web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penuhi 2024 Dengan Mengembara Ke Australia

Percutian ke pelbagai lokasi menarik di bumi kanggaru memberi peluang untuk anda untuk mengutip pengalaman yang tidak dapat dilupakan sambil berhubung semula dengan alam semula jadi 

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:16AM

gambar Tourism Australia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun, Australia mempunyai undang-undang yang ketat membabitkan kemasukan pelancong, tetapi ia terkenal dengan pelbagai haiwan comel seperti koala, selain mempunyai tarikan semulajadi yang bukan kepalang. 

Bagi anda yang pernah menjejakkan kaki ke negara itu, pasti hati meruntun rindu untuk kembali mengunjunginya. Australia yang mempunyai keluasan 7,686,850 kilometer persegi, pasti sukar untuk dijelajahi dalam waktu yang singkat. Lebih-lebih lagi jika anda ke sini hanya untuk beberapa hari. 

Antara tarikan yang menjanjikan pengembaraan hebat adalah berenang dengan ikan lumba-lumba dan menjejaki cerita Orang Asli di bawah gemerlapan bintang atau memulihkan tubuh badan dengan santapan dari ladang. Tidak cukup dengan itu, ada pelbagai lagi aktiviti luar yang menarik.  Teruskan pembacaan anda untuk panduan perjalanan yang diidamkan!

Mengintai Paus Di Australia Barat, Queensland Dan Australia Selatan

Aktiviti ‘whale watching’ atau melihat paus dari feri dan bot adalah aktiviti yang biasa dilakukan, tetapi pernahkah anda mengikuti aktiviti yang memberi peluang kepada anda untuk melihat mamalia ini ketika berada tinggi di udara? 

Jika belum, kini anda boleh mengagumi haiwan hebat ini dari udara, ketika anda berlayar dengan Cicerello’s Jet Adventures di luar pantai Perth / Boorloo, Australia Barat.

Bertolak dari Freemantle semasa musim paus bungkuk (humpback) antara September dan November, pencinta ikan paus boleh menaiki bot parasailing Okiedokie yang dibina khas untuk meluncur melintasi ikan paus bagi melihat pemandangan sekali seumur hidup.

Untuk lebih dekat dengan lautan terhebat, naiki kapal pemerhati ikan paus utama Naturaliste Charters, Alison Maree, yang berlepas dari Perth / Boorloo, Bremer Bay dan wilayah Margaret River.

Ia kini menampilkan platform tontonan baharu yang membawa pengunjung menghampiri paras laut, sekali gus peluang bertentang mata dengan haiwan hebat itu. Bulan terbaik untuk melihat paus itu dari dekat di Teluk Bremer adalah dari Disember hingga April. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan sebaik-baiknya. 

Good Vibes Boating Adventures adalah syarikat sewa baharu yang beroperasi di sekitar laluan air Sunshine Coast Queensland, yang berpangkalan di Maroochydore. Kapal biru terang mereka, Goodvibes, boleh disewa untuk pelbagai pengembaraan marin daripada memancing ke menonton ikan paus serta menyusuri sungai yang santai. 

Lebih mesra pengunjung, tanjakan belakangnya yang lebar direka khas supaya boleh diakses sepenuhnya oleh kerusi roda.

Bagi mereka yang idamkan lawatan paus yang komprehensif, apa kata ikuti lawatan premium yang dianjurkan oleh Untamed Escapes. Pengembaraan selama lima hari tersedia dari Julai hingga September di laluan Great Australian Bight.

Bermula dan berakhir di Adelaide / Tarntanya, bintang utama untuk pengembaraan itu adalah ‘Southern Right Whale’ yang anggun, yang diketahui bilangan lebih banyak di sini berbanding di tempat lain. Selain paus itu, anda juga berpeluang untuk melihat hidupan liar marin lain termasuk ikan lumba-lumba, singa laut dan penguin kecil.

Terpukau Di Bawah Bima Sakti

Tidak semua keindahan Australia berada di daratan. Arahkan pandangan mata anda ke langit yang bercahaya dengan kerlipan ribuan bintang.

Di Uluru yang terletak di wilayah utara, Tourism Australia telah memperkenalkan elemen baharu kepada aktiviti penceritaan kebudayaan Wintjiri Wiru Twilight.

Menampilkan pertunjukan cahaya dron yang mengagumkan, aktiviti selama 90 minit adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas dan keluarga. 

Alang-alang sudah sampai ke sini, jangan lupa singgah ke Discovery Resorts: Kings  Canyon  yang menampilkan 69 menara cahaya pelbagai warna yang bersinar secara hipnosis terhadap geologi ngarai purba.

Selain itu, anda juga boleh mengikuti aktiviti 4WD Sleepout Tour yang dibawakan oleh  Arkaroola Wilderness Sanctuary di pedalaman Australia Selatan. Aktiviti lain daripada lain ini memberi peluang kepada tetamu untuk bermalam di bawah kanopi alam semesta yang luas dalam pengembaraan selama dua atau tiga malam. 

Bagi mereka yang menggemari idea untuk melihat langit dari laut, Eco Abrolhos telah melancarkan lawatan bot baru selama lima hari bagi menyaksikan bintang di sekitar Kepulauan Albrohos di luar pantai barat daya Australia Barat.

Dihoskan oleh ahli astronomi tempatan Donna Vanzetti, hari-hari dihabiskan untuk memancing, mengangkut craypot untuk makan malam, bersnorkel atau melihat singa laut dan burung laut. Percayalah, pengalaman sebegini tidak mungkin boleh dilupakan begitu sahaja. Ia akan kekal dalam ingatan.

Dekatkan Diri Dengan Alam Semujadi

Antara Oktober hingga April, anda boleh rebut peluang untuk melihat sekilas bagaimana kehidupan bekerja di stesen ternakan terpencil di Katherine, Northern Territory. Pakej percutian ‘Katherine Outback Experience’s’ lebih 90 minit ini membolehkan anda mempelajari cara kuda liar dijinakkan, cara anjing pekerja Australia mengumpulkan kawasan haiwan yang dijaga dan mengambil bahagian memberi makan haiwan ternakan. 

Kalau sampai ke Tasmania, bolehlah ikuti aktiviti berbasikal yang unik di Blue Derby Pods. Bagaimanapun, persiapkan diri dengan stamina yang baik kerana ia melibatkan  pengembaraan fizikal yang dipenuhi dengan keseronokan sambil menikmati keindahan landskap alam semulajadi. 

Pengembaraan dua hari yang baharu diperkenalkan ini bermula di Launceston dan ia  juga satu-satunya pengembaraan yang membawa pengembara jauh ke tarikan rahsia Mount Paris Dam. 

Chef Kane Pollard dari restoran Adelaide / Tarntanya Topiary, dan kurator makanan untuk festival masakan utama Australia Selatan, Tasting Australia, telah melancarkan usaha baharu di Australia Selatan yang membawa pengunjung ke tengah-tengah hasil dan landskap negeri itu.

Untuk maklumat lanjut layari www.tourism.australia.com – Getaran, 26 Februari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia