Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Cara Raya Bermakna Tanpa Perlu Balik Kampung

Larangan merentas negeri membuatkan lebaran mungkin berbeza tahun ini, namun tetap membawa seribu satu makna dan kemeriahan jika anda pandai mengadaptasi.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 2:50PM

Gambar: IG @rozitachewan1

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memandangkan penularan wabak COVID-19 masih berleluasa, kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan tentang larangan aktiviti merentas negeri dan daerah sehingga 7 Jun ini. Oleh itu, rata-rata umat Islam tidak dapat menyambut Syawal di kampung halaman mereka.

Namun, walaupun terbatas seperti tahun sebelumnya, anda masih boleh menyambut lebaran bersama ahli keluarga yang tinggal di daerah yang sama. #RayaPKP2021 mungkin berbeza, tetapi ia pasti memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Nah, kami senarikan lima cara menjadikan sambutan Syawal anda tahun ini lebih bermakna dan ceria meskipun anda beraya jauh dari kampung halaman, seperti di bawah:

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd. Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd. Yusof

1 – Takbir dan Solat bersama keluarga

Ketibaan Syawal yang penuh berkat harus disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam. Menjadi kebiasaan kita melihat kemeriahan lebaran ketika umat Islam mendengar laungan takbir raya dan berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat raya. Namun itu kisah dahulu.

Kala pendemik ini, laungan takbir dan solat sunat raya itu masih boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga yang berdekatan di kediaman masing-masing. 

Dengan hanya melaungkan takbir raya di rumah, ia menggambarkan kesyukuran atas kemenangan kita menjalani ibadah puasa, bukan sahaja kemenangan di bulan Ramadan, malah di masa pandemik yang melanda dunia tika ini.

Gambar: IG @normanhakim_786
Gambar: IG @normanhakim_786

2 – Bergaya dengan baju raya

Sudah menjadi kebiasaan untuk seluruh umat Islam, khususnya orang Melayu menyarung pakaian tradisional mereka di Hari Raya. Walaupun aktiviti ziarah-menziarahi dilarang semasa tempoh PKP, ia tidak menghalang anda untuk bergaya sakan sepanjang musim perayaan ini. Di samping itu, pohonlah kemaafan sesama ahli keluarga, sama ada secara fizikal, mahupun maya.

Nasi Ambeng. Gambar: Tourism Selangor
Nasi Ambeng. Gambar: Tourism Selangor

3 – Nikmati hidangan tradisi

Lemang, ketupat dan rendang adalah menu kebiasaan yang dinanti-nanti sewaktu Aidilfitri. Tidak lupa juga, variasi kuih raya yang mampu memeriahkan lagi suasana Syawal. Selain itu, anda juga boleh nikmati Nasi Ambeng, Sate, Pecal Lele dan makanan-makanan tradisional Selangor yang sangat terkenal di kawasan Lembah Klang ini. 

Gambar: IG @faizalhusseinofficial
Gambar: IG @faizalhusseinofficial

4 – Snap! Snap! Gambar raya bersama keluarga

Alang-alang sudah cantik dan segak berbaju raya, jangan pula ketinggalan mengambil gambar! Jadikan raya tahun ini sebagai kenangan kerana ia satu sambutan raya yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jangan lupa membuat panggilan video untuk berhubung bersama mereka yang berada di kampung!

5 – #PusingSelangorDulu

Larangan merentas negeri dan daerah mungkin menjadikan suasana lebaran terasa agak suram. Nah, inilah masalah untuk anda ‘Dream Now, Travel Later!’ Manfaatkan waktu terluang anda itu dengan menonton video-video terkini di YouTube Tourism Selangor.

Ada banyak video-video jelajah menarik seperti #PusingSelangorDulu serta video-video pandangan udara (aerial view) kesembilan-sembilan daerah di negeri Selangor untuk anda rancang terlebih dahulu perjalanan dan percutian anda sesudah tamatnya PKP nanti. 

Layari Tourism Selangor untuk maklumat lanjut. – Getaran, 20 Mei 2021




 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

3

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi