web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Negara Bebas COVID-19, Apa Tarikan Pelancongan Di Sini?

Tahukah anda ada lima buah negara yang disenaraikan bebas daripada pandemik? Setiap negara ini biarpun tidak popular untuk pelancongan, namun tarikannya berbaloi diterokai.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 2:42PM

Gambar: Laman Facebook Tongatourismauthority

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sehingga Jun 2021, dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19 yang bagaikan tak berpenghujung.

Satu demi satu gelombang diharungi, namun kehidupan tidak pernah dapat senormal seperti dahulu. Ramai yang terpaksa berkurung di rumah, demi memutuskan rantaian virus yang semakin menggila.

Namun tahukah anda sebenarnya ada negara yang diisytiharkan bebas COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)?

Setakat 27 Jun 2021, daripada 193 buah negara di dunia, ada lima buah negara yang disenaraikan bebas daripada pandemik. Setiap negara ini biarpun tidak popular untuk pelancongan, namun tarikannya berbaloi diterokai.

1) Tuvalu (populasi 11,793 orang)

Gambar: Laman web Timelesstuvalu.com
Gambar: Laman web Timelesstuvalu.com

Dahulunya ia dikenali sebagai Kepulauan Ellice, sebuah negara kepulauan yang terletak di antara Hawaii dan Australia. Mempunyai ketinggian hanya 5 meter dari permukaan laut, ia merupakan di antara negara yang diancam tenggelam kerana pemanasan global.

Biarpun Tuvalu memiliki keindahan alam yang cukup memukau, tetapi ia sepi daripada kehadiran pelancong. Berdasarkan rekod, dianggarkan hanya 200 orang mengunjungi Tuvalu dalam tempoh setahun. Jadi, tidak hairanlah virus COVID-19 tidak merebak sehingga ke sini.

Tarikan yang sedia menanti kedatangan pelancong ialah lautannya yang terbentang luas. Khazanah marinnya bukan kepalang dan dek itulah majoriti yang pernah menjejakkan kaki ke sini adalah penyelam skuba. 

Salah satu tarikan mesti pergi ialah Taman Pemuliharaan Laut, Funafuti yang merangkumi beberapa buah pulau kecil. Menurut laman web TripAdvisor, lautnya hijau membiru bagaikan syurga dunia. Di sini anda boleh snorkelling untuk mengintai hidupan marin yang berwarna-warni.

2) Nauru (populasi 10,823 orang)

Gambar: Laman web Regtechtimes.com
Gambar: Laman web Regtechtimes.com

Republik Nauru adalah negara republik terkecil di dunia dan ia berada di tengah-tengah antara Australia dan Hawaii.

Dengan keluasan wilayah hanya 21 kilometer persegi, anda boleh berjalan mengelilinginya dalam satu hari. Bersama dengan Tuvalu, ia juga memegang rekod sebagai salah satu negara yang paling jarang dikunjungi di dunia.

Nauru tidak memiliki ibu kota, namun Yaren umumnya dianggap sebagai ibu kota negara terbabit. Nauru memperolehi kemerdekaan pada 31 Januari 1968. Pada tahun 1980, Nauru merupakan negara paling kaya. Namun, pada tahun 2017, posisinya merudum menjadi lima negara paling miskin di dunia.

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Nauru, namun jika anda pencinta alam semula jadi, Nauru tidak akan mengecewakan. Boleh ke pautan ini untuk melihat keadaan Nauru. 

3) Tonga (populasi 105,695 orang) 

Gambar: Laman Facebook Magentaocean
Gambar: Laman Facebook Magentaocean

Sejak kes coronavirus yang pertama dilaporkan di Fiji, Tonga menutup sempadannya kepada warga asing dan hanya benarkan pelawat atau warganegara asing melakukan perjalanan kembali ke negara masing-masing. Pada 29 Mac 2021, sempadan Tonga ditutup sama sekali. 

Andai ada kesempatan ke negara ini, apa agaknya tarikan pelancongan yang mesti dilawati? Terdapat banyak pantai-pantai tersembunyi untuk diterokai di sini.

Jangan sesekali lepaskan peluang ke Mapu A Vaea atau ‘Whistle of the Noble’ yang terletak di perkampungan Houma,Tongatapu untuk menyaksikan keajaiban dan keindahan lubang angin semula jadi yang mempesona. 

Selain itu anda juga boleh singgah ke Tsunami Rock atau dikenali sebagai ‘Maka Sio'ata’ yang terletak di Kala’ua. Batu besar setinggi bangunan tiga tingkat itu cukup misteri kerana sehingga kini tiada pihak yang tahu dengan tepat bagaimana ia sampai di sana.

Penyelidik percaya ombak besar yang melanda pantai itu kira 7,000 tahun yang lalu yang telah membawa objek berkenan ke lokasinya hari ini. 

4) Korea Utara (populasi 25,778,816 orang)

Gambar: Laman web Lonelyplanet.com/north-korea
Gambar: Laman web Lonelyplanet.com/north-korea

Tidak seperti Korea Selatan yang mesra pelancong, Korea Utara agak digeruni untuk dilawati memandangkan terlalu banyak sekatan yang dikenakan kepada pelawat. Negara ini kekal bebas COVID-19 selepas menjadi negara pertama yang menutup sempadannya. 

Biarpun terdapat satu kes yang disyaki COVID-19 pada 26 Julai tahun lalu, namun ia kemudian disahkan bukan jangkitan virus pembawa maut ini. Sehingga kini sempadan negara ini masih ditutup. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya berbaloikan melawat ke negara yang tertutup dari pandangan dunia ini? Kalau anda penggemar K-drama, pasti anda punya sedikit gambaran tentang gaya hidup rakyatnya setelah menonton drama 'Crash Landing on You' yang ditayangkan tidak beberapa lama dahulu.

Bercerita tentang tempat-tempat menarik, sebenarnya ada tiga tarikan yang mesti dilawati jika anda memijak bumi Korea Utara. Pertama, Victorious War Musieum yang dibina pada tahun 1953.

Muzium antara tarikan yang paling popular di kalangan pelancong, di mana ia menempatkan pelbagai jenis kenderaan dan senjata perang yang pernah digunakan ketika perang saudara dengan Korea Selatan. 

Kedua, Arch Of Triumph yang merupakan monumen kedua terbesar selepas Monumento a la Revolución di Mexico. Monumen yang dibina di Pongyang ini adalah lambang kehebatan Korea Utara ketika menentang Jepun di antara tahun 1925 ke 1945.

Ketiga, tidak lain tidak bukan adalah mercu tanda kebanggaan rakyat Korea Utara iaitu Juche Tower. Seperti namanya, menara ini adalah simbolik ideologi politik Juche yang diperkenalkan oleh pemerintah pertamanya, Kim II-Sung. 

Kedudukan yang terletak di tepian Sungai Taedong menjadikan menara berketinggian 170 meter ini tampil menggagumkan terutamanya pada waktu malam. Cukup indah jika dapat merakam memori di sini.

5) Turkmenistan (populasi 6,031,200 orang)

Gambar: Laman web Worldtravelguide.net
Gambar: Laman web Worldtravelguide.net

Turkmenistan adalah sebuah negara di Asia Tengah yang bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Iran dan Afghanistan.

Menurut laporan, sebahagian besar sempadan (melalui jalan darat) ditutup lebih dari sebulan lalu apabila jangkitan kes semakin membimbangkan di negara-negara jirannya.

Selain itu, Turkmenistan juga telah membatalkan banyak penerbangan ke dan dari China bermula Februari lalu. 

Turkmenistan meraih kemerdekaan pada tahun 1990-an, di mana sebelum ini ia berada di dalam Kesatuan Soviet. Sejarah mencatatkan, Turkmenistan melalui pelbagai pengaruh pemerintahan.

Awalnya, di abad ke-7 SM, ia berada bawah wilayah kekuasaan Alexander Agung. Lalu, di abad ke-8, Islam masuk ke sana yang dibawa oleh pimpinan Ma'mun Ar Rasyid dari Empayar Abassiyah.

Kemudian di abad ke-12, Turkmenistan ada di bawah kekuasaan Kesultanan Turki Saljuk.

Sebagai salah sebuah negara yang sering diabaikan oleh pelancong di seluruh dunia, Turkmenistan sebenarnya mewah dengan tinggalan sejarah. Banyak monumen negara yang termasuk dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Tiada sifat kurang menarik di Turkmenistan. Di sini anda boleh melihat pokok-pokok pistasio lama, tinggalan dinosaur, kawah gunung berapi dan banyak lagi. Landskap alamnya paling indah pada musim bunga tempatan.

Ibu negaranya, Ashgabat merupakan pusat tumpuan pelancong. Di sinilah terletaknya Monumen Kemerdekaan, Istana Turkmenbashi, Muzium Sejarah Nasional Ashgabat, Muzium Permaidani dan lain-lain.

Pada Mei 2013, Ashgabat disenaraikan oleh Guinness Book of Records sebagai bandar yang memiliki banyak bangunan marmar putih tertinggi. 

Bagaimanapun, tarikan utama adalah tinggalan bandar purba, Nisa yang terletak 22 kilometer di luar Ashgabat. Pada satu ketika, Nisa adalah ibu negara Parthia dan yang menjadi pusat penting Jalan Sutera.

Hari ini Nisa hanyalah runtuhan indah di padang pasir dan ia berada di bawah perlindungan UNESCO. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN