Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


4 Anak Kedah Berjaya Rentas Jambatan 107 Tahun Ala 'Spiderman'

Keempat-empat mereka berjaya merentas jambatan keretapi lama sepanjang 80 meter yang siap dibina pada tahun 1915, dengan menggunakan teknik ‘urban roof climbing’.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 4:19PM

Wann Iryani Ariffin merentasi jambatan pada Misi Pendakian 'Sport Climbing' sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Jambatan Limbong Kapal hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Empat anak jati Kedah termasuk seorang wanita hari ini mencipta sejarah apabila berjaya melengkapkan misi merentas Jambatan Limbong Kapal yang berusia 107 tahun dengan aksi ala ‘Spiderman’ sempena sambutan Hari Malaysia.

Aksi menggunakan teknik ‘urban roof climbing’ yang dilakukan kesemua atlet mendaki itu, yang pertama seumpamanya dalam negara memandangkan teknik itu lazimnya dilakukan atlet mendaki luar negara.

Pengarah misi itu, Syed Alif Iskandar Syed Zainal Abidin, 37, berkata kejayaan keempat-kempat atlet mendaki berkenaan menyempurnakan aksi itu merupakan sesuatu yang dibanggakan.

“Kita telah fikirkan kelainan yang boleh dilakukan sempena Hari Malaysia dan apabila mereka menyuarakan keinginan untuk merentas jambatan keretapi lama sepanjang 80 meter yang siap dibina pada tahun 1915 itu dengan menggunakan teknik ‘urban roof climbing’, maka terciptalah sejarah hari ini,” katanya kepada Bernama di jambatan berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata keempat-empat mereka ialah Mohd Zamri Hamid, 51, yang merupakan ketua misi selain Muhammad Akif Nukman Nazrilazdin, 23, Dzukram Alzam Mohd Zamri, 19 dan satu-satunya atlet wanita Wann Iryani Ariffin, 32.

“Mohd Zamri berjaya merentas jambatan itu secara solo manakala tiga yang lain melakukan misi yang sama secara bergilir-gilir. Memang satu cabaran yang besar dipikul oleh mereka bagi menunjukkan semangat cintakan negara sempena Hari Malaysia,” katanya.

Mohd Zamri yang juga jurulatih sukan mendaki berkata beliau terharu dan bangga kerana berjaya melengkapkan misi itu walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menjayakan misi yang dirancang kira-kira sebulan lepas.

“Kami berlatih dalam tempoh sebulan untuk misi ini. Perancangan asal adalah melakukan misi itu secara bergilir-gilir melibatkan kami berempat tetapi saya ingin mencabar diri dan membuktikan kepada orang ramai bahawa saya mampu melakukan misi secara solo walaupun sudah berusia.

“Malam tadi hujan lebat, jadi ada peralatan yang basah dan pagi ini kami terpaksa keringkan dahulu dan secara tidak langsung ia menggunakan banyak tenaga. Tadi, saya hampir putus asa selepas melihat mereka bertiga berjaya habiskan misi secara bergilir-gilir, ditambah pula dengan letih dan cedera di bahagian jari,” katanya.

Menurut Mohd Zamri, beliau menguatkan tekad untuk menghabiskan misi berkenaan selepas melihat ahli keluarga dan rakan-rakan yang berada di penghujung jambatan tidak putus-putus memberi kata semangat dan akhirnya berjaya menghabiskan misi dalam tempoh 25 minit.

 Wann Iryani Ariffin - Gambar Bernama
Wann Iryani Ariffin - Gambar Bernama

Sementara itu, Wann Iryani yang menceburi aktiviti mendaki lebih 15 tahun berkata misi hari ini membawa seribu satu makna buat dirinya kerana merentas jambatan yang panjang selain merupakan satu-satunya atlet wanita menyertai misi itu.

“Saya akan berlatih dalam tempoh tiga jam apabila ada kelapangan memandangkan bertugas sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bukit Kayu Hitam.

“Semasa misi dijalankan tadi, perasaan gementar itu muncul apabila orang ramai mula bersorak nama saya tetapi saya kuatkan mental dan berjaya menghabiskan misi ini bersama dua yang lain dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Selain misi itu, program sambutan Hari Malaysia di Jambatan Limbong Kapal itu turut diselitkan dengan aktiviti ‘flying fox’ yang memberi peluang kepada orang awam mencuba aktiviti ekstrem berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

Betulkan niat, jauhi tingkah laku yang menjengkelkan sehingga menyusahkan tuan rumah

oleh Rahayu MN