Berita Terkini

10 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ini 3 Pengembaraan Kereta Api Di Eropah Mampu Cetus Pengalaman Epik, Kaki Travel Harus Cuba! 

Percutian atau perjalanan kereta api ini layak dinikmati oleh mereka yang mahu mencipta kelainan dalam sebuah pengembaraan. Memang benar tempoh perjalanan bukan kepalang lamanya, namun ia menjanjikan pengalaman menarik, berbeza dengan pengembaraan lain. 

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 6:03PM

Pengembaraan dengan menaiki kereta api pastinya akan memberikan pengalaman baru kepada pengembara di samping menikmati keindahan alam. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melancong atau mengembara menggunakan kereta api mungkin mengundang kritikan di kalangan teman-teman anda kerana masih ramai yang menganggap gaya percutian ini untuk ‘pengembara perlahan’.

“Buang masa naik kereta api, banyak tempat tak boleh dilawati sebab perjalanan ambil masa berbelas jam.''

Itu antara kenyataan yang akan terpacul dari mulut mereka yang sentiasa mengejar masa ketika sedang bercuti. 

Jadi, tepuk dada, tanya selera. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang masih mahu berlari ke sana-sini dalam masa sehari ketika sedang bercuti? Jika jawapannya tidak, persetankanlah pendapat mereka. 

Percutian atau perjalanan kereta api ini layak dinikmati oleh mereka yang mahu mencipta kelainan dalam sebuah pengembaraan. Memang benar tempoh perjalanan bukan kepalang lamanya, namun ia menjanjikan sebuah perjalanan dengan landskap alam yang tidak boleh dialami dari mana-mana cara pengembara lain. 

Perjalanan dengan kereta api sering membawa anda ke tempat yang tidak boleh dilalui setiap hari, sama ada melalui hutan Malaysia yang masih dara, mahupun banjaran pergunungan di negara-negara Eropah nun jauh di sana. 

Percayalah, nikmat dan pengalaman yang bakal dikutip mungkin tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jadi, teruskanlah niat anda itu dan sebarkanlah kehebatan pengembaraan itu melalui foto-foto yang dikongsi di akaun sosial media anda!

Jika tidak punya keyakinan dan Eropah adalah pilihan hati, jangan gusar. Boleh dapatkan buku panduan pengembaraan Train Travel in Europe daripada Lonely Planet yang dilancarkan pada Februari lalu. Buku ini dihasilkan istimewa untuk mereka yang mencari cara paling bebas tekanan untuk meneroka Eropah menggunakan sistem pengangkutan berusia ratusan tahun ini.

Sama ada anda ingin bergerak perlahan di laluan yang indah atau memanfaatkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi terbaharu untuk terus ke destinasi, pakar Lonely Planet menunjukkan kepada anda cara merancang perjalanan anda.

Dilengkapi dengan lipatan peta laluan terperinci dan tip perjalanan daripada orang tempatan, buku panduan ini merangkumi segala aspek, daripada cara menggabungkan perjalanan jarak jauh ke tempat perhentian yang mesti dilihat dan cara terbaik untuk menempah tiket yang lebih nilai untuk wang anda. 

Memandangkan syarikat penerbangan mengurangkan jumlah penerbangan sehingga melonjakkan harga tiket penerbangan, ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan daripada peningkatan perkhidmatan semalaman dan tambang fleksibel yang ditawarkan. 

Paling penting, Lonely Planet turut mendedahkan ciri-ciri operator kereta api di negara yang berbeza, seperti elaun bagasi, peraturan, langkah-langkah keselamatan serta kemudahan yang ada di atas setiap perkhidmatan.

Berikut adalah beberapa perjalanan yang hebat yang boleh anda ‘tiru’. 

Paris - Gambar hiasan dari Unsplash
Paris - Gambar hiasan dari Unsplash

1) Paris ke Barcelona dengan kereta api perlahan

Bandar-bandar ini dihubungkan dengan kereta api laju, tetapi terdapat laluan santai ke selatan melalui Perancis ke Pyrenees melalui Limoges, Toulouse. Laluan ini melalui pemandangan luar bandar dan gunung yang mengagumkan ke Latour-de-Carol. 

Lakukan perjalanan ini pada waktu siang agar tidak terlepas pemandangan yang dijanjikan. Dari Latour-de-Carol terdapat laluan komuter terus ke Barcelona dan ia mengambil masa lebih tiga jam sahaja.

Kemungkinan perhentian di sepanjang jalan termasuk Ribes de Freser dan Ripoll, rumah kepada biara purba dan pintu masuk terbaik kepada laluan denai kembara.

Nikmati pemandangan indah menerusi perjalanan menggunakan kereta api. - Gambar hiasan dari Unsplash
Nikmati pemandangan indah menerusi perjalanan menggunakan kereta api. - Gambar hiasan dari Unsplash

2) Locarno ke Domodossola melalui Swiss Alps

Hampir semua perjalanan di Switzerland menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Beberapa laluan kereta api biasa di negara ini memang khusus untuk mempamerkan keindahan gunung-ganang, sungai dan tasik yang boleh diintai dari tingkap. 

Perjalanan di antara Locarno, Switzerland ke Domodossola di wilayah Piedmont Itali, Centovalli Railway adalah perkhidmatan yang singkat (52 kilometer) tetapi indah melepasi air terjun, kebun buah-buahan, perkampungan yang dipenuhi gereja dan ladang anggur.

Tumpuan utama perjalanan ini sudah pastinya pada Jambatan Isorno berhampiran perkampungan Intragna.

Perjalanan kereta api dari Bilbao ke Madrid pula memakan masa lima jam. - Gambar hiasan dari Unsplash
Perjalanan kereta api dari Bilbao ke Madrid pula memakan masa lima jam. - Gambar hiasan dari Unsplash

3) Dublin ke Madrid dengan kereta api dan feri

Dari Dublin anda juga boleh terus ke tanah besar Eropah. Ada laluan trek tunggal yang sebahagian besarnya menyusuri Laut Ireland menuju ke selatan sejauh Wicklow sebelum melencong ke pedalaman dan berhenti di bandar Wexford yang menarik, terletak di muara Sungai Slaney. 

Dari sini anda perlu menaiki feri di pelabuhan Rosslare untuk Bilbao sebelum meneruskan perjalanan dengan keretapi untuk ke Madrid pula.

Kemudahan feri dijadualkan dua kali seminggu ke Bilbao, dan ia mengambil masa kira-kira 30 jam.

Perjalanan kereta api dari Bilbao ke Madrid pula memakan masa lima jam. Persinggahan yang disyorkan untuk perjalanan ini ialah melihat bekas ibu kota Sepanyol, Valladolid dan kubu Alcázar. – Getaran, 4 Ogos 2022



 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 5 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN