Berita Terkini

8 jam yang lalu: Penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai ini 8 jam yang lalu: Peter Anthony tipu 4 individu termasuk Najib dapatkan kontrak di UMS - Hakim 8 jam yang lalu: Produk ‘Prime Kopi Pejuang 3 In 1’ boleh sebabkan pengambilan 'dos berlebihan' Tadalafil 8 jam yang lalu: Untung bersih suku pertama Petron Malaysia naik kepada RM106.4 juta 10 jam yang lalu: 'Health Alert monkeypox’ akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy

IKUTI KAMI


Inap Desa Pilihan Popular Perantau Ketika Pulang Beraya

Inap desa menjadi pilihan popular bagi sebahagian perantau dari kota yang pulang berhari raya di kampung tahun ini selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama sanak-saudara dan insan tersayang.

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 12:58PM

Gambar Hiasan, Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inap desa menjadi pilihan popular bagi sebahagian perantau dari kota yang pulang berhari raya di kampung tahun ini selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama sanak-saudara dan insan tersayang kerana pandemik COVID-19.

Permintaannya seperti pisang goreng panas apabila kebanyakan tempahan inap desa oleh perantau telah penuh dan hingga hari ini masih ada yang bertanya mengenai kekosongan sekiranya ada pelanggan yang membatalkan tempahan pada saat-saat akhir.

Rata-rata pengusaha inap desa memaklumkan kepada Bernama tempahan telah mula penuh pada empat hari terakhir Ramadan sehingga minggu pertama hari raya dan kebanyakannya memilih untuk tinggal di inap desa semasa Aidilfitri kerana faktor jumlah keluarga besar dan kediaman yang disediakan selesa seperti di rumah sendiri.

Pentadbir laman Facebook Homestay Kelantan Group Che Adham Mohd Hosni Azam, 40, berkata 95 peratus daripada 200 ahli atau pengusaha inap desa daripada kumpulan itu menerima tempahan perantau yang ingin memilih perkhidmatan itu sepanjang cuti Aidilfitri nanti.   

Pengusaha inap desa di Pasir Mas itu berkata beliau telah menerima tempahan bermula 28 April hingga 8 Mei daripada dua keluarga dari Selangor dan tempahan itu dibuat sejak penghujung tahun lepas.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Kebanyakan yang mahu menginap di sini memberitahu mereka sudah lama tidak pulang beraya dan adik-beradik lain yang berkeluarga berpakat mahu pulang berkumpul bersama. Jadi, ada sebahagian terpaksa memilih inap desa untuk keselesaan,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Che Adham yang telah mengusahakan inap desa sejak 2012 berkata trend terkini pemilihan inap desa antaranya pengguna mahukan inap desa yang mempunyai kemudahan kolam mandi, penyaman udara dan lokasi yang strategik.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati membuat tempahan inap desa yang ditawarkan dalam media sosial kerana aktiviti ‘scammer’ atau penipuan bergiat aktif sehingga ramai yang tertipu dengan pakej yang ditawarkan.

Berkongsi pandangan sama, pengusaha inap desa dari Jitra, Kedah Wahida Omar, 34, berkata hingga hari ini beliau dan pengusaha inap desa lain masih menerima panggilan telefon dan mesej daripada pelanggan yang bertanyakan kekosongan inap desa pada cuti perayaan Aidilfitri.

“Walaupun ada pelanggan yang memohon tempahan lebih awal iaitu tiga atau empat hari sebelum raya dan menginap untuk tempoh yang lama, saya terpaksa menolaknya kerana sudah ada pelanggan lain yang membuat tempahan lebih awal,” katanya.

Sementara itu, pesara kerajaan Mahzam Mohd Saad, 59, berkata beliau memilih inap desa yang berdekatan dengan kampungnya di Peringat, Kota Bharu, Kelantan berikutan rumah kampung ibu bapanya dipenuhi adik-beradik lain yang turut pulang beraya.

“Saya sendiri mempunyai anak yang ramai, ada yang sudah berkahwin dan ada bayi...faktor keselesaan dan privasi menjadi pilihan memilih inap desa. Walaupun menginap di inap desa, nikmat berhari raya itu tetap dapat dirasai,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 hari yang lalu

Telatah Di Balik Kekecohan Raya Mengejut Tahun Ini

2

Budaya 1 minggu yang lalu

Bau Belerang Bantu ‘Gesek’ Cap Lada Bertahan 89 Tahun

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Permintaan 'Luar Biasa', Hampir Sejuta Buluh Lemang Aras Jumi Dijual

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 56 - Resipi Kek Keju Biscoff

Sorotan

1

Zuraida Patut Lepaskan Kerusi Parlimen Ampang Juga - Fahmi Fadzil

2

Malaysia Airlines Mula Penerbangan Pertama Dari Kuala Lumpur Ke Doha

3

Letupan Bom Di Tak Bai: 3 Sukarelawan Polis Marin Cedera

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Istana Belon Seluas 28,000 Kaki Persegi Sempena Cuti Sekolah 

oleh Rahayu MN

Teknovasi 1 hari yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini

oleh Izwan Ramlan

Teknovasi 1 hari yang lalu

Xbox Mengumumkan 5 Permainan PC Terbaharu

Baru-baru ini, Xbox telah mengumumkan beberapa lagi senarai permainan PC yang baharu.

oleh Izwan Ramlan

Jelajah 20 jam yang lalu

SIFA 2022 Beri Tumpuan Pada Ritual Persembahan

oleh Zaidi Che