Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Manfaatkan Musim Sejuk Dengan Mengembara Ke Abu Dhabi

Kempen terbaharu, Find Your Pace persembahkan lokasi tersembunyi dan tarikan popular.

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 4:19PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim sejuk dari November hingga April adalah waktu terbaik untuk mengembara ke Abu Dhabi. Ia berikutan cuaca yang nyaman membolehkan anda mengembara ke sana-sini dengan selesa tanpa perlu ‘bersengketa’ dengan terik mentari.

Baru-baru ini Experience Abu Dhabi, jenama destinasi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi telah melancarkan Find Your Pace.

Kempen global terkini itu menimbulkan rasa ingin tahu bagi setiap jenis pengembara untuk menerokai Abu Dhabi, mempersembahkan lokasi tersembunyi dan tarikan popular destinasi tersebut melalui perspektif baharu.

Dengan Find Your Pace, Experience Abu Dhabi mencetuskan rasa ingin tahu dan menggalakkan pelawat mencipta perjalanan unik mereka sendiri, menerokai bukan saja destinasi yang popular malah ‘permata tersembunyi’ melalui tapak warisan purba dan khazanah moden yang ikonik.

Ia mempamerkan pencarian, semangat dan suasana yang pengunjung akan temui di destinasi tersebut, sama ada mereka mencari keseronokan pengembaraan, pengalaman budaya yang mengasyikkan atau sekadar berehat santai di tengah-tengah landskap semula jadi.

Dengan irama, muzik dan tetapan yang bertenaga, Find Your Pace mengikuti empat watak ketika mereka meneroka Abu Dhabi buat kali pertama, mengambil perjalanan yang memberi inspirasi, mengujakan dan memulihkan.

Sorotan destinasi termasuk Oasis Al Ain yang tenang, Masjid Besar Sheikh Zayed, Qasr Al Watan yang memberi inspirasi, dan Louvre Abu Dhabi yang terkenal, serta Mubazzarah Hijau yang luas, dan Bukit Fosil Al Wathba, yang dianggarkan berusia lebih empat juta tahun.

Dengan pengembara mencari pengalaman yang lebih mengasyikkan dan disesuaikan, penceritaan kreatif dan emotifnya meletakkan Abu Dhabi menjadi tumpuan sebagai destinasi yang mesti dikunjungi menyaksikan semua pengembara dialu-alukan untuk mencari rentak mereka.

Video kempen ini dihasilkan untuk menyampaikan perasaan yang dialami oleh pelawat apabila mereka menerokai Abu Dhabi, mempamerkan bagaimana budaya menjadi teras semua tarikan dan aktiviti yang boleh diterokai di dalam emiriah tersebut.

Find Your Pace menekankan bahawa dengan tiga tonggak pengalaman bagi destinasi tersebut, Abu Dhabi memenuhi keperluan, minat dan titik semangat untuk semua.

Kesemuanya tarikan tersedia untuk sepanjang tahun. – Getaran, 4 Januari 2024

Foto : https://visitabudhabi.ae/en

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 5 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN

Selera 9 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN