak tangga untuk sampai ke puncak. Sebab itu pengunjung lebih rela menunggu giliran untuk menaiki lif daripada memanjat anak tangga.

Ironinya, orang Paris pada awalnya membenci struktur menara ini, tetapi sekarang ia adalah mercu tanda ikonik di bandar ini dan merupakan bangunan tertinggi di dunia selama lebih dari 40 tahun.

Satu fakta yang anda mesti tahu ialah, adalah melanggar undang-undang jika anda berkongsi, menjual atau menerbitkan gambar Menara Eiffel pada waktu malam tanpa kebenaran. Eh, kenapa pula wujudnya larangan ini? 

Ini kerana pertunjukan cahaya menara pertama kali diperkenalkan pada tahun 1985, yang bermaksud ia dilindungi di bawah undang-undang hak cipta Perancis sebagai karya seni.

Tiket-tiket lawatan ke menara ini bermula dari €10.20.

Kredit foto : Unsplash

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 20 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya