Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pemuda Lupakan Impian Jadi Jurutera Demi Sambung Legasi Pembuatan Pisau, Parang

Muhammad Nurdin tidak menggunakan logam yang dikitar semula untuk menghasilkan pisau. Kelebihan pisau yang dihasilkannya itu tahan karat serta mudah dijaga.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 10:05AM

Muhammad Nurdin Rostam Kamal menunjukkan sebilah pisau yang telah siap diukir untuk dijual. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Seorang pemuda sanggup melupakan impian bergelar jurutera demi menyambung legasi arwah bapanya dalam bidang pembuatan pisau dan parang berkualiti tinggi yang diusahakan sejak 13 tahun lepas.

Muhammad Nurdin Rostam Kamal, 24, lebih dikenali sebagai Along berkata, dia yakin bidang perniagaan perlatan tajam itu berpotensi berkembang dan menambah pendapat mencecah lima angka sebulan hanya penjualan secara dalam talian menerusi Facebook Taamim Handmade.

Katanya, penjualan boleh mencecah RM5,000 melalui penjualan secara langsung dan dia akan memasarkan di paltform media sosial itu dua kali sebulan.

"Sebelum ayah meninggal dunia akibat kanser otak pada Ogos lepas, harapannya adalah melihat saya menyambung legasi pembuatan pisau kerana tidak ramai generasi muda berminat dalam bidang ini.

"Sejak berumur 16 tahun, setiap kali cuti semester atau cuti sekolah memang saya akan tolong ayah dan belajar untuk buat pisau. Saya tidak menyesal tinggalkan bidang kejuruteraan kerana bidang perniagaan sekarang lebih menguntungkan dengan kreativiti masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Lulusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang yang ditemui di reruai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan di sini berkata dia mampu menghasilkan kira-kira 20 bilah pisau dan parang buatan tangan dalam masa seminggu. 

Katanya, produk itu diperbuat daripada logam berkualiti tinggi, khas untuk pembuatan bilah yang diimport dari luar negara terutamanya dari Jepun.

“Saya tidak menggunakan logam yang dikitar semula. Kelebihannya adalah pisau itu tahan karat dan mudah dijaga," katanya harga produknya itu dijual dengan harga RM200 hingga lebih RM900 bergantung kepada material, reka bentuk dan permintaan khas pelanggan. 

Muhammad Nurdin berkata ruang di belakang rumahnya di Felda Palong 3 dekat sini, dijadikan bengkel pembuatan alatan tajam itu.

Katanya, siri Jelajah (AKM) adalah platform terbaik untuk usahawan muda sepertinya mempromosikan produk kepada orang ramai.

“Kebanyakan pengunjung yang hadir di reruai saya  adalah pengikut saya di media sosial dan memang mengenali produk dihasilkan,” katanya yang berazam mahu mengembangkan perniagaannya dengan membuka kilang sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berazam membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menghasilkan pisau bertaraf dunia.

"Selalunya apabila cakap mengenai pisau, semua orang pandang pisau dari Amerika atau Switzerland sahaja berkualiti tinggi. Saya hendak orang tahu di Malaysia pun ada tukang yang boleh menghasilkan pisau atau parang bertaraf dunia," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Selera 17 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 8 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 12 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran