web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zoo Negara Lepasi Sasaran, Catat Hampir 600,000 Pengunjung

Zoo negara turut menawarkan tiket masuk percuma sebagai hadiah hari lahir khas untuk semua warganegara Malaysia dan ia boleh diperoleh dalam tempoh 30 hari selepas tarikh hari jadi.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 8:08AM

Pengunjung terpaku melihat gelagat Liang Liang (kanan) dan Sheng Yi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Zoo Negara mencatatkan hampir 600,000 pengunjung sehingga Disember ini sekali gus melepasi sasaran ditetapkan sebelum ini sebanyak 450,000 pengunjung sepanjang 2022.

Zoo Negara istimewa kerana turut memiliki Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi. - Gambar Bernama
Zoo Negara istimewa kerana turut memiliki Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi. - Gambar Bernama

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Amat Lana berkata peningkatan jumlah pengunjung itu berikutan ketibaan cuti sekolah selain keistimewaan Zoo Negara yang memiliki Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi.

"Lazimnya, memang ramai pengunjung datang ke Zoo Negara setiap hujung tahun dan Zoo Negara paling beruntung sebab kita ada panda gergasi.

"Kami juga menawarkan tiket masuk percuma sebagai hadiah hari lahir khas untuk semua warganegara Malaysia dan ia boleh diperoleh dalam tempoh 30 hari selepas tarikh hari jadi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan RM200,000 daripada foodpanda Malaysia kepada Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara di sini semalam.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Rosly@Rahmat berkata Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi mempunyai empat ekor panda iaitu Xing Xing, Liang Liang, Sheng Yi dan Yi Yi.

Bagaimanapun, Yi Yi yang kini berusia hampir empat tahun akan dihantar pulang ke Pusat Konservasi Panda di China pada 20 Disember ini.

"Biasanya, anak panda hanya akan berada di Zoo Negara dalam tempoh dua tahun. Namun, disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan China yang masih belum membuka sempadan, Yi Yi tidak dapat dihantar pulang pada masa ditetapkan," katanya.

Sementara itu, beliau menghargai sumbangan RM200,000 daripada foodpanda Malaysia kepada Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi serta berharap agar badan korporat lain turut mengikut jejak mereka.

"Kami gembira dapat terus bekerjasama dengan foodpanda Malaysia dan sumbangan ini memberi peluang kepada kami melindungi spesies haiwan ini sekali gus membolehkannya meninggalkan legasi untuk generasi akan datang," katanya.

Jay Ar Juan - Gambar Bernama
Jay Ar Juan - Gambar Bernama

Pengarah Kanan Komersial foodpanda Malaysia Jay Ar Juan berkata ini adalah tahun ketiga berturut-turut pihaknya memberi sumbangan kepada Zoo Negara sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

“Walaupun beralih kepada fasa endemik dan pengunjung zoo kembali meningkat, kami tetap komited untuk terus memberi sumbangan kepada panda gergasi kerana haiwan itu melambangkan jenama foodpanda dengan sifatnya periang, mesra dan bersemangat. Tiada cara lebih baik untuk kami melahirkan penghargaan terhadap panda ini selain membantu dan menyokong usaha pemuliharaannya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi