web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Tambah 1 Juta Tempat Duduk Untuk Kempen Tempat Duduk Percuma

Penambahan kerusi ini berikutan peningkatan permintaan dan ia boleh direbut sehingga esok.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 12:51PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat penerbangan AirAsia mengumumkan bahawa mereka akan menambah satu juta tempat duduk untuk kempen promosi ‘Tempat Duduk Percuma’ berikutan peningkatan permintaan daripada pengembara di seluruh rantau ini.

Dilancarkan pada awal minggu ini, kempen ini akan berakhir pada esok, 25 Ferbruari 2024. Rekod menunjukkan pengembara tertarik untuk melancong ke destinasi domestik menarik di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Miri, dengan destinati-destinasi ini menawarkan tambang serendah RM28 bagi penerbangan sehala termasuk semua fi.

Selain itu pengembara juga berminat dengan destinasi eksotik di negara ASEAN seperti Krabi, Bali, dan Medan yang menawarkan tambang daripada RM83 termasuk semua fi untuk perjalanan sehala.

Bagi pengembara yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua (tidak termasuk lain-lain fi) bermula RM299 sehala ke pelbagai destinasi di seluruh Asia dan lain-lain seperti Almaty, Hangzhou, Delhi, Sydney dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, berkata kempen promosi ini menyaksikan sambutan luar biasa dalam tempoh  72 jam pertama jualan dilancarkan.

“Sejak pelancaran kempen ‘Tempat Duduk Percuma’ kami yang pertama pada tahun ini, kami telah menyaksikan sambutan luar biasa dalam masa 72 jam pertama jualan dengan tempahan ke destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Krabi, Bandar Ho Chi Minh, Da Nang dan banyak lagi.

“Ini adalah bukti permintaan kukuh untuk sektor pelancongan merentasi ASEAN, dan kami berbangga untuk menerbangkan pengembara ke destinasi impian mereka dengan tambang rendah.

“Kini, kami menambah 1 juta tempat duduk lagi untuk promosi  ini dan ia boleh ditempah sehingga Ahad ini termasuklah untuk penerbangan jarak sederhana ke Melbourne, Taipei, Tokyo dan banyak lagi,” ujar beliau.

Dengan masa yang semakin suntuk, pengembara digalakkan untuk menempah tempat duduk mereka untuk perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025. Tempahan boleh dibuat melalui airasia Superapp atau airasia.com.

Selain itu, AirAsia juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk tempahan ciri Fast Pass dan 20 peratus untuk tempahan Xtra Carry-On.

Pemegang kad BigPay di Malaysia juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan AirAsia.

Kempen ‘Tempat Duduk Percuma’ AirAsia telah membolehkan pengembara dalam dan luar negara terbang ke seluruh dunia dengan tambang lebih berpatutan.

Promosi ini menawarkan tambang asas percuma dan tetamu hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan caj berkaitan sahaja seterusnya menawarkan lebih nilai kepada mereka.

Jika anda masih belum berjaya mendapatkan tiket ke destinasi impian, inilah masanya untuk memburu tiket idaman. Moga berjaya! – Getaran, 24 Februari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia