web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Floria Diraja Putrajaya 2022 Dilanjutkan Sehingga Selasa

Tambahan dua hari itu akan memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung ke festival berkenaan sempena cuti sekolah.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 7:55AM

Pengunjung menikmati keindahan bunga-bungaan yang bermandikan pancaran cahaya di Terowong Oncidium, Floria Diraja Putrajaya 2022 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 yang sepatutnya berakhir Ahad ini dilanjutkan sehingga Selasa depan (6 Sept) berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. 

Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Taman, Jabatan Landskap, Perbadanan Putrajaya Haslinda Khalid berkata tambahan dua hari itu akan memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung ke festival berkenaan sempena cuti sekolah. 

"Sejak Floria Diraja Putrajaya 2022  dibuka kepada orang ramai 29 Ogos lepas, ia mendapat sambutan amat menggalakan.  Semasa cuti Rabu lepas, sempena Hari Kebangsaan, festival menerima pengunjung yang tidak putus-putus sejak dari pagi hingga malam. 

"Dari cadangan asal 4 Sept, kita sambung dua hari untuk kita galakkan dan jemput seluruh Keluarga Malaysia untuk datang bersama-sama ahli keluarga sempena cuti sekolah," katanya kepada media di sini hari ini, serta menambah  pelanjutan itu juga merupakan permintaan daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kami sedang mengatur untuk penambahan aktiviti dan program untuk dua hari tersebut dan bunga-bunga di sini pun kalau ada yang kering atau layu, kita akan gantikannya," katanya para peserta, kontraktor dan peniaga turut menyambut baik keputusan melanjutkan tempoh festival itu. 

Bertempat di Anjung Floria, Presint 4 di sini, terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan di situ. 

Floria Diraja Putrajaya 2022 turut mempamerkan Taman Keluarga Malaysia dengan konsep yang diadaptasi melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Antara komponen yang ada di festival itu ialah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.

Bayaran masuk RM15 dikenakan untuk dewasa, RM5 masing-masing untuk warga emas dan kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun, manakala bagi pelancong asing, dikenakan bayaran sebanyak RM100. 

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang https://floria.putrajaya.my/. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN