web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Asia Ini Menjadi Destinasi Pilihan Jutawan! 

Russia menjadi negara yang paling ditinggalkan, namun negara Arab ini menjadi destinasi utama untuk perhijrahan jutawan dunia.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 9:45AM

Gambar The Lazy Artist Gallery, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2022 menyaksikan sebilangan besar pelabur dan jutawan dunia telah meninggalkan Russia dan Ukraine akibat peperangan. 

United Kingdom (UK) telah kehilangan takhta sebagai destinasi hab kekayaan dunia, manakala Amerika Syarikat (US) sebagai destinasi pelaburan telah semakin pudar.

Siapa sangka, sebuah negara di Asia Tengah telah muncul sebagai destinasi utama pilihan jutawan dunia?

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil alih kedudukan ini melalui aliran penghijrahan terbesar dari kalangan para jutawan dari seluruh dunia pada tahun 2022!

Dapatan ini dilaporkan oleh Henley & Partners yang menjejaki trend perpindahan pelaburan dan kekayaan persendirian di seluruh dunia.

Dubai, UAE - Gambar Ivan Siarbolin, Pexels
Dubai, UAE - Gambar Ivan Siarbolin, Pexels

Manakala, menurut New World Wealth pula, Russia telah mengalami penghijrahan terbesar oleh golongan jutawan dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Negara terbesar di dunia itu diramalkan kehilangan sebanyak 15,000 jutawan menjelang akhir tahun 2022 dengan peningkatan 15% berbanding tahun 2019, sebelum pandemik.

Pencerobohan Russia terhadap Ukraine turut memacu penghijrahan mendadak seramai 2800 jutawan yang meninggalkan Ukraine.

Tiada data penghijrahan pada tahun 2020 dan 2021 direkodkan akibat sekatan perjalanan kerana pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Henley & Partners turut melaporkan 10 buah negara teratas di dalam carta iaitu UAE, Australia, Singapura, Israel, Switzerland, US, Portugal, Greece, Kanada dan New Zealand.

Moscow, Rusia - Gambar Виктор Соломоник, Pexels
Moscow, Rusia - Gambar Виктор Соломоник, Pexels

Sebaliknya, 10 buah negara yang mengalami perhijrahan keluar golongan jutawan tertinggi ialah Russia, China, India, Hong Kong, Ukraine, Brazil, UK, Mexico, Arab Saudi dan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Dr Juerg Steffen mengatakan menjelang akhir tahun ini, seramai 888,000 jutawan dijangka berpindah ke negara-negara baharu. 

“Pada 2023, aliran penghijrahan jutawan akan berlaku dalam kalangan pelabur dan jutawan kerana mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi norma baharu dunia pasca COVID-19,” katanya.

Sebilangan besar jutawan juga dijangka akan berhijrah ke negara-negara pelancongan seperti Malta, Mauritius dan Monaco. 

UK yang sebelum ini digelar sebagai pusat kewangan dunia diramal bakal kehilangan jutawan seramai 15000 orang untuk tahun 2022 akibat undian Brexit. - Getaran, 16 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN