web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Tren Ulang-Alik Padang Besar-Hatyai Dibuka Semula Hari Ini

Perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 2:32PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah dua tahun ditutup akibat pandemik COVID-19,  perkhidmatan tren ulang-alik Padang Besar-Hatyai, Thailand dibuka semula hari ini.

Tinjauan Bernama di kaunter tiket State Railway Of Thailand (SRT) di Stesen Keretapi Padang Besar mendapati orang ramai mula beratur seawal 8.00 pagi bagi mendapatkan tiket ke Hatyai.

Menurut laman web Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd, perkhidmatan tren tersebut dijalankan dengan kekerapan dua kali sehari iaitu 9.55 pagi dan 4.40 petang (waktu Malaysia) bagi laluan Padang Besar-Hatyai, manakala 8.30 pagi dan 3.00 petang bagi laluan Hatyai-Padang Besar.

Salah seorang penumpang, Boon Kee Ho, 44, dari Gurun, Kedah berkata pembukaan semula perkhidmatan keretapi ke Thailand memudahkan semua penumpang selain menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu memandu kenderaan sendiri.

"Saya naik komuter KTM pukul 7.12 pagi dari Gurun ke Stesen KTM Padang Besar dan sampai ke sini 8.15 pagi.

"Tiba di sini (Padang Besar) saya terus ke kaunter tiket SRT yang mula dibuka pada 8.30 pagi, ia amat mudah dan cepat," kata bapa kepada dua orang anak itu.

Katanya beliau ke Hatyai untuk berjumpa kawan lama dan menikmati masakan Thailand.

Turut berkongsi pengalaman, Mohd Yunus Zunun, 39 dari Butterworth, Pulau Pinang berkata beliau menaiki komuter dari Butterworth ke Padang Besar pada pukul 6.25 pagi dan tiba 8.15 pagi.

"Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya menaiki kereta api ke Thailand, sebelum ini saya bawa kereta sendiri.

"Bagi saya pengalaman menaiki kereta api lebih menyeronokkan dan santai kerana tidak perlu penat memandu dan lebih mudah walaupun jarak masa hampir sama iaitu lebih kurang satu jam," katanya yang bekerja di sebuah kilang.

Hari pertama pembukaan semula perkhidmatan tren ke Thailand mendapat liputan daripada media Malaysia dan Thailand. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan