web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mari Dekati Penguin Terkecil Di Dunia 

Penguin lsland yang berkeluasan 12.5 hektar ini tidak didiami oleh manusia, sebaliknya adalah rumah kepada koloni kira-kira 250 penguin terkecil di dunia. 

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 1:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda peminat sukan luncur udara, pasti anda tahu dan mungkin juga menyimpan hasrat untuk membuat terjunan bergaya di Rockingham, Perth Australia. Lokasi percutian yang terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari pusat bandar Perth ini menjanjikan pemandangan pantai yang indah, lebih-lebih lagi jika diintai dari udara. 

Selain luncur udara, terdapat lagi satu tarikan yang berbaloi untuk dijejaki jika anda sampai di sini iaitu Penguin lsland. Pulau yang berkeluasan 12.5 hektar ini tidak didiami oleh manusia, tetapi ia adalah rumah kepada koloni kira-kira 250 penguin terkecil di dunia.

Bagaimanapun, Penguin Island hanya boleh dilawati di antara pertengahan September sehingga awal Jun. Ini kerana pulau yang turut dihuni oleh lebih 50 spesis burung laut ini ditutup pada waktu-waktu lain kerana pihak bertanggungjawab tidak mahu koloni penguin terganggu ketika musim pembiakan.

Agak menyedihkan kerana sejak 2007, pulau itu telah mengalami penurunan 80 peratus dalam bilangan penguin sedangkan sebelum itu penguin yang ada mencecah ribuan ekor. 

Terdapat sebuah pusat pemuliharan penguin di bina di atas pulau ini bagi memastikan spesis penguin terkecil di dunia ini tidak pupus ditelan zaman. Satu aktviti yang cukup menyeronokkan jika anda datang ke sini bersama anak-anak kerana banyak yang boleh anda pelajari.

Ketahui pelbagai usaha yang dilakukan demi menyelamatkan penguin daripada pelbagai bahaya. Lebih menyeronokkan jika anda sempat menyertai sesi memberi makan kepada burung-burung comel ini.

Selain dapat melihat pelbagai spesis burung, anda juga boleh menikmati keindahan magis alam yang ukar diungkap dengan kata-kata. Laut, awan yang terbentang di depan mata membuatkan anda terbuai, dalam hati berdoa agar masa lambat berlalu. Berat hati hendak melangkah pergi.

Terdapat beberapa pilihan pakej yang boleh dibeli untuk ke Penguin Island. Namun untuk pengalaman lebih bermakna dan lebih adventurous, lebih baik beli pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise yang disediakan oleh Sight Seeing Pass Australia.

Mengapa pakej yang satu ini? Sebab servisnya bagus dan profesional. Anda boleh beli di laman web yang lain, tetapi mungkin pengalamannya berbeza. Satu lagi tip penting, anda dinasihatkan supaya menempah pakej lawatan ke Penguin Island lebih awal kerana ia sering penuh terutama pada musim cuti atau hujung minggu. 

Berbalik kepada pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise, pakej ini mengambil masa kira-kira tiga jam masa lawatan. Selain dapat melihat penguin secara dekat, anda juga dapat mengintai  ikan lumba-lumba, singa laut dan juga beberapa spesis burung lain.

Memang pengalaman yang cukup berharga. Bukan kanak-kanak sahaja boleh teruja, orang dewasa juga akan merasakan keseronokkannya.

Sepanjang pelayaran, anda akan mendengar penerangan daripada krew feri tentang setiap spesis haiwan yang ditemui. Banyak info menarik yang dikongsi. Selain itu, anda juga perlu bersabar sedikit untuk bertemu dengan ikan lumba-lumba, sebabnya haiwan liar ini bukan boleh dipanggil-panggil.

Selesai agenda mengintai ikan lumba-lumba dan singa laut, barulah anda dibawa ke Penguin Island. Terokalah pulau ini dengan berjalan kaki sambil merakam gambar untuk dimuat naik ke laman sosial media Instagram atau Facebook, selain untuk  kenang-kenangan. Selamat merancang percutian idaman! - Getaran, 16 Jun 2022

Gambar: Rahayu Mat Nah / https://www.penguinisland.com.au 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN