Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenali 3 'Hos Airbnb Terbaik di Asia Pasifik', Jadikan Inspirasi Untuk Penginapan Sendiri

Sempena meraikan Hari Usahawan Sedunia, Airbnb mengiktiraf hos atau pemilik penginapan paling berjaya, inovatif dan berdaya saing di Asia Pasifik, berusia di bawah 30 tahun.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 2:14PM

Hillside Batu Retreat - Gambar ihsan Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan Hari Usahawan Sedunia pada 21 Ogos lalu, Airbnb mengiktiraf hos atau pemilik penginapan yang paling berjaya, inovatif dan berdaya saing di Asia Pasifik. 

Mereka ini terdiri daripada 13 pengusaha yang berumur di bawah umur 30 tahun dengan rating purata 4.9 dan lebih 4,300 tetamu mendaftar masuk secara kolektif.

Daripada 13 orang ini, tiga daripadanya merupakan tiga hos dari Malaysia iaitu Ooi Kah Weng, 24; Wong Lik Wei, 27 dan Ho Jian Lin, 29  yang dianggap boleh memberi inspirasi kepada golongan milenial dalam perjalanan keusahawanan mereka.

“Peluang dunia baharu telah dibuka untuk generasi muda di Malaysia melalui akses dan kemahiran mereka dengan teknologi moden. Kami melihat lebih ramai anak muda Malaysia menemui Airbnb dan berkongsi tentangnya dengan keluarga dan rakan mereka. 

“Mereka bukan sahaja melancong bersama kami di dalam dan luar negara, tetapi juga menjadi usahawan pelancongan dengan membantu keluarga mereka menjana pendapatan baharu,” kongsi Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan platform ini terhadap 87,070 penyenaraian Airbnb yang ditempah antara 1 Jun hingga 31 Disember 2021, kebanyakan hos Airbnb di Malaysia menjalankan perniagaan ini sebagai salah satu cara untuk membantu keluarga membuka peluang ekonomi baharu dan untuk berkongsi budaya tempatan di komuniti kejiranan mereka dengan tetamu mereka. 

Lebih dua pertiga daripada hos Airbnb yang ditinjau di Malaysia mengakui mereka juga memberi cadangan kepada tetamu tentang tempat makan, tempat membeli-belah serta aktiviti yang boleh diikuti di kawasan kejiranan.

Ketahui pendapat dan pandangan ketiga-tiga hos terbaik dari Malaysia ini. Mana tahu anda akan terinspirasi dan boleh memulakan perniagaan anda sendiri.

 

Ooi Kah Weng - The 88 Resort Villa 

Pada usia 24 tahun, Kah Weng menjadi tuan rumah di 88 Resort Villa milik keluarganya di Pulau Pangkor. Dia mendapat ilham untuk menyenaraikan penginapan ini selepas mendapat layanan baik daripada hos Airbnb ketika dia bercuti. 

"Setiap kali saya melancong, Airbnb sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mencari penginapan yang hebat. Kebanyakan hos tempatan yang saya inap, sangat mesra dan sering berkongsi tentang bandar dan kejiranan mereka.

Selepas melalui pengalaman perjalanan yang menggembirakan, saya memutuskan untuk menjadi hos pada tahun 2020. Saya ingin membawa pengalaman yang sama kepada semua orang yang melawat Pangkor, dan memastikan mereka mengutip pengalaman yang tidak dapat dilupakan di tempat kami,” ujar Kah Weng.

 

Wong Lik Wei - The Dan Garden Bungalow

Wong Lik Wei, 27, menyenaraikan sebuah banglo unik milik keluarganya di Melaka untuk mendapatkan pendapatan pasif bagi membantu menampung pembayaran gadai janji mereka.

“Mentransformasikan rumah ini kepada sebuah ‘homestay’ telah membolehkan ayah saya meluahkan minatnya terhadap reka bentuk dan pembinaan rumah. Sementara saya pula suka berkongsi tentang tempat bersejarah dan makanan tempatan yang harus dicuba setiap tetamu. Perniagaan ini sangat sesuai untuk keluarga kami dan ia sesuatu yang menyeronokkan untuk kami lakukan,” ujar Lik Wei. 

Ketika ditanya tentang tip yang akan diberikannya kepada bakal hos, Lik Wei menjelaskan setiap pemilik penginapan harus mengutamakan kebersihan.

“Kebersihan homestay adalah keutamaan kami kerana kami berusaha untuk memastikan tetamu berasa selesa sepanjang penginapan mereka. Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk kerap mengumpul maklum balas daripada tetamu tentang pengalaman mereka agar kami boleh terus menambah baik perkhidmatan,” jelas Lik Wei.

 

Ho Jian Lin - Hillside Batu Retreat

Ho Jian Lin, kontraktor pembinaan yang menyenaraikan Hillside Batu Retreat di Kuala Kubu Bharu, menemui Airbnb ketika dia bercuti ke luar negara dan kagum dengan cara layanan setiap hos yang ditemui. Bagi Jian Lian, menginap bersama hos Airbnb mencipta pengalaman yang benar-benar unik untuk tetamu. 

“Selepas disambut dengan begitu mesra penduduk tempatan di luar negara, saya merasakan ia adalah idea yang bagus untuk membawa pengalaman serupa kepada mereka yang melawat tanah air saya.

“Selepas menyaksikan seni bina yang menarik dan reka bentuk dalaman penginapan di seluruh dunia, saya mendapat inspirasi untuk mereka bentuk semula rumah keluarga saya menjadi tempat percutian Airbnb dengan konsep ruang terbuka.

 “Peraturan penting untuk menjadi hos yang hebat ialah melayan tetamu seolah-olah mereka adalah rakan anda dan menambah sentuhan peribadi pada setiap ruang untuk meningkatkan pengalaman perjalanan mereka!” jelasnya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengehosan di Airbnb, lawati airbnb.com/host. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Lebih 630 Juta Penduduk Asia Pasifik Berumur 60 Tahun Ke Atas - PBB

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Permintaan Perjalanan Udara Global Merosot 53 Peratus Pada September 2021 - IATA

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY