web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 12:14PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berkunjung ke beberapa destinasi, Luna Lights Wonderland meneruskan misi jelajah ke 10 stesen di seluruh negara dan yang terbaharu adalah Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Berbekalkan 1.3 juta lampu LED (diod pancaran cahaya), pekarangan Stadium Tertutup Gong Badak nyata meriah dan ceria disinari cahaya lampu yang dipaparkan dalam lima tema, iaitu akuatik, haiwan, romance, space, forest.

Pelbagai binaan dihiasi lampu turut didirikan di sekitar stadium seperti aurora river, laser space, selain beberapa terowong antaranya yang bertemakan percintaan, Starwars dan Avatar.

Dibuka sejak 12 April lalu hingga 12 Mei ini, Luna Lights Wonderland turut menyediakan gerai makanan dan permainan untuk kemudahan pengunjung.

Beroperasi dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam, orang ramai yang berminat perlu membeli tiket berharga RM15 (dewasa) dan RM8 (kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah).

Tiket hanya boleh diperoleh di lokasi dan tiada tempahan secara dalam talian disediakan.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Luna Lights Wonderland adalah anjuran bersama Red Bear Event dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan di Kuala Terengganu. - Getaran, 19 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN