Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Membaca Di Bilik Seram, Tarikan Baharu Kuantan 188

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:35PM

Pengunjung membaca buku misteri di sebuah bilik misteri dengan suasana seram yang direka khas antara tarikan baru di menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188 di sini, sempena cuti persekolahan. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Membaca buku misteri di sebuah bilik misteri dalam suasana ‘seram’ antara tarikan baharu menara kedua tertinggi di Malaysia, Kuantan 188 di sini, sempena cuti sekolah.

Bilik itu, yang terletak di ruang legar menara berkenaan menempatkan buku berbahasa Melayu dan Inggeris nukilan penulis genre seram dan misteri terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, John Connolly, Derek Landy dan Stephen King.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) Nor Zahira Muhammad Azmi berkata bilik berkonsep misteri dan seram itu yang dibuka secara percuma bermula hari ini hingga hujung tahun ini, antara lain bertujuan menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Pengunjung boleh memilih buku cerita seram nukilan penulis tempatan dan antarabangsa. - gambar BERNAMA
Pengunjung boleh memilih buku cerita seram nukilan penulis tempatan dan antarabangsa. - gambar BERNAMA
Antara koleksi yang disediakan. - gambar BERNAMA
Antara koleksi yang disediakan. - gambar BERNAMA

"Buku terlibat dibawa dari Perpusatakaan Awam Sultan Ahmad Shah di sini dan genre seram serta misteri dipilih kerana kita mendapati buku sedemikian antara buku yang paling banyak menjadi pilihan pengunjung di perpustakaan," katanya.

Nor Zahira berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPAP dan Kuantan 188 yang diwakili Pengurus Besarnya Khalisa Azman pada Majlis Perasmian Program Mystery Books di menara itu di sini hari ini.

Buku di bilik itu bagaimanapun tidak dibenarkan dibawa pulang, namun jika berminat, pengunjung boleh ke perpustakaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari menara tersebut untuk proses pinjaman, katanya.

Konsep bilik misteri itu mula diperkenalkan di perpustakaan awam di Bentong dekat sini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung khususnya golongan remaja kerana dikatakan memberi lebih penghayatan terhadap bacaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selera 15 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 11 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN