web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRE2.0: E-Baucar Tempahan Bilik Penginapan Manfaat Lebih 33,000 Keluarga Malaysia

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 7:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) bermula 15 Julai sehingga 31 Dis ini. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancaran inisiatif dengan kerjasama Tourism Malaysia itu bertujuan menarik minat orang ramai khususnya Keluarga Malaysia untuk membuat tempahan bilik penginapan hotel pada harga istimewa sekali gus berpotensi merancakkan aktiviti pelancongan domestik. 

Beliau berkata antara pusat penginapan yang terlibat dalam inisiatif itu ialah hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM). 

"Lebih 200 hotel di bawah MAH dan MAHO akan menawarkan e-baucar bernilai RM100 dengan nilai pembelian minimum RM150 untuk 19,900 pembeli terawal manakala sebanyak 229 hotel di bawah MyBHA menawarkan e-baucar bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM60 untuk 7,960 pembeli. 

"Selain itu, RHSM menawarkan rebat bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM170 (bilik standard) atau RM210 (bilik keluarga) untuk 5,970 pembeli terawal di 19 hotel mereka. Tempahan di RHSM boleh dibuat secara jumpa terus, e-mel atau telefon," katanya pada majlis pelancaran PRE2.0 bagi kluster penginapan di sini malam ini.

Nancy Shukri - Gambar Bernama
Nancy Shukri - Gambar Bernama

Nancy berkata kesemua e-baucar boleh diperoleh semasa membuat tempahan bilik hotel menerusi aplikasi Shopee dengan had penebusan sebanyak tiga kali bagi setiap pemilik MyKad bermula 15 Julai hingga 31 Dis. 

Beliau juga berkata kementeriannya melalui Tourism Malaysia telah melancarkan program PRE2.0 pada 17 Mei lepas dengan pemberian tawaran diskaun dan rebat di bawah sektor persatuan agensi pelancongan, pengangkutan darat, taman tema, selam skuba, inap desa serta pengangkutan udara.

Menyentuh isu penetapan mata wang Amerika Syarikat bagi tempahan penginapan hotel pula, Nancy berkata perkara itu diserahkan kepada pemain industri sekali gus berharap perbincangan menyeluruh dapat dilakukan oleh pihak terbabit.

“Kita harapkan mereka berbincang sesama sendiri dari segi implikasinya kerana kita lihat penetapan kadar tempahan menggunakan mata wang itu, persepsi orang mengenai standard industri kita juga berbeza. Ia juga berpotensi menarik minat pekerja tempatan.

“Kita serahkan keputusan itu kepada mereka namun pertimbangkan dahulu semua keputusan kerana kita bimbang jika ada pihak mengatakan kita tidak yakin dengan mata wang negara sendiri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan