web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Singgah Ke Café Carrera Kalau Jalan-jalan Ke Singapura

Cafe Carrera terletak di dalam Porsche Studio Singapore yang baru dibuka pada Januari lalu di Guoco Midtown.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 8:49AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Singapura tetap mempunyai banyak tarikan yang berbaloi untuk dikunjungi walaupun negara jiran yang satu ini sering kali membuatkan rakyat Malaysia ‘panas hati’.

Selain mempunyai Universal Studio dan Marina Bay Sands, ia juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang mengagumkan.

Untuk yang suka menjamu selera setiap kali terbang ke luar negara, pastikan kunjungan anda ke Kota Singa kali ini membawa anda ke Cafe Carrera, yang terletak di dalam Porsche Studio Singapore yang baru dibuka pada Januari lalu di Guoco Midtown.

Cafe Carrera satu-satunya café yang tampil dengan konsep seumpamanya, iaitu beroperasi di dalam studio Porsche.

Ia dikendalikan oleh rangkaian kedai roti Baker & Cook, café ini menawarkan pelbagai pilihan kopi dan teh untuk anda nikmati bersama barisan pastri, kek dan pemanis mulut yang melambangkan jenama Porsche yang ikonik.

Sambil menjamu selera anda boleh merakam gambar dan video di beberapa sudut menawan untuk dikongsi ke akaun media sosial. Jika anda bukanlah antara mereka yang berlumba-lumba mengemas kini akaun media sosial, ambillah masa menikmati hidangan yang dipesan dan hayati keunikkan kafe yang tidak ada di negara asal jenama itu sendiri.

@thebaddestbixxx First ever Porsche Cafe Singapore. 📍Cafe Carrera by Baker & Cook Perfect place for those who are obsessed with cars! #fyp #zyxcba #singapore #cafesg #porsche911 #porschecafe #bakerandcook #cars #food #carfans ♬ original sound - Thebaddestbitch

Alang-alang sudah sampai, janganlah lepaskan peluang mengelilingi studio atau bilik pameran kereta sport ini pula. Lebih-lebih lagi jika anda salah seorang peminat. Bilik pameran yang merentasi hampir 8,500 kaki persegi itu turut menempatkan beberapa buah kereta serta barangan cenderahati untuk dibawa pulang.

Satu lagi tarikan yang menanti ialah simulator perlumbaan. Studio ini mempunyai dua unit €30,000 (S$43,566) simulator Fanatec tercanggih untuk peminat kereta lumba yang bercita-cita tinggi untuk mencuba dan mencabar rakan-rakan mereka. Inilah masanya anda mempamerkan skil pemanduan anda!

Untuk maklumat lanjut tentang kafe dan studio pameran ini, anda boleh layari laman web jenama ini di sini. – Getaran, 24 Februari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia