web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Batik Air Perkenal Semula Penerbangan Terus KL-Bali

Penerbangan OD306 tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.10 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar pada 12.15 tengah hari.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 2:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, memperkenalkan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke destinasi pelancongan Denpasar, Bali, bermula hari ini.

Penerbangan OD306 tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.10 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar pada 12.15 tengah hari.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata penerbangan tersebut meningkatkan lagi kapasiti Batik Air ke Indonesia selepas pelancaran penerbangan dua kali sehari ke Jakarta sejak 27 Mac, 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa selain penamatan sekatan perjalanan akan membolehkan syarikat untuk terus melaras kapasiti bagi memenuhi permintaan berkaitan.

Gambar hiasan unsplash.
Gambar hiasan unsplash.

“Bali adalah pasaran utama syarikat sebelum berlakunya pandemik. Oleh itu, kami berharap laluan yang diperkenalkan semula ini dapat memberi kemudahan penerbangan sambungan bagi mereka yang mahu bercuti di Bali, sekali gus meningkatkan kemampuan Batik Air di peringkat pasaran serantau,” katanya.

Beliau berkata, laluan tersebut juga menjadi tambahan terkini terhadap perancangan Batik Air untuk menyediakan kemudahan penerbangan sambungan bagi penumpang dari Nepal, India dan Bangladesh serta destinasi lain ke Bali dan ke Australia.

“Batik Air terus mendapat momentum antarabangsa dalam membina semula kapasiti dan laluan. Kami juga terus berusaha menetapkan tahap pemulihan dan meneruskan sebahagian besar rangkaian antarabangsa syarikat ini," katanya.

Selain Denpasar, Bali, laluan penerbangan antarabangsa lain yang diperkenalkan semula oleh Batik Air adalah Jakarta (Indonesia), Kathmandu (Nepal), Dhaka (Bangladesh), Lahore (Pakistan), Trichy (India), Bangkok (Thailand) dan Singapura. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan