Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pantai Scarborough Boleh Jadi Pilihan Jika Ke Perth

Perth, Australia punya tarikan yang luar biasa jika punya masa untuk diterokai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 9:00AM

Gambar: Nathan Hurst, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perth, Australia punya tarikan yang luar biasa jika punya masa untuk diterokai. 

Jika punya waktu yang panjang, bolehlah panjangkan langkah ke tempat-tempat menarik yang agak jauh dari pusat bandar seperti Wave Rock, Margaret River mahupun Esperance.

Namun, jika punya masa terhad, di antara tiga ke lima hari, boleh pilih lokasi yang tidak memerlukan masa perjalanan yang panjang dari kota Perth. 

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Lupakan Fremantle atau Freo yang agak sesak dengan pengunjung terutamanya pada hujung minggu, sebaliknya tuju ke Scarborough Beach yang terletak kira-kira setengah jam pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Scarborough Beach merupakan pantai paling popular di kalangan penduduk tempatan, terutamanya bagi yang menggemari aktiviti meluncur. Selain itu ia juga sesuai untuk aktiviti berenang, piknik bersama keluarga atau sekadar untuk bermalas-malasan sambil menikmati keindahan pantai. 

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Satu lagi alasan untuk menikmati percutian di sini ialah ia sesuai untuk pelbagai peringkat umur.  Malah, ia juga ideal untuk pelbagai jenis percutian. Sama ada percutian romantik, hujung minggu bersama keluarga mahupun libur bersama teman-teman. 

Sebabnya lokasi ini menawarkan pemandangan pantai yang indah, pelbagai kemudahan selesa seperti Scarborough Beach Pool, Scarborough Beach Skate Park, pusat-pusat hiburan dan juga kafe-kafe selera.

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Lokasi penginapan juga bukan satu masalah.  Biarpun tidak banyak menawarkan penginapan bajet, tetapi hotel-hotel di sini masih berbaloi untuk disewa kerana ia menjanjikan pengalaman menyeronokkan dan selesa.

Selain Rendezvous Hotel Perth Scarborough, hotel terbaharu Ramada Vetroblu Scarborough Beach juga tidak kurang hebatnya.

Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough
Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough

Hotel yang dibuka pada 2017 ini menawarkan penginapan gaya apartment servis. Dengan menginap di sini, anda berpeluang menikmati pemandangan pantai yang mempesona lebih-lebih lagi ketika matahari terbenam.

Terdapat  lapan jenis penginapan yang ditawarkan iaitu One Bedroom King Standard, One Bedroom King Suite, One Bedroom King Business, Two Bedroom King Suite, Two Bedroom King Business, Three Bedroom King Suite, Three Bedroom Split Level Penthouse dan Four Bedroom Split Level Penthouse

Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough
Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough

Ini menjadikan, hotel ini sangat ideal untuk pelbagai gaya percutian. Sama ada percutian dengan si dia, bersama keluarga, bersama sekumpulan teman, mahupun untuk urusan perniagaan. 

Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough
Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough

Setiap unit dilengkapi dengan kabinet dapur yang membolehkan anda memasak sendiri jika mahu. Peralatan memasak, pinggan mangkuk, garam, gula semuanya turut tersedia. 

Satu lagi bonus menggembirakan ialah, semua unit turut dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering, kecuali unit One Bedroom King Standard. 

Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough
Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough

Memandangkan ia  dibina di tengah-tengah kawasan hiburan Scarborough Beach, anda tidak perlu bersusah payah membawa kereta untuk bersiar-siar di sekitar Pantai Scarborough.

Jadi bolehlah  berjalan di sepanjang pantai sebelum bersarapan pagi. Jika suka, boleh juga berjoging untuk kecergasan badan. 

Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough
Gambar: Ihsan Ramada Vetroblu Scarborough

Menjelang petang, boleh habiskan masa dengan berenang atau berpiknik. Paling tidak, berehat di balkoni sambil menikmati secangkir kopi dengan sepotong kek enak yang boleh dibeli di beberapa kafe berdekatan. 

Jika ada mood ke pusat bandar, bolehlah memandu ke Kings Park Botanic Garden yang terletak kira-kira 12 kilometer jaraknya. Lake Monger juga tidak jauh. Cuma 15 minit dari hotel. 

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh lihat di sini. Selain itu anda juga boleh buat bacaan lanjut tentang prosedur operasi standard hotel ini untuk mencegah penyebaran COVID-19 di sini.

Sila semak fakta berikut sebelum anda membuat sebarang tempahan tiket penerbangan, penginapan dan pakej percutian.

* Pelawat antarabangsa yang layak memasuki Australia adalah:

- pemegang visa Australia yang sah.

- lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Australia’s Therapeutic Goods Administration (TGA) dan memiliki dokumen pengesahannya.

- Kemukakan ujian antigen pantas (RAT) negatif yang diambil dalam masa 24 jam, atau ujian COVID-19 tindak balas rantai polimerase (PCR) yang diambil dalam masa 72 jam, selepas berlepas (melainkan ada pengecualian perubatan).

* Setakat 7 Februari 2022, pemegang visa yang telah lengkap divaksin boleh memasuki semua negeri dan wilayah tanpa kuarantin, kecuali Australia Barat mulai 21 Februari 2022. 

* Pelawat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan di setiap negeri atau wilayah ketibaan mereka, dan mana-mana negeri atau wilayah lain yang mereka akan lawati. Maklumat mengenai keperluan kemasukan dikemas kini secara berkala, jadi pelawat dinasihatkan supaya membuat semakan dari semasa ke semasa.

*Untuk keperluan perjalanan ke negeri dan wilayah tertentu di Australia, lawati laman sesawang State and Territory Information. - Getaran, 27 Februari 2022

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi