web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 630 Juta Penduduk Asia Pasifik Berumur 60 Tahun Ke Atas - PBB

Langkah konkrit perlu diambil untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin kepada warga emas serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 2:58PM

Menjelang 2050, jumlah penduduk Asia Pasifik berusia 60 tahun ke atas diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion orang. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kadar penuaan penduduk Asia Pasifik lebih tinggi berbanding rantau lain dan kira-kira 630 juta orang berumur 60 tahun ke atas, mewakili 60 peratus warga emas dunia.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) memaklumkan menjelang 2050, jumlah itu diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

"Majoriti mereka yang lebih tua adalah wanita; merangkumi 61 peratus dan berumur 80 tahun ke atas," menurut ESCAP.

Warga emas di rantau ini juga berdepan dengan ketidakadilan dan terkesan dengan pelbagai isu yang timbul termasuk ketidaktentuan geopolitik, pandemik COVID-19, perubahan iklim dan transformasi digital.

Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata langkah konkrit perlu diambil untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin kepada warga emas serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

"Kita mesti melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dengan mengiktiraf mereka sebagai agen pembangunan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Yayasan Emong Lansia, Indonesia, Eva Sabdono berkata cabaran pada abad ke-21 memerlukan semua lapisan masyarakat bekerjasama menghapuskan ageisme.

"Walaupun beberapa kemajuan telah dicapai melalui Pelan Tindakan Antarabangsa Madrid mengenai Penuaan (MIPAA), warga emas terus dilihat sebagai penerima kebajikan dan beban kepada masyarakat, bukan tergolong dalam kategori yang cergas, berpengetahuan, dan berpengalaman yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi, masyarakat dan keluarga," katanya.

Sementara itu, pegawai kerajaan, wakil masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa hari ini menggesa momentum baharu dan tindakan pantas dilaksanakan untuk memajukan MIPAA menerusi semakan dan penilaian serantau yang diadakan pada ulang tahun ke-20nya oleh ESCAP.

Dilaksanakan pada 2002, MIPAA menyediakan rangka kerja komprehensif bagi melengkapkan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Dekad Penuaan Sihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan