Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Danau Toba Janji Pengalaman Mengasyikkan

Danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara ini punya keindahan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata terutama bagi pencinta alam semulajadi.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 11:00AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu ketika dahulu, Danau Toba merupakan destinasi percutian yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, apabila wujudnya syarikat penerbangan tambang murah, destinasi ini kurang mendapat perhatian. Maklumlah, ramai yang lebih tertarik untuk bermain salji atau menikmati musim luruh di negara empat musim. 

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Danau Toba, mungkin anda boleh rancang percutian ke sini nanti. Percayalah, ia berbaloi. Lebih-lebih lagi jika anda pencinta alam semulajadi. Danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara ini punya keindahan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Suasana hening di pagi hari cukup membelai jiwa. Tenang dan mendamaikan. Hilang segala tekanan yang membebani fikiran.

Melihat keunikan budaya dan gaya hidup suku Batak Toba yang merupakan suku asli di danau ini, pasti memberikan satu pengalaman baru kepada anda. Mereka hidup secara sederhana, namun kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Setiap tetamu dilayan dengan penuh mesra tanpa rasa prejudis. Kalau kena dengan ‘gaya’, tidak mustahil anda akan mendapat kenalan baru di kalangan penduduk tempatan.

Satu tip penting untuk bercuti di sini, jangan ikut trip atau pakej percutian yang disusun oleh agensi pelancongan kalau mahu bebas mengeksplorasi. Kebanyakan agensi tidak memberi peluang untuk anda mengenali Danau Toba secara lebih dekat.

Cara terbaik untuk bercuti di sini adalah dengan bermalam di Pulau Samosir, yang terletak di tengah-tengah danau ini.  Untuk ke pulau ini, anda boleh mengambil feri penumpang yang berharga Rp15,000 setiap seorang. Kalau mahu membawa kereta yang disewa, terdapat juga feri bermuatan besar yang mengenakan caj Rp95000 untuk sebuah kereta.  Perjalanan ke Pulau Samosir mengambil masa kira-kira 45 minit dan percayalah tempoh ini bagaikan tidak terasa kerana anda terlalu asyik menikmati keindahan Danau Toba. 

Berikut adalah lima perkara atau aktiviti yang mesti anda lakukan ketika bercuti di Pulau Samosir/Danau Toba :-

1) Ronda-ronda dengan motosikal atau basikal

Aktiviti ini memang menyeronokkan jika anda lakukan bersama rakan-rakan. Caj yang dikenakan untuk sewaan motor selama sehari ialah kira-kira Rp100,000 (termasuk petrol). Manakala sewa basikal hanya Rp35000 sehari.  Sambil pusing keliling, bolehlah berhenti di beberapa lokasi menarik untuk mengambil gambar pemandangan indah. Jika anda datang dengan kereta sewa berserta pemandu pelancong, boleh juga pusing keliling dengan kereta, tapi laluannya mungkin terbatas. Kecuali pemandu pelancong anda itu sudah biasa dengan jalan di sana.

2)  Pelajari keindahaan dan keunikan suku etnik Batak Toba

Jangan lepaskan peluang menyaksikan tarian tradisional suku Batak di Bagus Bay Homestay. Persembahan kebudayaan ini cukup menarik untuk ditonton. Lebih menyeronokkan anda sangat dialu-alukan untuk menari dan menyanyi bersama.  Jika anda seorang yang berjiwa seni, boleh juga melihat pembuatan Ulos, kain tenun yang merupakan pakaian khas suku Batak di sini. Terdapat beberapa lokasi yang boleh anda jengah. Untuk mengetahui sejarah Batak Toba dengan lebih jelas, bolehlah ke Muzium Batak yang terletak di Perkampungan Tomok.

3) Minum Kopi Toba

Menikmati kopi yang berasal dari perkebunan masyarakat di Pulau Samosir yang diracik secara tradisional. Nikmatinya di petang hari sambil menjamu mata dengan pemandangan Danau Toba yang menghijau. 

4) Berbelanja di Kampung Tomok

Aktiviti ini memang jarang hendak dilepaskan, terutamanya kaum wanita. Di perkampungan Tomok ini terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan cenderahati dan kraftangan yang boleh dijadikan ole-ole. Jangan terlalu rambang mata sudah. Pastikan anda bijak berbelanja. Sebaiknya, beli sesuatu yang membawa identiti Danau Toba. Contohnya Ulos atau ukiran kayu rumah tradisional Batak Toba. Rantai kunci atau magnet peti sejuk juga boleh dijadikan pilihan.

5) Nikmati keindahan matahari terbit dan terbenam

Nikmati keindahan matahari terbit dan terbenam dari pesisir danau. Lokasi terbaik ada di dataran tinggi Karo di sebelah utara di mana keindahan danau nampak memanjang dari Sikodonkodon. Satu lagi lokasi terbaik ialah Menara Pandang Tele yang menjanjikan pemandangan Danau Toba dari pelbagai sisi. Malah, tak hanya Danau Toba, di sini pengunjung juga dapat melihat Bukit Holbung dan Gunung Pusuk Buhit.

Jadi, mahu atau tidak ke Danau Toba? Percayalah, anda tidak akan menyesal. Buat perancangan awal, cari maklumat yang diperlukan dan buat persediaan yang perlu! - Getaran, 14 April 2022

Gambar: Rahayu Mat Nah & Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Cermin Feri Pecah Dilanda Ombak

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Penang Port Tawar Khidmat Sewa Feri Bagi Jana Pendapatan Baharu

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 14 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah