Berita Terkini

2 jam yang lalu: Permintaan penumpang pada Oktober petanda pemulihan berterusan - IATA 2 jam yang lalu: Perjalanan Komuter percuma untuk OKU 3, 4 Disember ini 2 jam yang lalu: 'Speedy Tigers' mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara 2022 2 jam yang lalu: Barisan Kabinet hampir dimuktamadkan, PM menghadap Agong pagi ini 2 jam yang lalu: JPS ramal kemungkinan banjir di Rompin, malam ini

IKUTI KAMI


Permintaan Perjalanan Udara Global Merosot 53 Peratus Pada September 2021 - IATA

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2021 8:02AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permintaan terhadap perjalanan udara global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), menyaksikan penurunan sebanyak 53.4 peratus pada September 2021 berbanding bulan yang sama pada 2019, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Bagaimanapun, prestasi tersebut merupakan peningkatan semula yang sederhana berbanding Ogos 2021, dan merosot 56 peratus berbanding Ogos 2019, katanya dalam kenyataan semalam.

“Ini didorong oleh pemulihan dalam pasaran domestik, terutamanya China, apabila beberapa sekatan perjalanan telah ditarik balik berikutan penularan COVID-19 pada Ogos.

“Permintaan antarabangsa pula merosot sedikit berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Ketua Pengarahnya, Willie Walsh berkata prestasi pada September merupakan perkembangan yang positif tetapi pemulihan dalam trafik antarabangsa masih terjejas berikutan penutupan sempadan dan mandat kuarantin yang berterusan.

“Perubahan dasar Amerika Syarikat baru-baru ini untuk membuka semula perjalanan dari 33 pasaran untuk warga asing yang telah mendapat vaksinasi sepenuhnya mulai 8 Nov adalah dialu-alukan.

“Sejajar dengan pembukaan semula baru-baru ini di pasaran utama lain seperti Australia, Argentina, Thailand dan Singapura, ini akan memberi rangsangan kepada pemulihan berskala besar kebebasan untuk melakukan perjalanan,” katanya.

Di peringkat Asia Pasifik, IATA berkata syarikat penerbangan di rantau ini menyaksikan trafik antarabangsa mereka pada September merosot 93.2 peratus berbanding September 2019, hampir tidak berubah daripada penurunan 93.4 peratus yang dicatatkan pada Ogos 2021 berbanding Ogos 2019 berikutan rantau ini terus mempunyai langkah-langkah kawalan sempadan yang ketat.

Dalam kenyataan berasingan, IATA berkata permintaan terhadap kargo udara global meningkat 9.1 peratus pada September 2021 berbanding bulan yang sama pada 2019 berikutan terdapat manfaat daripada kesesakan rantaian bekalan apabila pengeluar beralih kepada pengangkutan udara untuk lebih cepat.

Walsh berkata, bagaimanapun, kekangan kapasiti terus mengehadkan keupayaan kargo udara untuk menerima permintaan tambahan.

“Jika tidak ditangani, kesesakan dalam rantaian bekalan akan menjejaskan pemulihan ekonomi daripada COVID-19. Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan tekanan terhadap rantaian bekalan global dan meningkatkan daya tahannya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Ekonomi 1 minggu yang lalu

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jangkitan COVID-19 Termasuk Varian Omicron XBB Terkawal - Khairy

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

Sorotan

1

Peminat Menggila! Efek Rumah Kaca Beraksi di Malaysia Selepas 12 Tahun

2

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

3

Usul Undi Percaya Keabsahan Anwar Dibentang 19 Disember Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah AS$105.23 Bilion Pada Akhir Oktober - BNM

Ekonomi 3 jam yang lalu

Ahli Ekonomi Unjur Dividen TH 2.75 Hingga 3.10 Peratus Tahun Ini

Ekonomi 1 hari yang lalu

MyAirline Optimis Catat Prestasi Positif Tunai Mulai Tahun Pertama