Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Arked Niaga Padang Besar Terus Jadi Lokasi Tumpuan Sepanjang Cuti Sekolah

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 8:34PM

Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli-belah bersama ahli keluarhg sempena cuti persekolahan. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Padang Besar terus menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung ke Perlis semasa tempoh cuti persekolahan ini, sekali gus membolehkan peniaga kecil sekitar sini menambah pendapatan harian mereka.

Sebagai sebuah pekan yang bersempadan dengan Songkhla, Thailand, kawasan yang menawarkan pelbagai barangan seperti makanan, pakaian, perhiasan dan kelengkapan rumah termasuk daripada negara jiran pada harga murah itu boleh diakses menerusi perkhidmatan tren elektrik (ETS), membuatkan ia antara pilihan ramai pengunjung dalam negara.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga di sini jelas amat gembira dengan kehadiran ramai pengunjung ke arked niaga yang menempatkan ratusan lot kedai dan gerai itu sepanjang cuti persekolahan, kerana menurut mereka sebelum ini keadaannya agak suram pada hari biasa.

Peniaga makanan Khalija Nyan, 26, berkata jualannya seperti dim sum, dodol, buah-buahan dan minuman, adalah antara produk yang laris dibeli pengunjung yang bertandang ke Arked Niaga Padang Besar itu berbanding pada hari biasa.

“Jika dibuat perbandingan, saya boleh mendapat keuntungan lebih RM600 sehari pada musim cuti sekolah ini berbanding hari biasa, yang keuntungan hanya kira-kira RM150 sehari.

“Alhamdulillah, ada penambahan untung apabila berniaga ketika musim cuti sekolah ini, sekali gus meningkatkan pendapatan harian saya sebagai peniaga dan saya harap situasi orang ramai seperti ini akan berterusan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti,” katanya.

Peniaga makanan Khalija Nyan,26, menunjukkan sebahagian jualan makanan yang laris dibeli oleh pengunjung sempena cuti persekolahan. – gambar BERNAMA
Peniaga makanan Khalija Nyan,26, menunjukkan sebahagian jualan makanan yang laris dibeli oleh pengunjung sempena cuti persekolahan. – gambar BERNAMA

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang menyasarkan kehadiran 3.5 juta pelancong, menyediakan pelbagai produk pelancongan seperti jualan, pameran, aktiviti karnival dan sebagainya.

Padang Besar atau lebih popular dengan nama ‘Pasar Siam’ oleh penduduk setempat terletak di utara negeri Singa Utara itu, iaitu kira-kira 34 kilometer daripada ibu negeri, Kangar.

Sementara itu, peniaga kraf tangan Asmida Wan Husin, 48, yang turut mengakui pendapatannya pada musim cuti ini meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa berkata beg rotan yang berharga RM30 menjadi antara produk paling laris dibeli pengunjung ke kedainya.

“Perniagaan kraf tangan saya mendapat sambutan luar biasa pada musim cuti sekolah ini apabila saya mampu memperolehi keuntungan dianggarkan lebih RM1,000 sehari berbanding hari biasa hanya RM200 sehari.

“Saya menjual barang kraf tangan dengan harga bermula RM30 hingga RM150 setiap barang dan paling banyak mendapat sambutan daripada pelanggan ialah beg rotan. Barangan kraf tangan lain pun ada pelanggan beli, tetapi beg rotan lebih jadi pilihan,” katanya.

Peniaga kraftangan Asmida Wan Husin, 48, mengakui pendapatannya pada musim cuti persekolahan meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa. – gambar BERNAMA
Peniaga kraftangan Asmida Wan Husin, 48, mengakui pendapatannya pada musim cuti persekolahan meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa. – gambar BERNAMA

Pengunjung dari Jawa Tengah Indonesia, Nofi Kamim, 28, yang pertama kali menjejakkan kaki ke  arked niaga berkenaan berkata kunjungannya ke Perlis adalah untuk menikmati keindahan suasana di negeri ini selain mahu merasai sendiri keunikan Padang Besar.

"Ini kali pertama saya datang ke Padang Besar, makanan dan barangan di sini sama seperti di Thailand dan saya juga suka dengan Perlis yang tidak terlalu sesak dengan orang ramai berbanding di bandar besar yang lain," katanya.

Seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Jijah, 36, dari Perak berkata Padang Besar sentiasa menjadi antara destinasi wajib untuk dilawatinya dan suami sekiranya bercuti ke Perlis memandangkan suasananya yang mendamaikan. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Selera 15 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN