Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


9 Destinasi Alam Semula Jadi Paling Popular di Asia, Miri Turut Tersenarai

Senarai diumumkan sempena pelancaran program Eco Deals anjuran Agoda.com bernilai AS$1 juta

Jelajah Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 8:28AM

Jeongseon County, Korea Selatan. gambar Unsplash, Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal Mac lalu, platform pelancongan digital Agoda menyenaraikan beberapa destinasi alam semulajadi yang paling digemari di Asia sempena pelancaran program Eco Deals 2024.  

Menerusi program bernilai AS$1 juta itu Agoda berjanji untuk menderma AS$1 untuk setiap tempahan yang dibuat di hartanah yang mengambil bahagian untuk menyokong projek World Wide Fund for Nature (WWF) bagi melindungi hidupan liar dan memulihara habitat kritikal di Asia Tenggara. 

Naib Presiden Asia Tenggara, Agoda, Enric Casals dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya amat teruja dengan pelancaran edisi ketiga program itu.  

“Saya berasa amat bangga dan teruja bahawa dengan edisi ketiga program Eco Deals ini, Agoda berjanji untuk menyumbangkan sehingga satu juta dolar Amerika Syarikat kepada projek-projek pemuliharaan WWF di seluruh Asia Tenggara.

“Program Eco Deals dapat membantu pelancong untuk memberi sumbangan mereka bagi melindungi keindahan alam semula jadi agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

Ooty, India
Ooty, India

Untuk menyemarakkan minat pelancong terhadap keindahan alam yang unik dan luar biasa di serata Asia Pasifik, Agoda memilih beberapa destinasi alam semula jadi terbaik di sembilan pasaran, untuk menghasilkan idea untuk menghubungkan semula diri dengan alam semula jadi melalui hutan purba, lembah yang dalam dan tasik yang tenang.

Jika anda salah seorang pencinta alam semulajadi dan ingin berbakti kepada keindahan alam ini, jom semak senarai berikut:

Ooty, India

Ooty, yang juga dikenali sebagai 'Queen of Hill Stations’ atau Ratu Stesen Bukit, terletak di Bukit Nilgiri. Lokasi ini adalah sebahagian daripada Rizab Biosfera Nilgiri. Ia adalah kawasan hutan terlindung terbesar di India dan mempunyai sebuah bandar yang terkenal dengan keindahan tasik dan tamannya. Ooty adalah destinasi idaman pencinta alam yang gemarkan aktiviti berperahu, safari dan mendaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi India.

Lombok, Indonesia

Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke sini, anda pasti merinduinya keindahannya. Selain pantai yang menawan, Gunung Rinjani juga menjadi ikon yang sering menggamit kedatangan pengembara.

Lombok, Indonesia
Lombok, Indonesia

Gunung Rinjani yang tersenarai dalam Geopark Global UNESCO di Indonesia menampilkan landskap yang pelbagai, termasuk savana dan hutan tropika yang dibentuk daripada batu gunung berapi. 

Tersergam megah pada ketinggian 3,726 meter, Gunung Rinjani menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari puncaknya. Danau Anak Segara yang terbentuk di dalam kaldera Rinjani menyediakan keindahan yang damai dan mengasyikkan. Malah, ramai penganut Hindu tertarik untuk melakukan upacara pujaan mereka di sana. 

Hakone, Jepun

Hakone adalah sebuah destinasi pelancongan utama Jepun yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan serta warisan sejarah yang kaya. Dikelilingi oleh kawasan pergunungan, tempat ini terkenal dengan keindahan bermusim, mata air panas dan tarikan kebudayaan seperti Tasik Ashi dan Kuil Hakone. 

Akses mudah ke Gunung Fuji, pilihan tempat makan yang beraneka jenis, dan cenderahati unik menambahkan lagi daya tarikannya untuk pengunjung dari seluruh dunia.

Hakone, Jepun.
Hakone, Jepun.

Miri, Malaysia

Miri adalah pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu yang disenaraikan oleh UNESCO. Taman Negara tersebut adalah sebuah kawasan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, dan mempunyai gua yang luas termasuk Sarawak Chamber, ruang gua terbesar di dunia mengikut keluasannya. 

Di sini, pelawat boleh menerokai pembentukan kars, mendaki Gunung Api untuk melihat pemandangan yang menakjubkan di puncaknya, dan menyaksikan penghijrahan kelawar di Gua Rusa, melalui denai hutan yang mencabar dan juga menaiki bot.

Miri, Malaysia
Miri, Malaysia

Siquijor Island, Filipina

Siquijor, yang dikenali sebagai 'Pulau Mistik Visayas Tengah,' memikat hati pengunjung dengan pemandangan gunung dan air terjun yang indah. Gunung Bandilaan yang juga puncak tertinggi pulau tersebut mempamerkan tumbuh-tumbuhan asli dan lebih 100 spesies rama-rama yang boleh ditemui semasa mendaki. 

Air Terjun Cambugahay yang mempesonakan, terletak di dalam hutan hujan yang subur dan dikatakan mempunyai kuasa pemulihan, menjadikannya satu destinasi percutian yang tenang dari kesibukan hidup di bandar.

Siquijor Island, Filipina
Siquijor Island, Filipina

Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan

Daerah Jeongseon di Wilayah Gangwon adalah satu destinasi percutian alam semula jadi yang terkenal dengan pemandangan gunung yang damai. Ia menampilkan aktiviti luar yang bermusim, termasuk pendakian musim sejuk di Hambaeksan dan penerokaan musim luruh Gariwangsan. 

Pengunjung yang inginkan sesuatu yang mencabar boleh menikmati Byeongbangchi Skywalk yang mengujakan dengan pemandangan panoramik di kawasan pergunungan dan lembah di sekelilingnya. Saksikan keindahan semula jadi Auraji melalui aktiviti rekreasi seperti berakit yang menjadi satu kemestian apabila sudah sampai di sini.

Taman Negara Taroko, Hualien, Taiwan
Taman Negara Taroko, Hualien, Taiwan

Hualien, Taiwan

Hualien, di pantai timur Taiwan menawarkan landskap yang menakjubkan, kekayaan budaya dan pengembaraan luar rumah yang mengujakan. 

Taman Negara Taroko, satu mercu tanda utama Hualien terkenal dengan pembentukan tebing marmar yang dramatik, hutan yang subur dan sungai yang jernih, dengan denai kembara yang menuju ke tempat pemandangan yang memukau, air terjun dan kuil di tepi gunung.

Sebagai habitat kepada pelbagai hidupan liar, taman ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pencinta alam dan penggemar aktiviti kembara.

Bagaimanapun, hasrat untuk ke sini mungkin perlu ditangguhkan buat seketika kerana ia terjejas teruk akibat gempa bumi baru-baru ini. 

Khao Yai, Thailand.
Khao Yai, Thailand.

Khao Yai, Thailand

Khao Yai adalah lokasi percutian alam semula jadi yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia memandangkan ia terletak berhampiran Bangkok. Destinasi ini menampilkan taman negara pertama yang diiktiraf oleh UNESCO di Thailand.

Dengan adanya hutan hujan yang luas, air terjun yang terkenal seperti Haew Narok dan Haew Suwat, dan pelbagai jenis hidupan liar termasuk gajah dan juga beruang hitam Asia, ia sesuai untuk aktiviti luar seperti mendaki, safari dan menyaksikan bintang, yang menawarkan pengunjung peluang untuk menikmati keindahan hutan belantara Asia secara lebih dekat.

Dalat, Vietnam.
Dalat, Vietnam.

Dalat, Vietnam

Terletak tidak jauh dari bandar Ho Chi Minh yang sibuk, Dalat menjadi syurga kepada pencinta alam dengan cuaca yang nyaman, hutan pokok pain dan juga air terjun. Ia sesuai untuk aktiviti mendaki, aktiviti di tasik seperti mendayung dan juga bersiar-siar menikmati keindahan taman-taman tempatan. 

Persekitarannya yang indah menjadikan Dalat satu tempat percutian yang sukar dilupakan oleh pencinta alam dari seluruh dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.agoda.com/ecodeals. - Getaran, 8 April 2024

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN