web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Balik Raya, Ini 5 Kelainan Lebaran Versi Pandemik

Ini merupakan tahun kedua kebanyakan kita tak pulang beraya sebaliknya hanya meraikan hari bahagia itu sendirian. Berikut ialah antara kelainan lebaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 12:20PM

Gambar: Sairien Nafis

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa hari sebelum lebaran, ada seorang pengguna laman sosial menulis di Twitter menyatakan kerinduannya dengan kemeriahan menyambut Hari Raya sebelum pandemik. Antaranya ialah memandu jauh pulang ke kampung, masak beramai-ramai di dapur, gosok baju di malam raya dan main bunga api. 

Nampaknya 2021 menjadi tahun kedua kita tak merasai itu semua. Lebih ramai yang menjadi anak rantau dan menyambut lebaran sendirian tahun ini sebaik sahaja kerajaan mengharamkan aktiviti rentas daerah dan ziarah-menziarahi semasa hari raya. Selain itu, berikut ialah lima perkara lain yang menjadi normal sepanjang pandemik ini.

 

Solat Aidilfitri Di Rumah

Situasi solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam. Gambar: Saqid Asyraf
Situasi solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam. Gambar: Saqid Asyraf

Sebelum ini mesti semua orang akan bangun awal dan pakai cantik-cantik untuk solat raya di masjid. Di situlah kita boleh jumpa kawan yang lama kita tak jumpa sebab masing-masing kerja di negeri berbeza.

Tapi sejak pandemik melanda dunia, hanya 50 orang sahaja dibenarkan memasuki masjid untuk solat Aidilfitri. Sebab itulah ramai yang mempraktikkan solat raya di rumah bersama keluarga masing-masing atau solat sendirian sahaja.

 

Bayar Zakat Fitrah Online

Membayar zakat fitrah di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Gambar: Sairien Nafis
Membayar zakat fitrah di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Gambar: Sairien Nafis

Kalau dulu, kita akan cari amil di mana-mana masjid atau di bazar Ramadan untuk bayar zakat fitrah. Namun sejak tahun lalu, kita sedaya upaya akan menggunakan transaksi atas talian untuk mengurangkan komunikasi bersemuka. Tak hairanlah ramai yang bayar zakat online mulai tahun ini.

 

Video Call Keluarga di Kampung

Gambar: Mentatdgt, Pexels
Gambar: Mentatdgt, Pexels

Berjauhan dari keluarga bukanlah penghalang kita untuk terus berkomunikasi dengan ibu bapa di kampung. Kita boleh menggunakan teknologi dengan sebaiknya seperti melakukan video call atau Google Meet di pagi raya.

Walaupun tinggal jauh dengan keluarga, kita masih boleh berkongsi kegembiraan dan cerita dengan keterbatasan yang ada. 

 

Hantar Kiriman 

Gambar: Rosebox, Unsplash
Gambar: Rosebox, Unsplash

Biasalah kalau tinggal di kota pastilah ada sahaja makanan yang susah didapati kalau dibandingkan di kampung. Adik-beradik di kampung bolehlah kirim ikan pekasam atau kuih raya buatan ibu melalui perkhidmatan penghantaran barang. Sebagai balasan, kita kirimkan pula kain atau pinggan mangkuk untuk mereka di kampung. Indah bukan?

 

Berbelanja Atas Talian

Gambar: Anna Shvets, Pexels
Gambar: Anna Shvets, Pexels

Memandangkan jumlah kes positif COVID-19 semakin meningkat, maka kesedaran untuk kurangkan aktiviti beli-belah di pasar raya sudah semakin meningkat. Sebab itulah ramai yang menggunakan platform pembelian atas talian untuk shopping raya.

Para peniaga juga sudah semakin bijak menggunakan platform berasaskan digital untuk melariskan kempen raya masing-masing. 

Inilah dugaan dan pengorbanan yang kita lakukan untuk membendung penularan COVID-19 dalam negara. Semoga dengan usaha dan tangisan air mata Aidilfitri kita tahun ini akan dapat membuahkan sesuatu yang lebih bermakna pada tahun hadapan. - Getaran, 14 Mei 2021

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi