web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mengintai Keindahan Rottnest Island Sebelum Bebas Terbang ke Sana

Sudah lebih setahun, kita cuma mampu angan-angan melancong ke luar negara. Alang-alang berangan sambil merancang, yuk kenali keindahan Pulau Rottnest di Australia.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik, sudah lebih setahun rakyat Malaysia ‘terkurung’ gara-gara pandemik COVID-19 yang belum nampak penghujungnya. Hilang satu nikmat dunia yang dipinjamkan. Dek terlalu lama berkurung, mungkin sudah ada yang mula berangan-angan untuk cuti panjang sebaik sahaja perjalanan ke luar negara dibenarkan. 

Program vaksinasi di seluruh negara adalah tanda-tanda positif menunjukkan sektor pelancongan bakal dibuka dalam sedikit masa nanti. Sama ada domestik, mahupun antarabangsa. Jadi ke mana agaknya mahu membawa diri?

Secara peribadi, penulis ingin terbang ke Perth, Australia. Kota yang terletak di Australia Barat ini sememangnya punya tempat istimewa di hati ini. Sebabnya, ia menjanjikan suasana percutian santai dengan keindahan alam menambat jiwa. Paling seronok buat ‘road trip’. Boleh singgah ke sana-sini. 

Tidak seperti kota Sydney, Perth sebenarnya cukup ideal untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota. Salah satu tarikan yang mesti dilawati ialah Rottnest Island. Keindahan pulau ini sukar dilafazkan dengan kata-kata. Cantik bukan kepalang.

Selain terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, Rottnest juga popular dengan kehadiran haiwan marsupial yang cukup comel, quokka yang menjadi penghuni setia. 

Untuk sampai ke Rottnest Island, anda perlu mengambil feri sama ada dari Barrack Street Jetty di bandar Perth, Hillary Boat Harbour atau Fremantle. Jika memilih feri dari Perth, perjalanan akan mengambil masa selama 90 minit, dari Hillary Boat Harbour mengambil masa kira-kira 45 minit, manakala dari Fremantle hanya 25 minit.

Rottnest Island ini memang sangat cantik! Sebab itu ramai pelancong yang sanggup mengeluarkan bajet untuk ke sini.

Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti berenang, selam snorkel, selam skuba, piknik di tepian pantai dan paling penting jangan lupa selfie bersama si manja quokka. Tak perlu susah-susah mencari quokka ini sebab memang banyak berkeliaran di pulau ini, terutamanya di kawasan berhampiran jeti. 

Salah satu cara hendak mengelilingi Rottnest Island adalah dengan mengayuh basikal.  Anda boleh beli pakej yang menawarkan tiket feri dua hala + basikal untuk kegunaan harian. Harganya sekitar AU$99 kalau dibeli secara online di http://sightseeingpassaustralia.com .

Mudah, sampai sahaja di jeti Rottnest Island, anda boleh ambil terus basikal. Tak perlu buang masa mencari di tempat lain. 

Berbasikal memang seronok sebab mudah untuk berhenti di mana-mana lokasi yang dirasakan menarik. Bagaimanapun, ia menguji stamina kerana jalannya bukan mendatar. Naik bukit, turun bukit.

Perlu diingatkan pulau ini juga luas, iaitu 19 kilometer persegi. Jika anda punya masa yang terhad di pulau ini, lebih baik ikut pakej bas untuk keliling pulau. Lebih selesa dan sempat singgah ke semua tempat menarik untuk bergambar.

Jika ingin juga berbasikal, jangan lupa ambil peta di pusat informasi sebelum meninggalkan kawasan jeti. Tanpa peta, anda tidak dapat merancang perjalanan. Bahkan, tidak tidak tahu ke mana hendak dituju. Lainlah kalau anda sudah ke sini beberapa kali. 

Antara tempat mesti singgah ialah Bathurst Lighthouse, Wadjemup Lighthouse, Parker Point, Little Salmon Bay, Parakeet Bay dan Pink Lake. 

Untuk keseronokan maksimum, lebih baik bermalam di sini semalam dua. Terdapat beberapa buah penginapan yang boleh dijadikan pilihan. - Getaran, 27 Mei 2021


Semua gambar: Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek