web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Tempat Bersejarah Wajib Dilawati Sekali Seumur Hidup!

Jelajah Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2025 4:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantai, kepelbagaian budaya dan hidangan memikat selera, tetapi turut menyimpan pelbagai warisan  bersejarah.

Setiap bangunan, kubu, atau tapak sejarah yang ada, membawa kisah tersendiri tentang perjuangan, penaklukan dan pembentukan negara.

Berikut adalah lima destinasi bersejarah yang patut anda kunjungi sekurang-kurangnya sekali Seymour hidup.

1. A Famosa, Melaka

Terletak di tengah bandar Melaka, A Famosa adalah salah satu peninggalan paling ikonik dari zaman penjajahan Portugis. Dibina pada 1511, kubu ini berfungsi sebagai benteng untuk mengekang kemaraan musuh. 

Walaupun sebahagian besar strukturnya telah musnah, pintu gerbang Porta de Santiago masih teguh berdiri dan menjadi tarikan utama pelancong. 

Berjalan di sekitar kawasan ini seolah-olah membawa kita kembali ke abad ke-16, merasai suasana zaman penjajahan yang penuh sejarah.

2. Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Berlatarbelakangkan Dataran Merdeka, bangunan ini dibina pada  1897 dan menjadi simbol kebanggaan Kuala Lumpur. Reka bentuknya memukau dengan seni bina Moorish dan Indo-Saracenic yang unik. 

Premis ini dahulunya menempatkan pejabat pentadbiran kolonial British, dan kini menjadi pejabat rasmi Kementerian Komunikasi & Multimedia. 

Di waktu malam, bangunan ini tampak bergemerlapan dengan lampu berwarna-warni, menjadikannya antara lokasi wajib singgah untuk bergambar.

3. Muzium Diraja (Istana Negara Lama), Kuala Lumpur

Sebelum wujudnya Istana Negara baharu di Jalan Duta, inilah kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 1957 hingga 2011. 

Pengunjung juga dapat melihat pelbagai ruang istana, bilik persemayaman dan koleksi pameran yang menceritakan sejarah institusi Diraja Malaysia.

Sekiranya berkunjung je sini, anda berpeluang memahami dan menyelami dengan lebih mendalam adat dan tradisi diraja yang jarang dapat disaksikan dari dekat.

4. Stesen Keretapi Tanjung Aru, Sabah

Bagi penggemar sejarah pengangkutan, Stesen Keretapi Tanjung Aru adalah antara destinasi wajib singgah. Dibina pada awal 1900-an ketika Kota Kinabalu  dikenali sebagai Jesselton, laluan keretapi ini digunakan untuk mengangkut hasil pertanian seperti getah dan tembakau. 

Ia merupakan sistem keretapi tertua di Borneo yang masih beroperasi sehingga kini. Perjalanan dengan keretapi ini membolehkan anda merasai pengalaman seperti penduduk tempatan pada zaman dahulu.

5. Kellie’s Castle, Perak

Di Batu Gajah, Perak, berdiri sebuah bangunan separa siap yang penuh misteri iaitu Kellie’s Castle. 

Dibina oleh William Kellie Smith, seorang peladang Scottish, pada awal abad ke-20, istana ini sepatutnya menjadi hadiah buat isterinya. Namun, projek itu terbengkalai selepas kematiannya secara mengejut. 

Dengan gabungan seni bina Moorish, Indo-Saracenic, dan kolonial, serta kisah legenda yang mengiringinya, Kellie’s Castle menjadi lokasi yang memikat minat pencinta sejarah dan pemburu kisah mistik.

Kesimpulannya, berkunjung ke semua lokasi bersejarah ini bukan sahaja memberi peluang untuk anda untuk bergambar, tetapi juga membuka jendela masa yang membolehkan kita memahami bagaimana negara ini dibentuk oleh pelbagai peristiwa dan budaya.  - Getaran, 10 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid