Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Tarikan Mesra Keluarga di Australia Barat 

Wilayah Barat Australia ini hanya mengambil masa lima jam penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke bandar Perth. Negeri ini juga berkongsi zon waktu yang sama dengan Malaysia, jadi anda boleh memulakan pengembaraan sebaik sahaja tiba di destinasi.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 10:00AM

Rottnest Island antara tarikan menarik di Australia Barat. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk mengeratkan silaturahim, mencipta kenangan baharu bersama keluarga dan berehat daripada rutin harian biasa. Jika anda sedang mencari idea percutian luar negara yang membolehkan anak-anak anda meneroka sambil belajar dengan cara yang menyeronokkan, jangan kusutkan fikiran lagi, Australia Barat adalah jawapannya. 

Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Wilayah Barat Australia ini hanya mengambil masa lima jam penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke bandar Perth. Negeri ini juga berkongsi zon waktu yang sama dengan Malaysia, jadi kanak-kanak dan orang dewasa tidak perlu berhadapan dengan risiko ‘jet lag’ dan boleh memulakan pengembaraan sebagai sahaja tiba di destinasi.

Walaupun Australia Barat mempunyai banyak pengembaraan hebat untuk ditawarkan, berikut ialah tiga pengembaraan mesra keluarga yang boleh anda lakukan bersama keluarga untuk percutian keluarga yang tidak dapat dilupakan:

Hidupan liar paling comel Australia di Caversham Wildlife Park. - Gambar ihsan Tourism Western Australia
Hidupan liar paling comel Australia di Caversham Wildlife Park. - Gambar ihsan Tourism Western Australia

1. Temui hidupan liar Australia paling comel di Caversham Wildlife Park

Australia Barat adalah rumah kepada 141 daripada 207 spesies mamalia yang terdapat di Australia. Kanggaru dan koala merupakan haiwan ikonik comel yang menjadi buruan ramai pelancong luar negara. Jika sudah menjejak bumi Perth, jangan sesekali melepaskan peluang untuk ke sini. 

Rakam kenangan indah bersama keluarga di Caversham Wildlife Park. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Rakam kenangan indah bersama keluarga di Caversham Wildlife Park. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Caversham Wildlife Park terletak hanya 30 minit pemanduan dari pusat bandar Perth dan ia menempatkan kira-kira 200 spesies haiwan, burung dan reptilia. Tarikan ini adalah tempat terbaik  untuk seisi keluarga. Percayalah, bukan hanya kanak-kanak yang boleh bergembira, tetapi golongan dewasa juga turut teruja. 

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah memberi makan kepada haiwan, mengambil gambar dengan koala dan wombat, bermain dengan haiwan ternakan di Ladang Molly yang interaktif dan menyaksikan demo pembuangan bulu biri-biri. Ingat! Selepas membayar tiket, semak jadual aktiviti supaya anda tidak terlepas peluang.

Pemandangan cukup mempesonakan di Pulau Rottnest. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Pemandangan cukup mempesonakan di Pulau Rottnest. - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

2. Terokai syurga Pulau Rottnest

Pulau Rottnest ialah syurga percutian untuk semua jenis percutian. Sama ada anda ke sini bersama keluarga, rakan-rakan, mahupun berduaan, Pulau Rottnest tidak akan mengecewakan. Pantainya yang putih bersih dan lautnya yang membiru sudah cukup membuatkan hati gembira. Tapi ia lebih daripada itu, di sini juga ada trek basikal yang membolehkan anda meneroka keliling pulau, malah ada haiwan kecil, iaitu si comel quokka yang mesra menyapa. 

Pulau ini juga adalah zon bebas kereta, jadi adalah selamat untuk keluarga anda mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal atau e-basikal yang boleh disewa. Jika punya waktu terhad, boleh menaiki bas ‘shuttle’ atau menaiki bas ‘hop on-hop off’ yang mengelilingi pulau.

Pulau Rottnest - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Pulau Rottnest - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Terumbu karang yang dilindungi seperti di Salmon Bay dan Pinky Beach sangat selamat untuk kanak-kanak bermain, berenang atau bersnorkel. Bagi yang dewasa, boleh buat selam skuba atau ikuti aktiviti terjun udara (skydiving) untuk ledakan adrenalin. 

Untuk ke sini anda boleh mengambil feri daripada tiga terminal feri iaitu dari Victoria Quay, (Fremantle), Hillarys Boat Harbour (Utara Perth) dan Perth's Barrack Street Jetty (Perth).

Pelbagai aktiviti menarik di Ferguson Farm. - Gambar ihsan Tourism Western Australia
Pelbagai aktiviti menarik di Ferguson Farm. - Gambar ihsan Tourism Western Australia

3. Alami percutian ladang di Ferguson Farm

Ferguson Farmstay terletak di Lembah Ferguson yang indah. Kira-kira 30 minit pemanduan dari Bunbury dan kurang daripada dua jam pemanduan dari selatan Perth, ladang ini terletak di puncak banjaran Darling yang beralun dan menawarkan pemandangan bandar Perth, tanah ladang dan ladang anggur yang menakjubkan sehingga ke pantai Bunbury.

Sebuah ladang yang mesra kanak-kanak, Ferguson Farmstay menawarkan banyak aktiviti untuk semua, termasuk memberi makan haiwan ternakan seperti kambing, kuda, kanggaru, itik dan arnab. Paling seronok, kanak-kanak boleh menunggang kuda atau menaiki traktor untuk memberi makan lembu yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut dan inspirasi destinasi untuk percutian keluarga anda yang seterusnya, layari laman sesawang Tourism Western Australia. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

Australia Barat Juga ‘Perth-fect’ Untuk Pengembara Muslim 

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mari Dekati Penguin Terkecil Di Dunia 

3

TARA 2 tahun yang lalu

Pantai Scarborough Boleh Jadi Pilihan Jika Ke Perth

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Mengintai Keindahan Rottnest Island Sebelum Bebas Terbang ke Sana

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini