Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Immersive Winterland, Tarikan Terbaharu Di i-City Shah Alam

Lokasi untuk ‘healing’ dan menikmati pengalaman 7D yang menyeronokkan.

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 3:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarikan pelancongan yang tidak asing lagi di Shah Alam, i-City kini tampil dengan buah tangan terbaharu apabila melancarkan Immersive Winterland, pusat pengalaman imersif yang pertama di Malaysia.

Menggabungkan teknologi, hiburan dan seni secara serasi untuk pengalaman deria yang benar-benar mengasyikkan, Immersive Winterland adalah tarikan yang sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Berbeza daripada pusat hiburan yang sedia ada, tarikan yang mula dibuka kepada orang ramai bermula 29 November lalu ini menerokai alam dimensi ketujuh.

Berbeza dengan pengalaman 5D biasa, Immersive Winterland ini membawa pengunjung ke tahap penglibatan deria yang lebih dan kompleksiti menggunakan teknologi yang lebih canggih, di mana ia menggabungkan simulasi pergerakan yang lebih rumit untuk memberikan pengalaman yang benar- benar menyeluruh dan memukau.

Antara tarikan yang pasti digemari oleh kanak-kanak adalah Immersive Exploration Cave yang membawakan beberapa spesis dinasour dan ‘Kong’ yang digeruni. Spesis yang digeruni ini bukan hanya boleh didekati, malah ia juga bergerak dan mengeluarkan bunyi yang seakan-akan hidup. Gua ini membolehkan pengunjung untuk belajar mengenai makhluk purba yang pernah mendiami bumi.

Permainan 360° Immersive Explorer juga tidak kurang hebatnya, apabila pengunjung dapat mengalami pengalaman menaiki pesawat yang menjunam dari tebing salji ke lautan terbuka dan banyak lagi secara tujuh dimensi. Biarpun pengalamannya tidaklah sehebat tarikan Independence Day Defiance Di Genting Skyworlds, tetapi ia tetap menyeronokkan dan berbaloi dicuba.

Bagi yang suka merakam memori dan menikmati keindahan bunga-bungaan, Blossom Odyssey adalah untuk anda. Bahagian ini menyediakan penjelajahan mempesona di mana ia mempamerkan projeksi digital bunga-bungaan yang berwarna-warni yang diserikan dengan kehadiran rama-rama cantik setiap kali dinding disentuh.

Setiap tema merangsang deria dan imaginasi pengunjung dan percayalah ia menjanjikan sebuah pengalaman melampaui visual. Ia merangsang deria pengunjung dengan pelbagai suhu, sensasi taktil, dan landskap bunyi yang menarik yang dicipta oleh teknologi audio spatial yang canggih.

Lain-lain tarikan yang boleh anda cuba adalah Immersive Ski Simulator, simulasi ski imersif pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman ski yang seakan benar, memberikan peluang yang jarang-jarang dapat dirasai oleh penduduk tempatan, dan Immersive Snowball Simulator yang menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk sama-sama menggulung bola salji.

Terdapat juga taman permainan yang membolehkan anak-anak kecil bermain gelongsor dan ribuan bola untuk dilambung dan dibaling ke skrin permainan gergasi. Percayalah, anak-anak pasti akan terleka di sini dan tidak mustahil anda yang tidak mahu pulang apabila sampai masanya.

Tiket-tiket masuk ini sudah boleh ditempah secara dalam talian di laman web rasmi i-City pada harga RM45 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian lebih 90 sentimeter.

Tarikan ini dibuka dari jam 3.30 petang hingga 11.00 malam pada hari bekerja dan dari 1.00 tengahari hingga 11.00 malam pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan am. - Getaran, 5 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

2

Politik 8 bulan yang lalu

Ada Penghijrahan Besar-Besaran Ahli UMNO Tak Lama Lagi - Dr Zawawi

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Mesyuarat Perkasa Unit Pemantauan 3R Dengan KPN Minggu Hadapan - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perdana Menteri Solat Jumaat Di Masjid UiTM

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 9 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN