Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Pemuda OKU, Bermotosikal Kapcai Jelajah Thailand, Laos

Khairul Azri Zahari dan rakannya, Izzuan Ahmad, 37 melakukan kembara selama 20 hari bermula dari Kuala Lumpur sebelum menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memasuki Thailand dan Laos.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 2:43PM

Khairul Azri dan Izzuan menunggang motosikal menjelajah Laos dan Thailand baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000 kilometer (km), baru-baru ini.

Khairul Azri Zahari, 32, yang menunggang Honda EX5 dan rakannya, Izzuan Ahmad, 37, menunggang Honda Dash 125 melakukan kembara selama 20 hari bermula dari Kuala Lumpur sebelum menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memasuki Thailand dan Laos.

Berkongsi pengalaman itu, Khairul Azri berkata bagi memudahkan komunikasi dengan masyarakat di negara itu, beliau dan Izzuan menggunakan bahasa isyarat dan banyak menaip di telefon bimbit serta menggunakan aplikasi Google Translate.

“Setiap kali berjumpa dengan rakyat tempatan mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan, kami akan maklumkan yang kami tidak dapat mendengar dan bercakap. Alhamdulillah, mereka memahami dan setiap urusan dipermudahkan.

“Yang melegakan kami juga ialah tidak menghadapi banyak karenah birokrasi dengan pihak berkuasa di sempadan Thailand dan Laos ketika kami memasuki negara tersebut sebaliknya mereka terkejut dan teruja kerana kami adalah OKU pendengaran dari Malaysia,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Berbekalkan semangat kental, mereka berjaya melepasi cabaran sepanjang perjalanan.
Berbekalkan semangat kental, mereka berjaya melepasi cabaran sepanjang perjalanan.

Berkongsi lanjut, Khairul Azri yang berasal dari Terengganu berkata jarak paling jauh dilakukan semasa kembara itu ialah dari bandar Hat Yai ke pekan Prachuap Khiri Khan, iaitu 666 km dengan mengambil masa12 jam menunggang motosikal melalui jalan kampung berturap selain hutan sepanjang perjalanan.

“Walaupun keletihan menunggang motosikal dengan jarak yang jauh kami tidak mudah mengalah dan kekal bersemangat namun sentiasa berhati-hati kerana keadaan cuaca panas dan hujan selain jalan yang berbukit, licin amat berbahaya di sesetengah tempat di Thailand dan Laos,” katanya yang sudah beberapa kali bermotosikal ke negara Gajah Putih itu sebelum pandemik COVID-19.

Sementara itu, Izzuan yang berasal dari Melaka berkata jumlah muatan seberat 18 kilogram yang dibawa bersama motosikalnya itu antaranya ialah makanan, khemah, dapur gas kecil, peralatan alat ganti seperti tiub dan tayar.

Izzuan berkata pengalaman yang tidak dilupakan ialah dapat menunggang motosikal di Wilayah Mae Hong Son, iaitu kawasan tanah tinggi Utara Thailand yang menjadi antara laluan popular dalam kalangan penunggang yang mempunyai 1,864 selekoh dan berada pada ketinggian 1,200 meter dari aras laut yang menyajikan pemandangan sungguh menakjubkan.

“Walaupun kami OKU pendengaran dan menggunakan motosikal berkuasa rendah, kami bangga dapat sampai di sini (Mae Hong Son) yang menjadi kawasan wajib disinggahi bagi penunggang motosikal lain,” katanya yang menyimpan hasrat untuk bermotosikal ke Makkah pada masa akan datang. - Bernama
 

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN