web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesona Luna Lights Wonderland 2023

Pencahayaan dengan 1,400,000 mentol LED dengan tema yang menarik dan sesuai untuk koleksi Instagram anda.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 9:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang akhir tahun ini, ramai mungkin sudah menyusun jadual percutian sama ada dalam negara mahupun di luar negara.

Bagi yang mahu bercuti dalam negara, musim tengkujuh ini tidak memberikan banyak pilihan terutama jika ke Pantai Timur.

Jika anda memilih untuk berkunjung ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan nasi kandaq, apa kata singgah ke Taman Rekreasi Vision Park di Kepala Batas untuk menikmati Pameran Luna Lights Wonderland 2023.

Inisiatif hasil kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan Red Bear Event ini adalah antara usaha untuk menyemarakkan lagi pelancongan di negeri itu.

Pameran yang bermula pada 27 Oktober lalu akan berterusan hingga 26 November ini dan beroperasi pada jam 7 malam sehingga jam 12 tengah malam setiap hari.

Pengunjung boleh melihat 'showcase' lampu hiasan yang bertemakan Animal Kingdom, Vision Ocean, Aquatic, Romance, LUNA Aerospace, Mystery Forest, Aurora Lights dan Main Mascot Luna.

Ia yang dihasilkan dengan penggunaan sebanyak 1,400,000 mentol LED yang dipasang di keseluruhan kawasan lapang atau hijau di fasa 1 Taman Rekreasi Vision Park yang berkeluasan 24 ekar.

Pengunjung dikenakan bayaran RM15 untuk orang dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dengan potongan harga tiket sebanyak RM2 ke atas harga asal akan diberikan kepada 100 kanak-kanak pertama bagi setiap hari sepanjang tempoh penganjuran pameran.

Penganjur juga memberikan tiket percuma kepada setiap pelajar sekolah rendah yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun yang berada di luar lingkungan 25 kilometer radius dari lokasi pameran.

Apa kata selepas puas menjamu selera dengan nasi kandar dan pasembur, pergi pula ke pameran Luna Lights Wonderland 2023. – Getaran, 20 November 2023

Foto: Majlis Bandaraya Seberang Perai

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia