web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Rancang Buka Pintu Kepada Pelancong Sudah Lengkap Divaksin Pertengahan Oktober

Pelancong yang sudah lengkap divaksin termasuk warga Thailand yang mahu pulang, akan dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin atau sekatan lain.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:13PM

Pantai Krabi. Gambar: Sumit Chinchane, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Rabu mengumumkan Thailand akan membuka semula negara kepada pelancong yang sudah lengkap mendapat vaksin pada pertengahan Oktober untuk menghidupkan kembali ekonominya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata pelancong yang sudah lengkap divaksin termasuk warga Thailand yang mahu pulang, akan dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin atau sekatan lain.

Prayuth mengakui keputusan itu mempunyai beberapa risiko kerana mungkin akan berlaku peningkatan jangkitan.

"Saya fikir ketika kita mempertimbangkan keperluan ekonomi rakyat, sudah tiba masanya untuk kita menjangkakan risikonya dan menetapkan tarikh membuka semula negara sepenuhnya dan mula menerima pelawat.

"Membuka kembali negara adalah antara cara penting untuk mengurangkan penderitaan mereka yang kehilangan pendapatan.

"Oleh itu, saya menetapkan matlamat untuk Thailand dibuka sepenuhnya dalam masa 120 hari lagi bermula hari ini (Rabu) dan pusat pelancongan boleh membuat persediaan awal,” katanya ketika berucap pada Rabu malam.

Gambar: Worachat Sodsri, Unsplash
Gambar: Worachat Sodsri, Unsplash

Beliau menambah sektor pekerjaan dan perniagaan serta pengangkutan domestik juga dapat beroperasi seperti biasa tanpa sekatan.

“Satu-satunya pengecualian terhadap garis panduan ini adalah jika berlaku suatu keadaan serius atau kemungkinan berlaku keadaan sedemikian, kami akan melihat perkara itu satu persatu mengikut kes,” katanya.

Sejak April tahun lalu, Thailand mengenakan syarat kemasukan dan langkah kuarantin yang ketat untuk mengawal pandemik tersebut. Namun pada pertengahan Disember tahun lalu, negara ini menyaksikan  gelombang kedua pandemik dan sejak April tahun ini kerajaan bertungkus lumus membendung gelombang ketiga. 

Sekatan perjalanan menyaksikan ketibaan pelancong ke negara ini susut kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.

Ujar Prayuth berkata pulau peranginan Phuket akan mula menerima pengunjung yang sudah lengkap divaksin mulai 1 Julai apabila sebahagian besar penduduk tempatan di destinasi pelancongan itu menerima vaksin masing-masing.

Di bawah 'Phuket Sandbox', pelawat yang mahu mengunjungi Phuket tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari, namun perlu berada di pulau itu selama dua minggu sebelum boleh melakukan perjalanan ke wilayah lain di negara itu.

Gambar Fail
Gambar Fail

"Saya telah mempercepat perkara ini untuk dipertimbangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan," katanya.

Mengenai vaksinasi, Prayuth berkata kerajaan telah menandatangani kontrak tempahan dan perbekalan sejumlah 105.5 juta dos yang akan dihantar tahun ini, melebihi sasaran bekalan. 

“Kami akan terus mendapatkan bekalan tambahan vaksin untuk tahun depan.

“Kerajaan merancang untuk menyuntik kira-kira 10 juta dos sebulan bermula Julai, jadi menjelang Oktober, kira-kira 50 juta orang bakal mendapat sekurang-kurangnya satu dos,” katanya.

Sehingga 15 Jun, sejumlah 6.78 juta orang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sama ada Sinovac atau AstraZeneca di negara itu, termasuk 1.83 juta orang yang menerima dua dos vaksin COVID-19.

Thailand menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus daripada 70 juta penduduknya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN