web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tourism Malaysia, KOPPEMA Anjur Kejohanan Golf Promosi Pelancongan Golf

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tourism Malaysia dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad (KOPPEMA), hari ini menganjurkan Cabaran Golf pelancongan Malaysia Truly Asia 2023, yang julung kali diadakan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi golf terulung.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan itu yang diadakan di Saujana Golf and Country Club, Selangor, berjaya menarik 200 pemain daripada sektor korporat dan agensi kerajaan, termasuk pemain golf tempatan dan antarabangsa dari China, Singapura, Thailand dan Jepun, bersaing untuk memenangi hadiah berjumlah RM500,000.

Dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Tourism Malaysia, majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

“Dengan lebih 40 organisasi menjadi rakan kongsi strategik dan penaja, objektif utama kejohanan ini ialah mengukuhkan kerjasama dalam industri pelancongan Malaysia serta menarik peminat golf tempatan dan antarabangsa, untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian (golf) terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ammar dalam kenyataan yang sama berkata kejohanan itu merupakan peluang keemasan untuk mereka mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama sukan golf. - BERNAMA

Foto: Tourism Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia