web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Bandar Terbaik Di Dunia Untuk Pelajar

London dinobatkan sebagai bandar terbaik pilihan pelajar untuk empat tahun berturut-turut.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 10:00AM

Gambar Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

QS Quacquarelli Symonds (QS), penganalisis pendidikan tinggi global telah menerbitkan edisi ke-10 senarai 10 Bandar Pelajar Terbaik Di Dunia.

Carta ini membolehkan para pelajar membandingkan 140 lokasi pendidikan utama merangkumi 30 penyertaan bandar baharu.

London, England dinobat bandar pelajar terbaik. - Gambar hiasan Unsplash
London, England dinobat bandar pelajar terbaik. - Gambar hiasan Unsplash

London (England) mengekalkan statusnya sebagai bandar pelajar terbaik di dunia untuk empat edisi berturut-turut. 

Munich (Jerman) berkongsi tempat kedua dengan Seoul (Korea Selatan), juga untuk empat edisi berturut-turut. 

Manakala Zurich (Switzerland) pula berada di tempat keempat dan Melbourne (Australia) berada di tempat kelima.

Secara metodologinya, QS menyusun kedudukan bandar yang memiliki populasi 250,000 orang dan mempunyai dua buah universiti yang tersenarai dalam Kedudukan Universiti Dunia.

Lebih 98,000 maklum balas tinjauan daripada bakal dan juga bekas mahasiswa turut menyumbang kepada hasil penemuan carta ini.

Kedudukan London di tempat pertama dibantu oleh kepadatan penduduknya yang tinggi dan kerana mempunyai beberapa universiti bertaraf dunia. 

Maklum balas yang sangat positif daripada pelajar yang pernah belajar di bandar tersebut turut menyumbangkan markah tertinggi.

Seoul, Korea Selatan di tempat kedua. - Gambar hiasan Unsplash
Seoul, Korea Selatan di tempat kedua. - Gambar hiasan Unsplash

Tambahan lagi, peluang kerjaya yang tinggi dan keterbukaan kepada pelajar antarabangsa membuatkan ia dinobat sebagai bandar yang sangat ideal untuk pelajar dari seluruh dunia.

Ben Sowter, Naib Presiden QS berkata, “Maklum balas tinjauan kami mendapati London menawarkan peluang budaya, ekonomi dan pendidikan yang cemerlang.

“Dengan dua daripada sepuluh universiti terbaik di dunia terletak di bandar ini, ia kekal sebagai sebuah hab pendidikan terkemuka dunia.

“Namun, perkara yang membimbangkan kami ialah bandar-bandar yang tersenarai ini secara amnya menjadi kurang mampu milik untuk golongan pelajar,” jelas Sowter.

Sementara itu, Berlin (Jerman) berjaya menduduki tempat keenam, Tokyo (Jepun) berada di tempat ketujuh dan Paris (Perancis) di tempat kelapan.

Sydney (Australia) pula berada di tempat kesembilan dan Edinburgh (Scotland) di tempat kesepuluh buat pertama kali.

Hanya dua negara Asia Tenggara yang tersenarai dengan Singapura dan Kuala Lumpur masing-masing berada di bawah senarai 30 bandar terbaik di dunia untuk pelajar. - Getaran, 7 Julai 2022

Sumber: QS Quacquarelli Symonds


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan