web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taman Negara Endau Rompin Dapat Pengiktirafan ASEAN Heritage Park

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 5:16PM

Taman Negara Johor Endau Rompin di Johor berjaya mendapat pengiktirafan sebagai ASEAN Heritage Park (AHP) ke-51. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taman Negara Johor Endau Rompin di Johor berjaya mendapat pengiktirafan sebagai ASEAN Heritage Park (AHP) ke-51, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Sambil merakamkan tahniah kepada kerajaan negeri Johor atas pengiktirafan itu, Takiyuddin berkata Taman Endau Rompin adalah AHP keempat di Malaysia selepas Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu) pada 1984.

Menurut Takiyuddin, usaha pencalonan bagi mendapatkan pengiktirafan itu bermula sejak 2018 dan  diluluskan oleh Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN pada 7 Julai lepas. 

Ini merupakan kejayaan buat Malaysia amnya dan kerajaan negeri Johor khususnya dalam meningkatkan pemuliharaan biodiversiti. 

“Pada masa sama, kejayaan itu meningkatkan imej Taman Negara Johor Endau Rompin sebagai kawasan berkepentingan biodiversiti serantau," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Taman Endau Rompin - Gambar ihsan Johor National Parks
Taman Endau Rompin - Gambar ihsan Johor National Parks

Takiyuddin berkata AHP merupakan program di bawah kerjasama ASEAN untuk menguruskan jaringan kawasan di negara serantau yang mempunyai keunikan, kepelbagaian biologi serta nilai ekologi terpenting dan pengiktirafan diberikan kepada kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam semula jadi serta kepelbagaian biodiversiti. 

Taman Negara Johor Endau Rompin yang berkeluasan 48,905 hektar dilitupi lebih 90 peratus hutan hujan tropika serta ekosistem masih terpelihara dan membentuk kawasan teras Landskap Hutan Selatan seluas 10,000 kilometer persegi berperanan penting sebagai habitat mamalia besar yang terancam terutama Harimau Malaya.

Kawasan itu kaya dengan kepelbagaian biologi dengan anggaran lebih daripada 1,593 spesies flora yang mewakili 19.2 peratus flora di Semenanjung Malaysia termasuk 38 spesies yang berstatus sangat terancam, 16 spesies terancam dan 26 spesies terdedah kepada ancaman.

Kekayaan fauna pula merangkumi 39 spesies mamalia, burung (253), amfibia dan reptilia (140), ikan air tawar (108) selain rama-rama (274).

Takiyuddin berkata pihaknya menyambut baik sebarang usaha kerajaan negeri untuk mencalonkan kawasan yang berpotensi sebagai tapak AHP atau tapak-tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa seperti Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar), Manusia dan Biosfera (MAB) dan Perkongsian Rangkaian Laluan Burung Hijrah Asia Timur-Australasia agar ia terus terpelihara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengiktirafan Bersama Mampu Tarik Minat Pelajar Rusia Ke Malaysia - MQA

3

Politik 3 tahun yang lalu

Isu Surat RoS Putuskan Usul Tambahan UMNO Tidak Sah, Saifuddin Sila Jawab!

4

Politik 3 tahun yang lalu

PAS Ingin ‘Bunuh’ UMNO: Kenyataan Mohamad Tidak Masuk Akal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan