Berita Terkini

9 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 9 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 9 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 9 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 11 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


CoComelon Meriahkan Puncak Resorts World Genting Sepanjang Cuti Sekolah

Program hiburan nombor satu yang paling banyak ditonton di Youtube dan global kids’ sensation, CoComelon kini sedang menghiburkan pengunjung di Genting Highland. 

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 2:11PM

Perarakan bas CoComelon pertama di dunia lengkap dengan penampilan JJ dan Cody akan memeriahkan lagi percutian sempena musim cuti sekolah ini. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuti sekolah telah tiba. Ini bermakna ramai ibu bapa yang sedang mencari lokasi percutian untuk memenuhi jadual aktiviti anak-anak supaya tidak bosan di rumah. Kini anda punya sebab untuk mengemas beg dan bawa keluarga bercuti ke Genting Highland untuk sehari dua. 

Program hiburan nombor satu yang paling banyak ditonton di Youtube dan global kids’ sensation, CoComelon sedang memeriahkan pusat peranginan itu dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Majlis pelancaran CoComelon oleh Naib Presiden Kanan Tarikan & Penyewaan, RWG, Aaron Soo (lima dari kiri) baru-baru ini.
Majlis pelancaran CoComelon oleh Naib Presiden Kanan Tarikan & Penyewaan, RWG, Aaron Soo (lima dari kiri) baru-baru ini.

Pengembaraan yang menarik bersama JJ dan Cody menanti kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah mulai sekarang hingga 31 Mac ini, di Resorts World Genting (RWG) yang mempersembahkan dunia CoComelon buat julung-julung kalinya.

“Kami sememangnya berbesar hati menjadi pusat peranginan pertama di Malaysia yang menjadi tuan rumah francais yang sedang trend dan terkenal ini sambil mengiktiraf popularitinya yang besar dan sumbangan penting kepada pembangunan awal kanak-kanak.

“Kami juga percaya CoComelon mampu menarik minat ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk berseronok di sini, lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka meminati program yang mencetuskan fenomena ini,” ujar Naib Presiden Kanan Tarikan & Penyewaan, RWG, Aaron Soo ketika majlis pelancaran baru-baru ini.

Aaron Soo
Aaron Soo

Sebagai taman tema terkemuka dan hiburan bertaraf dunia, Aaron berkata pihaknya mensasarkan untuk menggembirakan pelanggan dengan pengalaman luar biasa.

Percayalah! Peminat CoComelon akan mempunyai masa yang hebat menerokai pelbagai jenis keunikan yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini. Penampilan CoComelon di Kimhua Atrium di RWG adalah pertama kali di dunia.

Anda pasti akan kagum dengan replika gergasi watak JJ yang setinggi 8 meter yang terletak di taman permainan CoComelon. Selain itu ada banyak lagi tarikan lain yang  menyeronokkan seperti CoComelon inflatable slide, climbing inflatable dan hexagon maze. 

Replika gergasi CoComelon.
Replika gergasi CoComelon.

Jangan lupa merakam memori di replika gergasi untuk dikongsi dengan pengikut-pengikut anda di akaun media sosial dengan kapsyen, “CoComelon JJ inflatable terbesar di dunia”.   

Satu lagi yang mesti lihat ialah perarakan bas CoComelon pertama di dunia lengkap dengan penampilan JJ dan Cody sendiri. Kanak-kanak boleh menyertai perarakan dan buat pertama kalinya di Malaysia, peminat akan mendapat peluang untuk bertemu dengan watak CoComelon, JJ dan Cody.   

Anak-anak anda pasti melompat keriangan kepada dapat bertentang mata dengan idola mereka ini. Tambah menarik, mereka juga punya peluang berinteraksi dengan keua-dua watak ini! 

Bas CoComelon yang penuh dengan keceriaan boleh dilihat pada 16 hingga 28 Februari, 1 hingga 12 Mac, 17 hingga 19 Mac dan 24 hingga 26 Mac. Perarakan bas ini akan bermula dari Kimhua Atrium ke Times Square Stage pada pukul 12 tengahari, 4 petang dan 7 malam; dan dari Times Square Stage ke Kimhua Atrium pada 2.30 petang, 5.30 petang serta 9.00 malam.

Tidak cukup dengan itu, anda sekeluarga juga boleh menyaksikan pesta audio-visual dan grafik gerakan yang meriah dan mengasyikkan iaitu rancangan CoComelon pada panel LED 360 darjah di SkySymphony dari 10 pagi, pada setiap hari. 

Jadi tunggu apa lagi? Rancang percutian anda sekarang. Anda banyak yang menanti anda di RWG. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke rwgenting.com atau layari https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting/ . - Getaran, 22 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Bapa Lupakan Percutian Demi Belanja Persiapan Sekolah Anak, Aidilfitri

2

TARA 3 minggu yang lalu

Percutian Penuh Keriangan Di Desaru Sempena Cuti Sekolah 

3

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Cipta Rekod Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah Genting Dream 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Jalan Batang Kali-Genting Dijangka Dibuka Kepada Pengguna Motosikal Seminggu Lagi

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran