web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Hotel Butik Mesti Cuba Di Pulau Pinang

Berikut adalah tiga butik hotel yang boleh anda jadi pilihan jika mahu ke Pulau Pinang. Ketiga-tiga hotel ini terletak di lokasi yang membolehkan anda melakukan maraton kulinari dengan mudah.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 10:06AM

Jawi Peranakan Mansion - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pulau Pinang tidak pernah sunyi daripada kebanjiran pelancong. Bahkan tidak pernah kalah dengan makanan. Ramai yang sanggup berburu ke negeri yang terkenal dengan nasi kandar itu semata-mata untuk menjamu selera. Biarlah perlu meredah kesesakan trafik sekalipun, tetap gagahkan diri demi hidangan yang diimpikan.

Road trip memang menyeronokkan, tetapi badan tetap terasa penat setelah mengharungi perjalanan beberapa jam. Jadi, mencari lokasi penginapan adalah amat penting. 

Tersilap pilih buat pilihan, maka rosaklah suasana percutian. Hendak makan pun, hati masih sebal. Jadi, buat kajian atau rujukan sebelum memulakan perjalanan. Tempahlah hotel yang selesa, mudah diakses dan tidak ‘membocorkan’ poket.

Berikut adalah 3 pilihan butik hotel yang berbaloi untuk dicuba jika anda merancang ke Pulau Pinang.

 

1) Jawi Peranakan Mansion

Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Hotel yang terletak di Jalan Hutton, Georgetown ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang jatuh cinta dengan Roti Canai Jalan Transfer dan Nasi Padang Minang @ Kedai Kopi International Hotel.

Kedua-dua lokasi selera ini boleh dituju hanya dengan berjalan kaki. Kurang dari 15 minit anda sudah boleh tersenyum gembira menjamu selera. 

Salah satu kamar di Jawi Peranakan Mansion
Salah satu kamar di Jawi Peranakan Mansion

Sesuai dengan namanya, Jawi Peranakan Mansion menampilkan konsep yang mampu mengimbas nostalgia lama. Terdiri daripada lapan buah bilik agam dan enam suite keluarga, Jawi Peranakan Mansion berasal dari sebuah rumah agam Anglo India yang megah dan elegan. 

Diperolehi pada tahun 2012, pembinaan semula hotel ini mengambil masa tiga tahun untuk membaik pulih semula semua elemen seni bina asal. Bangunan ini adalah gabungan eklektik seni bina British abad ke-18/19 dan ciri reka bentuk Muslim dari zaman Mughal yang menonjolkan motif etnik India.

Salah satu kelebihan hotel butik ini adalah kolam renangnya
Salah satu kelebihan hotel butik ini adalah kolam renangnya

Terdapat sebuah kolam renang untuk anda yang gemarkan aktiviti renang. Antara kelebihan bermalam di hotel ini adalah anda boleh meminta sarapan pagi dengan kuih-muih tradisional dihantar terus ke dalam bilik. Selain itu, anda juga boleh meminta petugas hotel menghantar minuman panas ke bilik pada bila-bila waktu. 

Harga untuk setiap bilik dan suite bermula dari RM300 untuk dua dewasa, tanpa sarapan pagi. Satu kekurangan hotel ini ialah tiada ruang parkir kereta tersedia. Anda perlu meletakkan kenderaan di kawasan awam dan perlu membayarnya pada hari-hari bekerja. 

 

2) Muntri Mews

Kedudukan Muntri Mews strategik kerana dekat dengan pelbagai lokasi kulineri popular - Gambar ihsan George Town Heritage Hotels Sdn Bhd
Kedudukan Muntri Mews strategik kerana dekat dengan pelbagai lokasi kulineri popular - Gambar ihsan George Town Heritage Hotels Sdn Bhd

Hotel di bawah satu pengurusan dengan Jawi Peranakan Mansion ini semakin mendapat tempat di kalangan pengembara yang dambakan ketenangan dan privasi ketika bercuti.

Sudahlah begitu, kedudukan cukup strategik. Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Beratur, Hameed Pata Mee Sotong, Hameediyah Restaurant dan Pasar Chowrasta semuanya boleh dijejak dengan berjalan kaki kurang dari 15 minit. 

Hotel ini menawarkan tiga jenis bilik yang terdiri daripada Loft Suite, Terrace Suite, dan Mews Standard Room yang boleh memuatkan dua hingga enam dewasa dalam setiap bilik.

Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tetamu dan yang paling penting, setiap bilik mempunyai keluasan yang cukup selesa. Tidak perlu berlaga bahu atau pening kepala mencari ruang untuk meletakkan barangan atau mengerjakan solat.

Kamar standard di Muntri Mews
Kamar standard di Muntri Mews

Pengasas hotel ini cuba mengekalkan reka bentuk dalaman yang asal dengan sentuhan abad ke-20 sebaik mungkin. Bahan-bahan seperti lantai marmar dan kayu yang diselamatkan dari rumah lain, sekolah dan juga hospital telah disatukan untuk mencipta rekaan dalaman yang ringkas dan selesa yang mengimbau kembali ke zaman itu.

Sebaik melangkah masuk ke hotel, anda dapat melihat bingkai-bingkai gambar yang mempamerkan gambar dan potret lama yang diambil pada akhir abad ke-19 hinggalah ke awal abad ke-20. Dek hotel ini dahulunya merupakan parkir untuk kereta kuda, maka tetamu turut diheret ke waktu ini, di mana peralatan seperti kandang kuda, pelana kuda, abah-abah turut dipamerkan.

Tidak dilupakan astaka luar yang dipenuhi dengan tumbuhan menghijau bagi membangkitkan suasana damai dan tenang. Menghabiskan masa di ruangan ini membuatkan diri bagaikan berada di sebuah resort tropika walaupun hakikatnya anda berada di tengah-tengah bandar Georgetown.

Harga bilik bermula daripada RM300, bergantung pada jenis bilik dan tarikh pilihan.

 

3) The Southern Boutique Hotel

The Southern Boutique Hotel di Jalan Muntri sesuai untuk mereka yang mencari penginapan selesa namun 'nyaman' pada poket - Gambar ihsan Agoda.com
The Southern Boutique Hotel di Jalan Muntri sesuai untuk mereka yang mencari penginapan selesa namun 'nyaman' pada poket - Gambar ihsan Agoda.com

Masih terletak di Jalan Muntri, hotel butik yang satu ini sesuai untuk pengembara yang mencari hotel yang selesa, dekat dengan kedai-kedai makan popular dan ‘nyaman’ pada poket.

Jika anda membuat tempahan di platform-platform tempahan hotel dalam talian, sebuah bilik superior boleh ditempah pada harga RM120, tidak termasuk cukai. 

Bagaimanapun, ia bergantung pada pilihan tarikh perjalanan. Jika memilih pada hujung minggu atau cuti persekolahan, sudah pastilah harganya lebih mahal. Satu kekurangan hotel yang tampil dengan dekorasi moden minimalis ini ialah saiz biliknya yang kecil.

Kamar-kamar di hotel ini tampil dengan dekorasi moden minimalis
Kamar-kamar di hotel ini tampil dengan dekorasi moden minimalis

Jadi, jika percutian anda termasuk dua kanak-kanak, adalah lebih baik anda menempah dua buah bilik demi keselesaan.

Selain itu, maklum balas yang dikongsi dalam talian turut mendakwa pada waktu malam suasana agak bising memandangkan ia terletak berhampiran jalan utama. Bahkan, perkhidmatan WiFi juga agak perlahan. 

Namun, jika semua ini tidak menjadi kayu ukuran untuk anda mendapatkan rehat yang cukup, hotel ini pasti memuaskan hati. Ingat kembali apa tujuan anda ke Pulau Pinang. Mahu menikmati pelbagai juadah yang membuka selera tanpa halangan atau gangguan! 

Selamat bercuti! – Getaran, 11 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan