web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pahang Anjur Perlumbaan Kanu Bertaraf Antarabangsa September Ini

Pantai yang dipilih untuk acara mempunyai keunikan tersendiri dan secara tidak langsung mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 9:18AM

Pahang akan menganjurkan perlumbaan kanu terbesar di negara ini September nanti - Gambar laman web Ticket2u

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pahang akan menganjurkan perlumbaan kanu terbesar di negara ini yang bertaraf antarabangsa iaitu Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 yang berlangsung selama lima hari bermula 7 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata perlumbaan yang dijangka disertai 500 peserta dari dalam dan luar negara itu juga difahamkan yang pertama kali diadakan di rantau Asia Tenggara.

"Perlumbaan sejauh kira-kira 74 kilometer ini mempunyai lima peringkat bermula di Pantai Hiburan di Rompin dan Pantai Lagenda di Pekan selain Pantai Balok, Pantai Cherating serta Pantai Teluk Cempedak di Kuantan. Laluan paling mencabar ialah di Pantai Teluk Cempedak kerana sepanjang 18 kilometer (km) berbanding lokasi lain yang masing-masingnya sejauh 14 km. 

"Menariknya perlumbaan ini akan berlangsung tanpa mengira keadaan cuaca kerana dianggap sebagai satu daripada cabaran yang perlu dihadapi peserta dalam menamatkan perlumbaan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran acara itu di Menara Kuantan 188.

Mohd Sharkar berkata acara berkenaan dilihat sebagai antara langkah untuk memulihkan industri pelancongan Pahang yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.

"Pantai yang dipilih mempunyai keunikan tersendiri dan secara tidak langsung mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang. Ia satu acara perlumbaan yang dianjurkan dalam skala besar dan mungkin dijadikan acara tahunan jika mendapat sambutan hangat," katanya.

Mengenai perkembangan lain, Mohd Sharkar berkata kerajaan Pahang sudah menghantar laporan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengekalkan status Tasik Chini sebagai rizab biosfera.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan status itu selepas UNESCO menerima laporan tersebut.

Tasik Chini adalah tapak biosfera pertama di Malaysia yang memperoleh pengiktirafan UNESCO diikuti Banjaran Crocker, Sabah pada 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada September tahun lepas.

Namun, status rizab biosfera UNESCO Tasik Chini kini mendapat perhatian selepas sebuah portal media tempatan pada Ahad melaporkan status itu kini dalam penelitian dan penemuan awal tidak menggalakkan serta dikatakan tidak lagi memenuhi kriteria UNESCO. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan